CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 25, 2008

Rentetan Pengisian KEMUJA 3

Tazkirah pertama – selepas solat Zohor

NIAT


Yess.. tajuk yang sangat bagus.. mengingatkan aku tentang niat aku yang sebenar datang kem nih.. entahla.. aku sendiri tak tawu ape sebenarnye niat aku datang.. yang aku tawu sebab aku teramatlah sangat boring di rumah memandangkan aku baru lepas exam SPM..huh!! tapi bile dapat tazkirah nih,, Alhamdulillah.. dapat perbetulkan niat.. walaupun tanggapan awal aku berbeza tentang kem ni.. ye la.. aku ingat kem ni terjagalah juga bi’ahnya.. tapi yang berlaku sebaliknya.. tergugat jugaklah Iman aku time tu..dah la tshirt2 labuh aku entah mane peginye time tuh.. da lame tak pakai terlupa simpan katne.. disebabkan da register,, terpaksalah pegi ngan tshirt yang agak pendek.. try nak pinjam kat kwn2 tapi diorang pon takde kat rumah!! Huh!! Malu seyh pakai tshirt camtuh.. tapi masalahnya tshrt aku jadi yang paling labuh kat situ.. aiseyh!! Disebabkan oleh tajuk niat ni jugaklah,, aku teringat pelajaran hadis time form 4.. tajuk pertama lagi tu.. tapi tak keluar pulak time exam SMA.. hadis ni da biasa da dengar.. mafhumnya “sesungguhnya setiap amal bermula dengan niat dan setiap apa pekerjaan yang dilakukan mengikut apa yang diniatkan…..” Ya ALLAH.. aku dah tersalah niat ni rasanya.. Ampuni aku Ya Rahman..

Tazkirah kedua – selepas solat subuh

RUKUN

Kite semua memang dah biasa dengan rukun Negara kn?? Memang sume dah hafal la.. patriotic la katekan.. cube tanye pasal rukun Islam pulak.. mungkin tak semua ingat.. tapi mejoriti ingat.. biasanya rukun Islam ni ditekankan masa nak akad nikah..betul tak?? Serupa dengan rukun Iman.. time akad,, menggelupur menghafal.. rukun Iman ingatlah mase belajar kat sekolah rendah dulu.. tapi,, masih ramai jugaklah yang ingat walaupun tak ikut susunan.. rukun yang 1 ni yang memang tak ramai orang tekankan.. RUKUN dalam SOLAT.. aku sendiri tak tekankan sangat rukun yang nih.. time ustaz tanya tu,, menggelupur gak aku mengingat balik.. tapi Alhamdulillah,, aku dapat ingat semuanya balik.. bila difikirkan semula,, cne ek dengan solat aku sebelum ni.. Ye la.. rukun pun entah kemana.. solat entah macam mane.. Astaghfirullahal’azim.. ape la nak jadi dengan aku nih.. padahal amalan yang pertama dihisab dekat kubur nanti adalah solat.. sedangkan solat aku?? Ya ALLAH pada-MU sahaja tempat aku berserah.. terimalah taubat hamba-MU yang hina ini Ya Rahim..

Pengisian ketiga – selepas solat Zohor

Kuiz Sirah Nabi Sallallahu’alaihiwasallam

Memang banyak soalan masa quiz ni.. tapi aku tak de la sampai nak jawab ke depan.. ape yang menyentuh kalbuku adalah apabila ustaz tu cerita pasal kisah Nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. semasa di Gua Thur.. dimana haiwan yang membantu Nabi s.a.w. daripada di bunuh oleh kafir quraish ialah burung merpati dan juga labah-labah.. apa yang membuatkan aku insaf adalah ketika ustaz tu cakap “tengok,, binatang pon bantu untuk berdakwah,, tegakkan agama Islam”.. Ya ALLAH..betapa hinanya aku ni.. aku yang dicipta sebagai INSAN yang AHSANI TAQWIM.. yang terdapat dalam surah At-Tin ayat 4 yang membawa maksud “Sungguh Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian”.. Ya Khaliq,, adakah aku telah menjadi khalifah yang sebenar ni muka bumi ini?? Adakah aku telah memikul beban dakwah-MU diatas muka bumi ini dengan sebenar-benarnya?? Oo Ash-Shomad.. betapa banyaknya dosa yang telah aku pikul selama hidupku..

Tazkirah Keempat – selepas solat Maghrib

Hormati Mereka..Sayangi Mereka..

Pasal Ibu.. entahla.. memang pergi mana2 pon ada tazkirah tentang hormat kepada kedua ibubapa.. dan aku sedar.. sebenarnya aku memang bukan anak yang SOLEHAH kepada ibubapaku.. terutama sekali UMMI yang telah susah payah membesarkanku selepas ayah pergi.. aku sentiasa berdoa supaya ALLAH menjadikan aku anak yang SOLEHAH.. aku juga sedang berusaha.. namun,,hasutan syaitan laknatullah tetap membelenggu diriku.. hawa nafsu kadang-kala menyebabkan aku alpa seketika.. Ya Lateef.. dengan sifat-MU yang MAHA LEMBUT,, Kau lembutkanlah hatiku supaya sentiasa menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak.. seorang Ulama’ pernah mengatakan bahawa “sesungguhnya anak yang dalam sehari hidupnya tidak mendoakan kedua ibubapanya,, dia adalah anak derhaka..” aku tahu..anak derhaka tidak akan mencium bau syurga.. maka, Kau jauhkanlah aku dari tergolong dalam golongan terkutuk ini Ya ALLAH..



Tazkirah Kelima – selepas solat Isya’

PALESTINE!!


Inilah yang patut semua muslim di dunia peduli.. Ya ALLAH.. rejim zionis telah membedil ikhwah dan akhawat kita di Palestine.. Palestine bagai diperjudikan.. mereka sentiasa menanti saat tibanya pertarungan.. sedangkan umat Islam tidak tercabar walau telah dihinakan sehina-hinanya.. Maruah Islam tercalar.. dan terus tercalar bagai tidak dibela.. pembentukan khilafah tidak diambil peduli.. mereka terbuai dengan arus dunia.. seperti sabda Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud “di akhir zaman nanti,, Umat Islam seperti buih di lautan” ya.. inilah kebenarannya.. Umat Islam ini ramai.. tetapi Islam hanya pada nama.. Islam hanya pada kad pengenalan.. tetapi tidak pada hati.. Bangunlah wahai Umat Islam.. Bantulah Palestine.. Hayya Rijal.. Jihad ILALLAH!! Jihad FISABILILLAH FISABILINNAJAH FISABILITTAQWA!! HURRAH PALESTINE.. IHZIM KUFFAR!! IHZIM YAHUD!! IHZIM AMERICA!! KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD!! jaishu MUHAMMAD saufa ya'ud!!



Tazkirah Keenam dan terakhir – selepas solat Subuh

Aku tak berapa ingat sangat pengisian waktu itu.. kerana ia lebih kepada sembang2 remaja serta perbincangan ilmiah dengan topik terbuka.. aku sebenarnya lebih menumpukan kepada langit yang kembali cerah.. sangat cantik.. SUBHANALLAH..

Khulasohnya,, pengisian dalam kem ini memang MANTOP dan sangat membuka minda dan mata hatiku sebagai khalifah dan siapa sebenarnya aku di dunia ini.. ‘Ala kulli hal,, jazakallahu kahiran katsira littazkir an-nafs kepada kedua-dua ustaz yang juga kapten dalam kem ini.. (aasif jiddan sebab ana tak ingat nama antum)

0 comments: