CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 6, 2008

Kenapa kau SOMBONG sangat??

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam A-Quran dalam surah Ali Imran ayat 37 yang membawa maksud “Dan janganlah engkau berjalan diatas muka bumi ini dengan sikap sombong. Sesungguhnya engkau tidak dapat meratakan bumi dan juga mungkin tidak dapat menandingi tingginya gunung.” Adakah aku termasuk dalam golongan ini?? Adakah aku seorang yang SOMBONG??

“kenapa ko sombong sangat r??” “Ya, asal ko sombong sangat dengan aku?” “ko tahu tak aku dulu ingat ko sombong..” dan macam2 lagi la.. Selalu sangat aku dengar soalan2 macam nih sejak mula aku masuk sekolah ni.. Ape yang tak kenanya dengan aku ni?? penat aku berfikir pasal benda nih.. betul ke aku ni sombong.. adakah kerana aku tidak berkawan baik dengan sesiapa yang berlainan jantina dengan aku?? Adakah kerana ketika mereka menyapa aku,, aku hanya mengangguk tanpa memandang mereka?? Atau adakah kerana aku tidak tahu tentang gossip2 terbaru tentang dunia hiburan?? Atau kerana aku tidak mempunyai minat yang sama seperti mereka?? Adakah kerana aku tidak meminati hiburan seperti mereka?? Pernah ketika dalam kelas addmath,,tibe2 tcha hani bertanya.. “illeya,,you tengok tak cerita ……… malam tadi..(cerita ape entah,,aku lupe..mase tu aku tak pernah tahu pon kewujudan cerita tu)” “cerita ape tu tcha?” “eh, lupe pulak,,you kan tak tengok tv..”lalu aku pon menyambung buat latihan.. ini ke sebabnya?? Atau yang paling ketara sekali aku tidak COUPLE seperti mereka??

Adakah kerana soalan2 ni juga,, aku berubah?? Entahla.. aku sedar.. aku sudah banyak berubah sejak masuk ke alam tingkatan lima.. aku dah semakin biasa bercakap dengan pelajar yang berlainan jantina dengan aku.. kalau dulu,, memang jarang betulla aku berborak dengan mereka.. tapi,,tahun ini,,Ya Allah,,berdosanya aku.. adakah kerana aku duduk di belakang mereka?? Tapi aku tahu,, kalau aku bercakap dengan budak kelas aku,,lebih kepada isu politik serta isu2 ummah serta isu2 agama.. tapi terkadang lidah ini terlanjur berkata yang tidak sepatutnya.. lidah memang lebih tajam daripada pedang sehingga apabila tidak dijaga akan mengheret ke dalam kesusahan.. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan keatas orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang tidak kami terdaya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap orang kafir"

kadang2 aku juga berusaha untuk mengelak daripada mereka.. aku teringat tentang pesanan ummi semasa aku tinggal di asrama anak yatim dulu “kalau kita bercakap dengan lelaki yang bukan muhrim,, syaitan akan nampak segala yang ada dalam badan kita” huh!! Takot aku dibuatnya.. aku mengambil langkah ketika bercakap dengan pelajar lelaki,, aku akan menutup muka seperti memakai purdah.. bukan niatku untuk mempersendakan agama,, tetapi sebagai langkah berjaga2.. adakalanya aku ditertawakan oleh mereka.. ada juga yang merpersendakan aku.. adakah ini sebabnya aku dikatakan SOMBONG??

Aku juga sedang berusaha untuk menjaga pandanganku melalui pendekatan yang sama.. aku juga tidak memandang ke muka jika aku bercakap dengan mereka2 yang berlainan jantina standing dengan firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30 hingga 31 yang membawa maksud “katakanlah kepada lelaki yang beriman, perlu mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, perlu mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
Ini kerana Iman dalam hati boleh terhakis dengan pandangan liar oleh kerana pandangan kepada lawan yang tidak halal memberi kesan kepada penyebab hilangnya iman.. Mata juga adalah salah satu daripada beribu anak panah syaitan.. aku cuba menjaga pandanganku.. memang susah dan aku tahu sangat susah ke arah mardhotillah.. tapi aku terus dan terus mencuba.. adakah usaha aku ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak?? Atau memang sebenarnya cara yang aku lakukan adalah salah?? Wahai Tuhan Kami,, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami..
bimbinglah aku Ya Allah..

Pernah juga seorang pelajar lelaki menegur aku.. “Ya,, kenapa kau ni sombong sangat r??” aku hanya mampu tersenyum dan berlalu dari situ tanpa memberikan sebarang jawapan.. tiba2 aku teringat kepada sepotong ayat Al-Quran dari surah Luqman ayat 18 “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri”
Ya Allah,, jika benar aku seorang yang sombong,, kau berilah petunjuk dan hidayahmu kepadaku supaya aku berubah Ya Allah.. Kau bimbinglah aku.. tapi,, jika apa yang aku lakukan ini adalah wasilah kearah redhamu,, Kau kuatkanlah diriku.. Kau tetapkanlah hatiku.. sesungguhnya aku ini hanya seorang hamba yang lemah yang sentiasa memerlukan bimbingan darimu Ya Rahman Ya Rahim..

3 comments:

fatt said...

ko sombong???x delah....illeya,sikap ko 2 bknnye sombong tapi ko ikut perintah ALLAH.org yg jahil agama je ckp mcm 2.cbe ko tgk hafiz sayuti...rmai je yg kte die smbong n perangai die pelik....tapi die just nak jge mate je.so,teruskn sikap ko mcm 2 moge ALLAH redai ko.amin!!!

cutey hard said...

level up ur spirit!!! jgn dgr ckp owg.. dowg bkn mmbntu tp mmbantot!

Srikandi Al-Quds said...

thanx mate!!
ai fatt,,laen macam nmpk..
adeh!!aku pon pna kte perangai die pelik dlu..
hehe..
makan dalam sih!!