Semasa exam SPM berjalan,,aku disarankan oleh ummi untuk tinggal di asrama bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk SPM.. macam biase la.. bile dah tinggal di asrama,,mesti la makin rapat dengan kawan2.. tapi di sini,, aku tertarik sebenarya dengan satu kisah yang aku dengar.. sekolah aku sosial?? Ye ke..
Komen ni datangnya dari seorang pelajar yang baru masuk tahun ni gak.. aku pon x tahu kenapa die pindah kat sekolah aku nih.. banyak juga la cerita yang aku dengar pasal budak baru nih.. tapi disebabkan aku tidak kenal langsung budak ni,, dan aku tak pernah nampak pon budak nih,, cerita yang aku dengar hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. lagipun die opposite gender dengan aku.. so,, I’m not interested at all.. mungkin disebabkan ini la org kate aku SOMBONG..huh!!entahla..
Back 2 d point,, macam2 feedback yang aku dengar dari budak sekolah tentang komen budak baru nih.. sedikit yang menyokong.. mejoriti yang menentang.. tak kurang juga yang mempertikai.. ade juga suara2 yang menyebut.. “poyonye die”.. “batak giler die tu”.. dan macam2 lagi la.. Sedangkan aku,,hanya diam dan memerhati sahaja..
Semasa sedang duduk dan study ramai2 dalam dorm,, kebetulan hari tersebut weekend,, entah macam mane boleh timbul pasal sosial nih.. setelah lama bermusyawarah bersama ahli “FAN CLUB”,, kami telah membuat satu hypothesis tentang komen ni.. aku pula?? Hmmm…aku telah mencipta lagi 2 hypothesis..hehe..
1st hypothesis ~ mungkin sebab dia tengok budak2 kelas die macam tu kot..
Ye la.. die ditempatkan di kelas yang paling ………… sekali dalam form 5 (faham2 sendiri la ye..) aku sendiri memang takut dengan kelas die nih..dah la mejoriti pelajar lelaki.. pelajar perempuannye pon menakutkan aku juga.. pernah sekali aku disuruh oleh ustazah menyampaikan pesan kepada kelas 2h,, menggeletar aku dibuatnya.. aku x tahu la ade ke yang perasan suara aku menggeletar mase tu.. naseb baek aku cakap dengan seorang pelajar je.. kalau satu kelas..wallahu’alam..
Ni pulak hyphotesis yang memandai je aku tambah..hehe..
2nd hypothesis ~ mungkin sebab keadaan sekolah lame die jauh berbeza dengan keadaan sekolah aku.. aku dengar die dari sekolah yang amat terjaga bi’ahnya.. apa bezanya sekolah dia dengan sekolah aku?? Adakah sebab aku pelajar SEKOLAH AGAMA MENENGAH manakala dia dari SEKOLAH MENENGAH ISLAM?? Atau mungkin aku SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN sedangkan dia dari SEKOLAH PERSENDIRIAN?? Tapi,, apa yang aku tahu,, sekolah budak ni memng baik la.. saudara aku pernah cerita,, tarbiyah di sekolah ni memang bagus sebab saudara aku ni pernah buat lawatan ke sekolah tersebut kerana dia dilantik menjadi pengetua untuk Ma’ahad Tahfiz yang bakal dibuka tahun hadapan..
3rd hypothesis ~ mungkin dia tidak pernah di dedahkan dengan dunia luar.. aku banyak menyertai aktiviti2 yang memaksa aku bergaul denagn dunia luar dan… masyaALLAH!!
Aku sendiri naik takot dengan apa yang pernah aku lalui.. aku masih bersyukur walaupun aku ditempatkan di sekolah yang “sosial” ni,, disebabkan dunia luar lebih teruk dari apa yang aku jangkakan.. cuba bayangkan,, ketika aku mengikuti program selama beberapa hari,, dalam 1 dorm yang majoritinya pelajar ISLAM,, tak sampai LIMA orang pun yang mendirikan solat.. bukan bertujuan untuk riak,, tapi kalau macam ini la pegangan akidah remaja masa kini,, apa akan jadi dengan dunia akan datang??
Lama juga aku berfikir tentang benda ni.. setelah meneliti dari segala aspek.. YA..aku bersetuju.. semasa aku masuk ke sekolah itu pada tahun 2004, memang banyak perubahan telah berlaku.. hampir 98% perbezaan semasa aku masuk 5 tahun lalu dan semasa aku keluar baru2 ini.. memang sangat berbeza.. totally.. aku pon sedih mengenangkan apakah yang akan berlaku selepas ini.. ikhtilat yang tiada kesudahan..
Ke’sosial’an yang aku paling tak tahan adalah semasa ENGLISH CAMP di Bukit Cerakah.. Astaghfirullaahal’azim.. masing2 bagai bukan pelajar sekolah agama.. dari segi adabnya.. sakhsiahnya.. pergaulannya.. pakaian,,jangan cakapla.. aku membenci semua itu berlaku.. namun aku,, hanya mampu mengalihkan pandangan.. aku seperti tidak mempunyai kekuatan untuk menegah maksiat yang berlaku.. Ya Allah malunya aku.. ini memperingatkan aku kepada sepotong hadis riwayat Abu daud yang bermaksud “pada suatu hari semasa nabi melihat percampuran antara lelaki dan perempuan ketika dalam perjalanan, maka ia berkata kepada wanita itu, ‘pergilah kalian, kalian tidak layak melalui jalan ini dan elakkan dari melalui jalan ini’ tapi,, aku tak mampu untuk melakukannya.. adakah aku menyalahi sunnah?? Ya Rahman ampunilah aku.. teringat aku pada kata2 Ustaz Zahazan Mohammad dalam tazkirahnya dalam IKIM “barangsiapa yang melakukan AMAL MA’RUF NAHI MUNKAR,, dia adalah ummah” Ya Allah,,aku tak mampu melakukan semua itu.. adakah aku bukan dalam kalangan ummah yang diredhaiMu?? pada malam terakhir camp,, ikhtilat memang terok sangat2 malam tu.. bak kate syuhada “da macam pusat pelacuran da aku tengok”.. tapi aku tidak dapat melihat ‘aksi2’ tersebut disebabkan oleh aku masuk rumah awal malam tu..
Jauh di lubuk hatiku.. aku teringin benar untuk duduk di dalam bi’ah solehah.. ya..itu yang paling aku inginkan sebenarnya.. tapi apakan daya.. Allah sudah tentukan segalanya buat aku.. aku hanya seorang hamba.. kadang kala airmata mengalir di pipi tanda aku ini insan yang lemah.. betapa banyaknya dosaku padaMU Ya Allah.. aku tahu..Allah telah menentukan segalanya buatku.. Allah tahu apa yang terbaik buatku.. Allah lebih mengerti apa yang terbaik untukku lebih dari aku mengenali diriku sendiri.. mungkin ini yang menjadikan aku lebih kuat.. kuat untuk berjalan di atas muka bumi Allah yang penuh ranjau berduri ini.. Ya Allah..bantulah aku..tetapkanlah hatiku..
Aku????.......
Aku ni macam mane pulak??aku ni sosial ke tak?? Ya Allah..sekiranya aku ni terlibat dengan ikhtilat masa kini,, ampunilah aku Ya Allah.. Kau bimbinglah aku ke jalan yang diredhaiMU.. Kau kuatkanlah semangatku dalam memperjuangkan agama Islam di muka bumiMU ini Ya Allah..
Harapan aku supaya dapat dikembalikan semula suasana Islamic yang terdapat dalam sekolah aku suatu ketika dulu.. aku juga berharap supaya kawan2ku akan tetap istiqamah dengan dirinya kerana dunia luar lebih sosial dari sekolah ‘sosial’ ni.. ramai juga kenalanku dari sekolah islam yang mendapat tarbiyah,, culture shock dan berubah dengan begitu mendadak setelah berdepan dengan dunia luar.. aku sendiri takut untuk berhadapan dengan dunia luar kerana aku masih tidak kuat untuk melalui semua itu.. Ya Rahim,, bantulah hambamu yang lemah ini..
gambar sekadar hiasan...
Rindukan Usrah
-
allahumma baariklana fi rajab wa sha'aban wa ballighna ramadhan..
bismillah wal hamdulillah..
syukur, ALLAH masih memberi peluang untuk bernafas di atas mu...
14 years ago
2 comments:
ske la bce...tapi aku x ske die coz die rase die dh ditarbiah dengan baek seolah-olah mualim kat skolah kte x pndai didik pelajar kte.die kne ingt hidayah bkn ditentukan oleh manusie tapi ALLAH.
ak ase btol gk ko ckp 2...hmm..xtw r pe nk jd ntey kt skul 2..skola unggul knon..peh!
Post a Comment