Banyak ranjau berduri yang telah ku tempuh sebagai seorang calon SPM 08..
Dan aku tahu,,dugaan inilah yang telah mengajar aku erti kehidupan.. erti kesabaran.. erti kepayahan.. erti perjuangan.. dan mengajarku untuk lebih berusaha mencapai apa yang aku impikan..
Masih segar di ingatanku sewaktu trial SPM pada bulan September yang lalu.. aku diduga dengan kekecewaan yang teramat sangat lantas memberi impact yang sangat besar kepada diriku.. semasa hari jumaat,, paper perdagangan kalau tak silap dan aku tidak memduduki apa2 paper pada hari itu.. kebetulan tcha azwira buat kelas chemistry introduction to salt.. almaklumlah sekolah aku tu terlampau banyak aktiviti sampai syllabus pon tak sempat nak habiskan.. pada waktu rehat yang diberi selama beberapa minit,, aku mengambil masa yang terluang tersebut untuk mentadabbur Al-Quran seorang diri lagipon pada waktu itu adalah bulan ramadhan.. tbe-tbe…..
“ya,, PSI ko dpt A2”, kata salah seorang dari classmate aku.. Ya ALLAH,, betapa hancurnya hatiku pada waktu itu.. Tuhan saje yang tahu betapa kecewanya aku waktu itu.. tanpa ku sedari,, pipiku terasa panas.. aku berasa sangat lemah pada waktu itu.. Ya Allah,,kuatkanlah hambaMu ini.. Tabahkanlah daku dalam menempuh dugaanMu ini Ya Rahman.. air mata mengalir.. lepas tu,, aku tak dapat concentrate langsung dlm class chem tu.. aku kecewa betul.. tapi apakan daya.. aku hanya seorang insan yang lemah.. aku tak mampu untuk mengubah takdir.. tapi aku dah expect result macam ni sebenarnya.. mase exam PSI,, aku tak dapat amik exam pada waktu pagi bersama kawan2ku yang lain kerana hal2 yang tak dapat dielakkan.. aku tak hadir ke sekolah pada waktu itu.. aku terpaksa amik exam pada waktu petang dalam keadaan hujan lebat pada waktu itu yang menyebabkan baju aku basah kuyup..
Apa yang menyebabkan aku sedih kerana PSI is one of my favorite subject.. tak tahulah kenapa.. memang dalam kelas aku yang paling banyak tanya.. setiap kali time PSI,, ade je yang aku nak Tanya.. kadang2 sampai dah habis masa pon aku tanya lagi sampai keluar kelas.. huhu.. inilah aku.. dan aku lagi sedih sebab ustazah sangat berharap pada aku.. ustazah memang yakin sangat pada aku.. tpi aku,, dah menghancurkan kepercayaan itu.. Ya Allah malunya aku..
Habis je kelas chem.,,aku masuk kelas dalam keadaan yang tak stabil.. aku pergi basuh muka dan ambil wudhu’ lantas membaca Al-Quran untuk mencari ketenangan.. tibe-tibe aku terbaca satu ayat yang membawa maksud “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
Ya Allah.. adakah ini satu ujian bagiku?? tak sanggup rasanya untuk menghadapi semua ini.. tapi aku tahu,, Allah menduga hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA.. and i noe,, ALLAH noe me more than i do..
aku cuba mententeramkan diriku.. aku tahu,, Allah menyayangi aku.. Allah mahu aku lebih berusaha.. Allah mahu aku menangis sekarang.. mungkin Allah mahu menguji aku sebelum memberi kejayaan kepada aku.. Astaghfirullahal'azim.. baru aku terfikir.. mana konsep tawakkal yang aku pernah belajar selama ini?? apakah aku tidak redha dengan ketentuanNYA?? apakah aku tidak mempercayai qada' dan qadar dariNYA?? selama ini sering telah bertawakkal kepadaNYA,, tapi kenapa aku bersedih dengan keputusan ini?? Lailahaillallah.. apa yang telah aku lakukan.. aku tak sepatutnya sedih macam ni.. Ampunilah aku Ya Rahim..
pada keesokan harinya,, aku mendengar cd ceramah bertajuk CINTA DUNIA yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.. dalam ceramah beliau,, beliau mengatakan,, "jika setiap sesuatu yang kita lakukan tidak membawa kebahagiaan di akhirat kelak,, maka itu adalah dunia.." pernyataan ini membawa kepada aku berfikir,, Ya Allah.. aku hanya berfikir untuk mendapat markah yang tinggi dalam setiap exam,, tapi aku tak pernah fikir untuk mengaplikasikan semua ilmu yang aku dapat dalam hidupku.. aku tak pernah fikir untuk mendapat tempat yang paling baik di sisimu.. Ya Allah.. adakah aku ini tergolong dalam golongan mereka yang cintakan dunia?? bimbinglah aku menuju redhaMu Ya Rabb..
DQ oh DQ..
DARUL QURAN JAKIM.. satu tempat yang mempunyai bi'ah solehah yang sangat baik.. aku memang teringin benar menjadi salah seorang dari komunitinya.. Namun,, Allah tidak mengizinkannya.. setelah mendapati bahawa keputusan untuk ke temuduga DQ telah keluar,, aku adalah orang yang paling semangat untuk melihat keputusannya.. tapi apakan daya.. segalanya telah ditentukan.. mungkin rezekiku bukan di situ..
semasa masih di dalam pejabat,, aku berpura2 stabil.. buat2 cool depan ustaz Yazid.. sejurus aku melangkah keluar dari bilik ustaz,, air mata berjujuran di pipi.. bagai tidak terbendung lagi.. aku tak mampu untuk memberhentikannya..
lepas tu,, aku terus naik ke kelas.. alamak!! tcha azwira ade pulak.. dan sekali lagi,, aku tak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.. air mata membasahi pipi bagai ada punca yang aku sendiri tak tahu entah dari mana.. aku cuba menghentikannya tapi bagai tak mampu ku lakukan.. Ya Allah,, adakah ini satu lagi dugaan buatku?? aku tak pasti samaada tcha perasan atau tidak waktu itu.. aku cuba mengatakan sesuatu,, memujuk diriku.. Ya Rahman..bantulah hambaMu ini..setelah beberapa lama.. aku semakin stabil.. aku dapat menerimanya.. tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Rahim..
UJIAN HIDUP..
Hidup memang penuh dengan ujian.. setiap ujian yang diterima haruslah ditempuhi dangan tabah.. setiap ketabahan dan kesabaran dalam menempuh dugaan pasti akan diganjari.. Ya.. itulah janji Allah dan janjiNya itu suatu yang pasti.. Dugaan seperti inilah yang menentukan kuat atau lemahnya Iman seseorang hamba sebagai khalifah di muka bumi..
Ujian inilah yang menyebabkan aku lebih tabah dan sabar.. Ujian inilah yang telah mengajarku erti kehidupan yang sebenar.. Ujian jugalah yang menyababkan aku lebih mengenali siapa diriku yang sebenarnya.. aku kini bukan seperti dulu lagi.. aku akan bangkit walaupun telah jatuh selama beberapa kali.. aku akan mencuba dan terus mencuba serta berusaha dalam menggapai apa yang aku inginkan tanpa melupakan akhirat yang kekal abadi.. wallahu'alam..
Rindukan Usrah
-
allahumma baariklana fi rajab wa sha'aban wa ballighna ramadhan..
bismillah wal hamdulillah..
syukur, ALLAH masih memberi peluang untuk bernafas di atas mu...
14 years ago
2 comments:
sabarla...setiap kejadian mesti ade hikmahnye.ni satu ujian utk ko...ingt lagi kte ustzh akalili?
alamak fatt..
pas exam ni aku hilang ingatan r..hehe..
bile r die kte??
dlm class ke??
Post a Comment