CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 3, 2011

Peringatan Buat Diri : Muslimat Zaman Ini



Bercakap di hadapan bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun bercakap itu satu lumrah. Tapi bercakap di hadapan orang ramai adalah bab yang berbeza. Dek kerana kesukaran dan kepayahan bercakap di hadapan, ramai yang memilih untuk bercakap di belakang. Terutamanya muslimat.

Budaya malu dan diam ini seolah-olah telah sebati dengan muslimat. Sesetengah muslimat semakin gembira dengan status pemalu ini apatah lagi merasakan kemenangan berpihak kepadanya bila mendengar sabda Nabi bahawa malu itu sebahagian dari Iman.

Budaya orang Melayu Malaysia yang sentiasa mengajar anak gadisnya untuk bersopan santun dan lari menyorok di dapur bilamana tetamu bertandang di rumah menyemarakkan lagi sifat pemalu muslimat ini. Dari rumah ke sekolah hinggalah ke zaman university dan kerjaya, sikap malu ini terus dibawa dan dijunjung tinggi.

Sifat malu ini dihayati dengan baik tanpa sebarang gangguan oleh para muslimat terutamanya yang mengintima’kan diri dalam gerakan Islam.

Tiba-tiba, sang muslimin muncul menyergah. Dengan wibawa yang tersendiri, muslimin memberikan tazkirah dengan agenda : MUSLIMAT HARUS BERANI TAMPIL KE HADAPAN!

“Insya Allah, kita mahukan muslimat yang bukan sahaja tangan kirinya menghayun buaian, bahkan tangan kanannya mengoncangkan dunia” hujah seorang pimpinan seoarang muslimin dalam satu muktamar.

“Muslimat sayap kiri perjuangan. Ibarat sayap burung, ianya bukan sahaja dikibas kebelakang bahkan perlu juga ke hadapan untuk terus maju. Muslimat perlu kehadapan” bahas seoarang muslimin dengan bersemangat alam mesyuarat yang dihadiri pimpinan muslimat.

Muslimat jadi keliru. Selama ini mereka tidak didedahkan untuk kehadapan. Mereka dididik untuk bersikap malu. Menutup mulut ketika ketawa. Pandang ke bawah bila berjalan. Malu itu telah hampir sebati. Sekarang mahu dipinta kehadapan pula.

Muslimat rasa malu. Tapi muslimin mahu.

KEPERLUAN VS KEMAHUAN

“Kak, muslimin ini pelik le. Bila kami ni malu nak bercakap di hadapan, dipaksanya juga. Tapi bila dah kami bercakap di hadapan, macam-macam pula yang dikutuknya” luah seorang muslimat semasa diskusi muslimat dua blan lepas.

“Akak, malas le saya nak cakap kat depan lagi. Asyik kena kutuk aje lepas tue” keluh seorang lagi muslimat yang baru lepas memberikan tazkirah.

Satu demi satu komen tiba. Semuanya berbaur kecewa dan hampa. Apa yang tidak kena? Seolah-olah semboyan yang mahukan muslimat kehadapan itu hanya satu retorik kosong dan jenaka untuk mengenakan muslimat.

Benarkah begitu?

Sebenarnya muslimat perlu kehadapan ini bukan kerana memenuhi tuntutan KEMAHUAN muslimin. Tetapi kerana memenuhi tuntutan KEPERLUAN agama. Perkara ini harus jelas.

Hari ini kita dapat melihat banyak gejala sosial. Sebut sahajalah di mana sahaja. Dari ceruk ladang ke tengah kota, dari sekolah tadika ke menara gading, dari dinding kayu ke dinding kaca, semua manusia yang ada di tempat itu dicemari dengan gejala sosial yang kritikal.

Sebutlah negeri mana lagi yang tidak kedengaran suara tangisan bayi yang dibuang hidup-hidup, Negara mana lagi yang wujud tanpa adanya anak gadis mana yang hilang daranya tanpa jalan pernikahan. Semua jenayah ini wujud kerana pengeksploitasian terhadap muslimat.

Lalu, kita perlu bendung semua ini. Namun, suara muslimin sahaja tidak mencukupi bahkan kadangkala kedengaran sayup di telinga mad’u muslimat. Muslimat mahukan muslimat. Mereka perlukan woman touch. Mereka mahu melihat ikon untuk dicontohi. Mereka mahukan muslimat sejati yang membimbing mereka.

Persoalannya, siapa yang sanggup? Artis-artis wanita dengan segera berlumba-lumba mengangkat tangan.

Eh, itukah ikon yang perlu kita ketengahkan?

Dengan pakaian yang tidak cukup kainnya, bertukar-tukar pasangan sewenang-wenangnya, berpelukan dengan bukan muhrim dalam sesi fotografi tanpa segan silu. Adakah semua ini yang perlu gadis remaja kita contohi??

Sudah tentu jawapannya tidak!

Kita perlu datangkan alternative. Muslimat yang menghayati Islam dengan baik perlu menjadi ikon. Mereka perlu diketengahkan. Mereka perlu ditonjolkan . Ianya satu keperluan dan bukan lagi satu kemahuan!

Tapi, ada satu tembok besar yang perlu dipecahkan: Malu tidak bertempat! Malu untuk bersuara di hadapan kerana takut diejek oleh rakan-rakan terutamanya oleh golongan Adam. Malu untuk memberikan tazkirah kerana takut nampak tidak bersedia dan cetek ilmu.

Aduhai muslimatku sayang, perasaan malu itu perlu ada namun biarlah kena pada tempatnya.

MUSLIMAT ZAMAN INI BUKAN SEKADAR SAYAP TAPI LEBIH DARI ITU

Ya. Muslimat zaman ini perlu lebih laju dalam memacu langkah seperti Zainab Al-Ghazali. Bukan lagi duduk ditakuk lama sekadar menjadi penunggu dan mengangguk setuju.

Sedarlah! Bangkitlah wahai muslimatku sekalian. Jangan takut untuk melakukan perubahan untuk mencabar status quo kita. Biar apa orang kata yang penting kita jelas matlamat dan halatujukita. Di alam kampus inilah tempat kita untuk mendapatkan banyak pengalaman. Tidak mengapa sesekali melakukan kesilapan, kerana ia bisa mematangkan lagi tindakan kita. Rendahkan hati dalam menerima kritikan sahabat-sahabat,kerana mereka bertujuan untuk menjadikan kita lebih hebat!

Apabila kita duduk semeja dengan orang-orang yang besar pengaruhnya, ambillah sebahagian semangatnya untuk kita majukan diri. Jangan rasa segan kerana mereka juga insan biasa seperti kita tapi berusaha luar biasa daripada kita.

Jangan sampai meminta untuk jadi perdana menteri sudah la. Takkan sampai mereka-mereka yang kurangmemahami agama minta untuk menjadi tampuk pimpinan tertinggi Negara baru kita nak bangkit. Sekarang ni dah ada unit First lady Of Malaysia (FLOM) dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dikatakan sama taraf dengan lima unit dalam pejabat PM. Bangkitlah wahai muslimat!

muslimat power new generation)


P/S: Kak Rafidah dengan MP3, Kak Fasihah dengan 3P, masih tertunggu-tunggu pelancaran 3M oleh Kak G-ah.. bile tu ye?? Nantikan..

0 comments: