CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 3, 2011

Peringatan Buat Diri : Muslimat Zaman Ini



Bercakap di hadapan bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun bercakap itu satu lumrah. Tapi bercakap di hadapan orang ramai adalah bab yang berbeza. Dek kerana kesukaran dan kepayahan bercakap di hadapan, ramai yang memilih untuk bercakap di belakang. Terutamanya muslimat.

Budaya malu dan diam ini seolah-olah telah sebati dengan muslimat. Sesetengah muslimat semakin gembira dengan status pemalu ini apatah lagi merasakan kemenangan berpihak kepadanya bila mendengar sabda Nabi bahawa malu itu sebahagian dari Iman.

Budaya orang Melayu Malaysia yang sentiasa mengajar anak gadisnya untuk bersopan santun dan lari menyorok di dapur bilamana tetamu bertandang di rumah menyemarakkan lagi sifat pemalu muslimat ini. Dari rumah ke sekolah hinggalah ke zaman university dan kerjaya, sikap malu ini terus dibawa dan dijunjung tinggi.

Sifat malu ini dihayati dengan baik tanpa sebarang gangguan oleh para muslimat terutamanya yang mengintima’kan diri dalam gerakan Islam.

Tiba-tiba, sang muslimin muncul menyergah. Dengan wibawa yang tersendiri, muslimin memberikan tazkirah dengan agenda : MUSLIMAT HARUS BERANI TAMPIL KE HADAPAN!

“Insya Allah, kita mahukan muslimat yang bukan sahaja tangan kirinya menghayun buaian, bahkan tangan kanannya mengoncangkan dunia” hujah seorang pimpinan seoarang muslimin dalam satu muktamar.

“Muslimat sayap kiri perjuangan. Ibarat sayap burung, ianya bukan sahaja dikibas kebelakang bahkan perlu juga ke hadapan untuk terus maju. Muslimat perlu kehadapan” bahas seoarang muslimin dengan bersemangat alam mesyuarat yang dihadiri pimpinan muslimat.

Muslimat jadi keliru. Selama ini mereka tidak didedahkan untuk kehadapan. Mereka dididik untuk bersikap malu. Menutup mulut ketika ketawa. Pandang ke bawah bila berjalan. Malu itu telah hampir sebati. Sekarang mahu dipinta kehadapan pula.

Muslimat rasa malu. Tapi muslimin mahu.

KEPERLUAN VS KEMAHUAN

“Kak, muslimin ini pelik le. Bila kami ni malu nak bercakap di hadapan, dipaksanya juga. Tapi bila dah kami bercakap di hadapan, macam-macam pula yang dikutuknya” luah seorang muslimat semasa diskusi muslimat dua blan lepas.

“Akak, malas le saya nak cakap kat depan lagi. Asyik kena kutuk aje lepas tue” keluh seorang lagi muslimat yang baru lepas memberikan tazkirah.

Satu demi satu komen tiba. Semuanya berbaur kecewa dan hampa. Apa yang tidak kena? Seolah-olah semboyan yang mahukan muslimat kehadapan itu hanya satu retorik kosong dan jenaka untuk mengenakan muslimat.

Benarkah begitu?

Sebenarnya muslimat perlu kehadapan ini bukan kerana memenuhi tuntutan KEMAHUAN muslimin. Tetapi kerana memenuhi tuntutan KEPERLUAN agama. Perkara ini harus jelas.

Hari ini kita dapat melihat banyak gejala sosial. Sebut sahajalah di mana sahaja. Dari ceruk ladang ke tengah kota, dari sekolah tadika ke menara gading, dari dinding kayu ke dinding kaca, semua manusia yang ada di tempat itu dicemari dengan gejala sosial yang kritikal.

Sebutlah negeri mana lagi yang tidak kedengaran suara tangisan bayi yang dibuang hidup-hidup, Negara mana lagi yang wujud tanpa adanya anak gadis mana yang hilang daranya tanpa jalan pernikahan. Semua jenayah ini wujud kerana pengeksploitasian terhadap muslimat.

Lalu, kita perlu bendung semua ini. Namun, suara muslimin sahaja tidak mencukupi bahkan kadangkala kedengaran sayup di telinga mad’u muslimat. Muslimat mahukan muslimat. Mereka perlukan woman touch. Mereka mahu melihat ikon untuk dicontohi. Mereka mahukan muslimat sejati yang membimbing mereka.

Persoalannya, siapa yang sanggup? Artis-artis wanita dengan segera berlumba-lumba mengangkat tangan.

Eh, itukah ikon yang perlu kita ketengahkan?

Dengan pakaian yang tidak cukup kainnya, bertukar-tukar pasangan sewenang-wenangnya, berpelukan dengan bukan muhrim dalam sesi fotografi tanpa segan silu. Adakah semua ini yang perlu gadis remaja kita contohi??

Sudah tentu jawapannya tidak!

Kita perlu datangkan alternative. Muslimat yang menghayati Islam dengan baik perlu menjadi ikon. Mereka perlu diketengahkan. Mereka perlu ditonjolkan . Ianya satu keperluan dan bukan lagi satu kemahuan!

Tapi, ada satu tembok besar yang perlu dipecahkan: Malu tidak bertempat! Malu untuk bersuara di hadapan kerana takut diejek oleh rakan-rakan terutamanya oleh golongan Adam. Malu untuk memberikan tazkirah kerana takut nampak tidak bersedia dan cetek ilmu.

Aduhai muslimatku sayang, perasaan malu itu perlu ada namun biarlah kena pada tempatnya.

MUSLIMAT ZAMAN INI BUKAN SEKADAR SAYAP TAPI LEBIH DARI ITU

Ya. Muslimat zaman ini perlu lebih laju dalam memacu langkah seperti Zainab Al-Ghazali. Bukan lagi duduk ditakuk lama sekadar menjadi penunggu dan mengangguk setuju.

Sedarlah! Bangkitlah wahai muslimatku sekalian. Jangan takut untuk melakukan perubahan untuk mencabar status quo kita. Biar apa orang kata yang penting kita jelas matlamat dan halatujukita. Di alam kampus inilah tempat kita untuk mendapatkan banyak pengalaman. Tidak mengapa sesekali melakukan kesilapan, kerana ia bisa mematangkan lagi tindakan kita. Rendahkan hati dalam menerima kritikan sahabat-sahabat,kerana mereka bertujuan untuk menjadikan kita lebih hebat!

Apabila kita duduk semeja dengan orang-orang yang besar pengaruhnya, ambillah sebahagian semangatnya untuk kita majukan diri. Jangan rasa segan kerana mereka juga insan biasa seperti kita tapi berusaha luar biasa daripada kita.

Jangan sampai meminta untuk jadi perdana menteri sudah la. Takkan sampai mereka-mereka yang kurangmemahami agama minta untuk menjadi tampuk pimpinan tertinggi Negara baru kita nak bangkit. Sekarang ni dah ada unit First lady Of Malaysia (FLOM) dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dikatakan sama taraf dengan lima unit dalam pejabat PM. Bangkitlah wahai muslimat!

muslimat power new generation)


P/S: Kak Rafidah dengan MP3, Kak Fasihah dengan 3P, masih tertunggu-tunggu pelancaran 3M oleh Kak G-ah.. bile tu ye?? Nantikan..

Wednesday, February 2, 2011

Alhamdulillah.. Mereka dah pulang..



Ujian itu satu nikmat..Ya.. nikmat yang memungkinkan kita lebih dekat dengan Sang Pencipta..Nikmat ini juga menjentik kita untuk muhasabah kembali kehidupan sebagai khalifah diatasmuka bumi.. Nikmat ini menunjukkan tanda kasih sayang dan cinta sang pencipta kepada kita..masakan tidak, Dia memberi peringatan kepada kita supaya kembali kepadaNya setelah kitalalai dan leka dibuai arus dunia..

Ujian menjadi kayu ukur Iman seseorang hamba kepada penciptanya.. redha atau tidak denganujian yang telah diberikan.. Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.. Redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenanganatau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagaiyang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segalasesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik ,dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorangmukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin .Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpakesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Minggu lepas, saya dikejutkan dengan satu berita dimana anak sedara saya dimasukkan ke hospital. Selang sehari selepas itu, satu lagi berita diterima bahawa 4 orang lagi ahli keluarga saya dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama. Allahu rabbi, air mata terus mengalir sejurus selepas mendapat berita tersebut. Ikutkan perasaan memang nak terus balik klang je waktu tu. Pelbagai pertimbangan dibuat.

Nak terus balik rumah? Haih.. minggu lepas dah cuti 7 hari atas sebab kesihatan diri.. banyak kerja2 yang ditinggalkan begitu sahaja.. program2 tak dihadiri.. usrah pon xdatang.. tu minggu lepas.. kalau minggu ni balik gak, malam ni ada usrah, meeting, kelas… esok ada kerja yang perlu disiapkan.. takkan nak tinggal lagi.. dah ada janji dengan adik2 junior.. ada perbincangan itu dan ini..

Allah.. sungguh.. diri ini terasa cukup lemah.. Alhamdulillah.. SMS dr sahabat2 menguatkan lagi hati.. menerima ujian ini dengan redha.. terlalu banyak dosa illeya ni.. getus dalam hati.. satu mesej dari seorang kakak di DQ sangat2 meruntun hati.. membawa kepada muhasabah yang selama ini diri ini semakin melupakan Al-Quran.. kalau dulu boleh habiskan 2 juzu’ sehari, tapi kini 1 juzu’ sehari pon susah.. jangan jadikan alasan gerak kerja, kesibukan untuk tidak bersama Al-Quran wahai illeya!

“Sesungguhnya Kalam Allah bisa menguatkan hati adikku. Kutahu dugaannya kini berat..zahirnya menahan rasa..namun batinnya bisa binasa..jika kaffarah dosa itu puncanya, ku yakin Engkau Maha Penyayang..Pengampun..Genggam hatinya wahai Tuhan..baluti hatinya dengan rahmat Mu, agar dia bisa teguh berdiri saat langit hamper runtuh mengena dirinya..ketahuilah dirimu wahai adikku yang ku sudah jatuh hati padanya kerana Allah..doamu yang tulus itu bisa mengubah takdir Allah dengan izin dari Nya.. dan pertolongan dari Tuhan Mu itu, turun beserta qiamullailmu.. ‘Dan apabila hamba2ku bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku’(Al-Baqarah:186)”

Kata2 ini menguatkan aku.. terima kasih ya Allah kerana menghadiahkan aku ukhuwwah ini.. walau kami berjauhan, seorang dip j, seorang di kuala kubu, namun atas dasar ukhuwwah fillah hati ini berpaut.. pertimbangan dibuat.. Alhamdulillah.. moga Allah redha..

Hari jumaat selepas kuiz, saya bergegas ke hospital.. berada di hospital sehingga jam 10 malam.. turun naik dari tingkat 4 ke 5 dan ulang alik dari 5 ke 4 disebabkan ibu berada di tingkat 5 sedangkan yang lain di tingkat 4.. setelah itu bergegas ke nilai untuk urusan lain..

Alhamdulillah.. mereka semua dah kembali ke rumah sekarang walau masih dalam proses kuarantin.. moga Allah ampunkan dosa kami sekeluarga..

(ies'ad,5 tahun, yang masuk hospital paling awal.. ieyad,setahun, baru keluar hospital beberapa minggu dah masuk balik)