CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 11, 2011

berusrah bersama keluarga..




"ummi, malam ni leya nak g kuliah ust idris, boleh?" soal si anak..

"kuliah dekat mana? jauh toksah pergi la.." jawab ummi..

"entah dekat mana ntah. sri muda kot. leya g dgn kak d" si anak meyakinkan umminya..

"yang dulu pergi tu dekat mana? kuliah pasal apa tu? ada buku ke?" soal ummi lagi..

berfikir sejenak.. macam mana nak jawab ni.. "dekat bla.. bla.. bla..(bagi direction) xtau la ada buku ke tidak.. nampak ustaz je yang pegang buku.. orang lain xde pon.. haha.." jawab si anak selambe..

terdetik dalam hati, nak ajak skali ke xnak.. nak ajak skali ke xnak..

tibe-tibe ummi tanya "kalau ummi ikut skali boleh? yang ni untuk ahli je ke?"

ape lagi.. peluang keemasan ni.. kena grab.. "xde la.. semua pon boleh datang.. tapi time leya pergi haritu sikit je orang.. boleh dibilang dengan jari.."

sampai je ke tempat "kuliah"..

"ni sebenarnye kuliah pasal ape?"ummi tanya kat salah seorang makcik disana sementara menunggu kehadiran ust..

"ala.. macam usrah bulanan la.." jawab mak cik tu..

ustaz idris ahmad pon sampai dan usrah diteruskan..

setelah hampir satu jam setengah, "kafaratul majlis wa suratul 'asr.."

di rumah..

ummi,"oh, macam tu ke sebenarnya usrah.."

aiseyh.. tersalah tafsir pulak.. berfikir dalam hati "ni usrah kawasan, usrah kampus lain sikit"

tapi.. daku hanya membiarkan ummi beranggapan begitu tanpa membetulkan sedikit pon statement tadi..

yay! ONE STEP CLOSER to let ummi understand what i'm doing ryte now! O Allah, help me..

Thursday, February 3, 2011

Peringatan Buat Diri : Muslimat Zaman Ini



Bercakap di hadapan bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun bercakap itu satu lumrah. Tapi bercakap di hadapan orang ramai adalah bab yang berbeza. Dek kerana kesukaran dan kepayahan bercakap di hadapan, ramai yang memilih untuk bercakap di belakang. Terutamanya muslimat.

Budaya malu dan diam ini seolah-olah telah sebati dengan muslimat. Sesetengah muslimat semakin gembira dengan status pemalu ini apatah lagi merasakan kemenangan berpihak kepadanya bila mendengar sabda Nabi bahawa malu itu sebahagian dari Iman.

Budaya orang Melayu Malaysia yang sentiasa mengajar anak gadisnya untuk bersopan santun dan lari menyorok di dapur bilamana tetamu bertandang di rumah menyemarakkan lagi sifat pemalu muslimat ini. Dari rumah ke sekolah hinggalah ke zaman university dan kerjaya, sikap malu ini terus dibawa dan dijunjung tinggi.

Sifat malu ini dihayati dengan baik tanpa sebarang gangguan oleh para muslimat terutamanya yang mengintima’kan diri dalam gerakan Islam.

Tiba-tiba, sang muslimin muncul menyergah. Dengan wibawa yang tersendiri, muslimin memberikan tazkirah dengan agenda : MUSLIMAT HARUS BERANI TAMPIL KE HADAPAN!

“Insya Allah, kita mahukan muslimat yang bukan sahaja tangan kirinya menghayun buaian, bahkan tangan kanannya mengoncangkan dunia” hujah seorang pimpinan seoarang muslimin dalam satu muktamar.

“Muslimat sayap kiri perjuangan. Ibarat sayap burung, ianya bukan sahaja dikibas kebelakang bahkan perlu juga ke hadapan untuk terus maju. Muslimat perlu kehadapan” bahas seoarang muslimin dengan bersemangat alam mesyuarat yang dihadiri pimpinan muslimat.

Muslimat jadi keliru. Selama ini mereka tidak didedahkan untuk kehadapan. Mereka dididik untuk bersikap malu. Menutup mulut ketika ketawa. Pandang ke bawah bila berjalan. Malu itu telah hampir sebati. Sekarang mahu dipinta kehadapan pula.

Muslimat rasa malu. Tapi muslimin mahu.

KEPERLUAN VS KEMAHUAN

“Kak, muslimin ini pelik le. Bila kami ni malu nak bercakap di hadapan, dipaksanya juga. Tapi bila dah kami bercakap di hadapan, macam-macam pula yang dikutuknya” luah seorang muslimat semasa diskusi muslimat dua blan lepas.

“Akak, malas le saya nak cakap kat depan lagi. Asyik kena kutuk aje lepas tue” keluh seorang lagi muslimat yang baru lepas memberikan tazkirah.

Satu demi satu komen tiba. Semuanya berbaur kecewa dan hampa. Apa yang tidak kena? Seolah-olah semboyan yang mahukan muslimat kehadapan itu hanya satu retorik kosong dan jenaka untuk mengenakan muslimat.

Benarkah begitu?

Sebenarnya muslimat perlu kehadapan ini bukan kerana memenuhi tuntutan KEMAHUAN muslimin. Tetapi kerana memenuhi tuntutan KEPERLUAN agama. Perkara ini harus jelas.

Hari ini kita dapat melihat banyak gejala sosial. Sebut sahajalah di mana sahaja. Dari ceruk ladang ke tengah kota, dari sekolah tadika ke menara gading, dari dinding kayu ke dinding kaca, semua manusia yang ada di tempat itu dicemari dengan gejala sosial yang kritikal.

Sebutlah negeri mana lagi yang tidak kedengaran suara tangisan bayi yang dibuang hidup-hidup, Negara mana lagi yang wujud tanpa adanya anak gadis mana yang hilang daranya tanpa jalan pernikahan. Semua jenayah ini wujud kerana pengeksploitasian terhadap muslimat.

Lalu, kita perlu bendung semua ini. Namun, suara muslimin sahaja tidak mencukupi bahkan kadangkala kedengaran sayup di telinga mad’u muslimat. Muslimat mahukan muslimat. Mereka perlukan woman touch. Mereka mahu melihat ikon untuk dicontohi. Mereka mahukan muslimat sejati yang membimbing mereka.

Persoalannya, siapa yang sanggup? Artis-artis wanita dengan segera berlumba-lumba mengangkat tangan.

Eh, itukah ikon yang perlu kita ketengahkan?

Dengan pakaian yang tidak cukup kainnya, bertukar-tukar pasangan sewenang-wenangnya, berpelukan dengan bukan muhrim dalam sesi fotografi tanpa segan silu. Adakah semua ini yang perlu gadis remaja kita contohi??

Sudah tentu jawapannya tidak!

Kita perlu datangkan alternative. Muslimat yang menghayati Islam dengan baik perlu menjadi ikon. Mereka perlu diketengahkan. Mereka perlu ditonjolkan . Ianya satu keperluan dan bukan lagi satu kemahuan!

Tapi, ada satu tembok besar yang perlu dipecahkan: Malu tidak bertempat! Malu untuk bersuara di hadapan kerana takut diejek oleh rakan-rakan terutamanya oleh golongan Adam. Malu untuk memberikan tazkirah kerana takut nampak tidak bersedia dan cetek ilmu.

Aduhai muslimatku sayang, perasaan malu itu perlu ada namun biarlah kena pada tempatnya.

MUSLIMAT ZAMAN INI BUKAN SEKADAR SAYAP TAPI LEBIH DARI ITU

Ya. Muslimat zaman ini perlu lebih laju dalam memacu langkah seperti Zainab Al-Ghazali. Bukan lagi duduk ditakuk lama sekadar menjadi penunggu dan mengangguk setuju.

Sedarlah! Bangkitlah wahai muslimatku sekalian. Jangan takut untuk melakukan perubahan untuk mencabar status quo kita. Biar apa orang kata yang penting kita jelas matlamat dan halatujukita. Di alam kampus inilah tempat kita untuk mendapatkan banyak pengalaman. Tidak mengapa sesekali melakukan kesilapan, kerana ia bisa mematangkan lagi tindakan kita. Rendahkan hati dalam menerima kritikan sahabat-sahabat,kerana mereka bertujuan untuk menjadikan kita lebih hebat!

Apabila kita duduk semeja dengan orang-orang yang besar pengaruhnya, ambillah sebahagian semangatnya untuk kita majukan diri. Jangan rasa segan kerana mereka juga insan biasa seperti kita tapi berusaha luar biasa daripada kita.

Jangan sampai meminta untuk jadi perdana menteri sudah la. Takkan sampai mereka-mereka yang kurangmemahami agama minta untuk menjadi tampuk pimpinan tertinggi Negara baru kita nak bangkit. Sekarang ni dah ada unit First lady Of Malaysia (FLOM) dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dikatakan sama taraf dengan lima unit dalam pejabat PM. Bangkitlah wahai muslimat!

muslimat power new generation)


P/S: Kak Rafidah dengan MP3, Kak Fasihah dengan 3P, masih tertunggu-tunggu pelancaran 3M oleh Kak G-ah.. bile tu ye?? Nantikan..

Wednesday, February 2, 2011

Alhamdulillah.. Mereka dah pulang..



Ujian itu satu nikmat..Ya.. nikmat yang memungkinkan kita lebih dekat dengan Sang Pencipta..Nikmat ini juga menjentik kita untuk muhasabah kembali kehidupan sebagai khalifah diatasmuka bumi.. Nikmat ini menunjukkan tanda kasih sayang dan cinta sang pencipta kepada kita..masakan tidak, Dia memberi peringatan kepada kita supaya kembali kepadaNya setelah kitalalai dan leka dibuai arus dunia..

Ujian menjadi kayu ukur Iman seseorang hamba kepada penciptanya.. redha atau tidak denganujian yang telah diberikan.. Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.. Redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenanganatau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagaiyang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segalasesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik ,dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorangmukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin .Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpakesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Minggu lepas, saya dikejutkan dengan satu berita dimana anak sedara saya dimasukkan ke hospital. Selang sehari selepas itu, satu lagi berita diterima bahawa 4 orang lagi ahli keluarga saya dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama. Allahu rabbi, air mata terus mengalir sejurus selepas mendapat berita tersebut. Ikutkan perasaan memang nak terus balik klang je waktu tu. Pelbagai pertimbangan dibuat.

Nak terus balik rumah? Haih.. minggu lepas dah cuti 7 hari atas sebab kesihatan diri.. banyak kerja2 yang ditinggalkan begitu sahaja.. program2 tak dihadiri.. usrah pon xdatang.. tu minggu lepas.. kalau minggu ni balik gak, malam ni ada usrah, meeting, kelas… esok ada kerja yang perlu disiapkan.. takkan nak tinggal lagi.. dah ada janji dengan adik2 junior.. ada perbincangan itu dan ini..

Allah.. sungguh.. diri ini terasa cukup lemah.. Alhamdulillah.. SMS dr sahabat2 menguatkan lagi hati.. menerima ujian ini dengan redha.. terlalu banyak dosa illeya ni.. getus dalam hati.. satu mesej dari seorang kakak di DQ sangat2 meruntun hati.. membawa kepada muhasabah yang selama ini diri ini semakin melupakan Al-Quran.. kalau dulu boleh habiskan 2 juzu’ sehari, tapi kini 1 juzu’ sehari pon susah.. jangan jadikan alasan gerak kerja, kesibukan untuk tidak bersama Al-Quran wahai illeya!

“Sesungguhnya Kalam Allah bisa menguatkan hati adikku. Kutahu dugaannya kini berat..zahirnya menahan rasa..namun batinnya bisa binasa..jika kaffarah dosa itu puncanya, ku yakin Engkau Maha Penyayang..Pengampun..Genggam hatinya wahai Tuhan..baluti hatinya dengan rahmat Mu, agar dia bisa teguh berdiri saat langit hamper runtuh mengena dirinya..ketahuilah dirimu wahai adikku yang ku sudah jatuh hati padanya kerana Allah..doamu yang tulus itu bisa mengubah takdir Allah dengan izin dari Nya.. dan pertolongan dari Tuhan Mu itu, turun beserta qiamullailmu.. ‘Dan apabila hamba2ku bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku’(Al-Baqarah:186)”

Kata2 ini menguatkan aku.. terima kasih ya Allah kerana menghadiahkan aku ukhuwwah ini.. walau kami berjauhan, seorang dip j, seorang di kuala kubu, namun atas dasar ukhuwwah fillah hati ini berpaut.. pertimbangan dibuat.. Alhamdulillah.. moga Allah redha..

Hari jumaat selepas kuiz, saya bergegas ke hospital.. berada di hospital sehingga jam 10 malam.. turun naik dari tingkat 4 ke 5 dan ulang alik dari 5 ke 4 disebabkan ibu berada di tingkat 5 sedangkan yang lain di tingkat 4.. setelah itu bergegas ke nilai untuk urusan lain..

Alhamdulillah.. mereka semua dah kembali ke rumah sekarang walau masih dalam proses kuarantin.. moga Allah ampunkan dosa kami sekeluarga..

(ies'ad,5 tahun, yang masuk hospital paling awal.. ieyad,setahun, baru keluar hospital beberapa minggu dah masuk balik)

Monday, January 31, 2011

Jom intai sejarah!



Muslimat Power!
Sejarah Perjuangan Muslimat

Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda. Saidatina Khadijah....... yang asalnya dari golongan bangsawan yang mempunyai harta yang banyak, menjadi sumber kewangan kepada perjuangan Islam ketika itu atas sifatnya yang sangat pemurah. Sehingga diriwayatkan, di akhir hayatnya, tidak ada harta yang tinggal padanya, semuanya diinfakkan ke jalan ALLAH SWT. Kewafatan Saidatina Khadijah membuatkan Rasulullah SAW berduka kerana kehilangan seorang isteri yang setia, pembantu
dan pembela baginda dalam melanjutkan tugas dakwah yang suci ini. Kata baginda;

“Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-permpuan lain (isteri-isteriku)”

Begitu dalamnya cinta dan sayang baginda kepada Saidatina Khadijah. Saya pasti, sukar untuk kita mencari wanita sehebat beliau dalam sejarah perjuangan muslimat hari ini.

Sejarah tidak melupakan kehebatan seorang wanita yang hebat dalam ilmu Al-Quran, hadis, ilmu fiqh, sejarah dan juga Bahasa Arab, iaitu juga salah seorang isteri baginda Rasulullah yang dikahwini pada usia yang begitu muda, Saidatina Aisyah r.a. Abu Burdah bin Musa dari ayahnya ada menerangkan bahwa ; “setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r.a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah..” Tercatat juga dalam sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a adalah termasuk salah seorang daripada 7 orang Majlis Syura. Kehebatan Saidatina Aisyah r.a dalam bidang ilmu banyak membantu baginda dalam menyampaikan risalah dakwah terutamanya dikalangan kaum wanita.

Saya tampilkan juga seorang lagi pejuang muslimat yang cukup tegar di medan peperangan,penuh keberanian, Nusaibah binti Ka’ab. Nusaibah antara wanita yang ikut sama di dalam perang Uhud, yang tugasnya memberi minum kepada muslimin yang berperang dan terluka di siang hari. Namun di saat genting, ketika tentera muslimin dalam porak poranda akibat tidak mengikuti arahan baginda Rasulullah, beliau segera mendekati Rasulullah dengan pedang dan anak panah sebagai pelindung kepada baginda. Di dalam peperangan ini, dengan keberanian yang ada pada Nusaibah, beliau telah mendapat luka yang teruk di seluruh badannnya di mana luka itu mengambil masa selama satu tahun untuk sembuh. Nusaibah sehingga kini disebut sebagai Srikandi Perisai Nabi.

Seorang lagi srikandi yang saya suka untuk kongsikan di sini iaitu, Sumayyah, orang pertama yang bergelar syahid. Kerana teguh dengan keimanan, beliau diseksa dengan begitu kejam sekali oleh Abu Jahal. Beliau dipakaikan baju besi dan dijemur dibawah terik panas matahari yang membakar. Kerana keteguhan inilah, Abu Jahal telah merejam beliau dengan tombak sampai mati. Teringat saya akan bait-bait indah dalam lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz akan perjuangan syahidah pertama ini.

Sabarlah keluarga Yasir bagimu Syurga di sana
Dan kau pen tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kau lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipata sejarah

Bait lagu ini pernah menanam satu semangat dan keinginan yang tinggi dalam hati dan jiwa saya untuk menjadi seorang insan yang berbakti kepada agama selama kehidupan ini.

Ramai lagi pejuang muslimat yang boleh dijadikan contoh dan ikutan kita di zaman ini. Cumanya, saya tampilkan empat srikandi ini untuk saya rumuskan beberapa perkara.

Pertama, seorang isteri itu perlu ada kesetiaan dan rela hidup bersama dengan suami dalam senang dan susah. Tidak kira dalam kondisi dia seorang yang berkerjaya, yang lebih tinggi gajinya daripada suami, ataupun yang mempunyai pangkat yang tinggi dalam jamaah berbanding suami. Kesetiaan ini, mampu memberi impak yang tinggi kepada si suami dalam meneruskan perjuangan seperti setianya Saidatina Khadijah kepada baginda Rasulullah SAW. Susah senang suami dapat dirasai bersama oleh isteri dan sentiasa berada di sampingnya untuk memberikan semangat kepada suami.

Kedua, seorang isteri perlu ada kemahiran psikologi yang baik. Ilmu kejiwaan ini sangat membantu dalam kehidupan suami yang berada dalam gerakan dakwah ini. Mereka yang berjaya menguasai ilmu psikologi ini dapat membantu suami dalam perjalanan dakwah dengan tenang di samping pertolongan dari ALLAH.

Ketiga, kepentingan ilmu. Muslimat yang ingin berada dalam gerakan dakwah, perlu ada ilmu. Agar perjuangannya mempunyai sandaran dan asas. Imam Hasan Al-Banna sendiri meletakkan rukun pertama dalam arkanul bai’ah ialah FAHAM. Untuk memahami, muslimat harus dilengkapkan dengan ilmu dan menyampaikan juga berdasarkan ilmu. Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a yang menjadi gedung ilmu, begitulah juga muslimat pada hari ini. Yusuf Qardhawi menyebut, adalah wajib bagi setiap wanita terhadap orang tuanya, anak-anaknya, serta kawan-kawan sejantina dengannya, untuk menganjurkan pembersihan aqidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam. Dan kewajipan ini memerlukan ilmu.

Keempat, muslimat harus berani. Muslimat kadang-kadang perlu dibelakang sebagai pendorong dan pembantu, namun ada masa dan ketikanya harus di hadapan. Sebagaimana Nusaibah yang asalnya bergerak sebagai pemberi air dan perawat luka tentera muslimin, namun, di saat yang genting, memerlukan dia untuk tampil ke hadapan berjuang di medan peperangan. Muslimat sebagai isteri solehah, ibu mithali, keutamaannya adalah mendidik anak-anak, namun tidak bererti dia harus meninggalkan lapangan dakwah dalam konteks masa kini yang memerlukan tenaga muslimat di lapangan dakwah. Jadi, harus bijak bertindak. Bagaimana? Rancang dan fikirlah.

Kelima, mujahadah dan kesabaran yang tinggi. Indahnya kesabaran dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Sumayyah dalam mempertahankan aqidahnya. Hakikat kehidupan dalam perjuangan, jika mudah dan senang itu, bukan dinamakan perjuangan. Sabar kita dalam berkerjaya, sabar kita dalam menguruskan rumahtangga, sabar kita dalam menyampaikan dakwah. Andai hilang kesabaran, rebahlah kita di pertengahan jalan.