CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 9, 2010

MUSLIMAT POWER!!



Pernah satu ketika dulu muslimat di"provok" oleh muslimin bahawa muslimat hanya melaungkan slogan "MUSLIMAT POWER" tapi hanya sekadar slogan.. dan mereka mangatakan bahawa "MUSLIMIN SUPER POWER".. mungkin mereka ada kerelevanan sendiri apabila berkata sedemikian.. biasalah.. masing2 nak menangkan kaum masing2.. yang adam sokong adam.. yang hawa sokong hawa.. itu lumrah.. namun hakikatnya, kedua2 mereka berbeza, tapi perlu bekerjasama untuk Islam itu sendiri..

Agak tidak faham dengan sesetengah kaum adam yang sangat suka memprovok muslimat.. entah kenapa.. walau pada hakikatnya siapa yang menimbulkan provokasi, mereka pasti mendapat populariti.. tak kiralah provokasi itu negatif atau positif.. maka dengan itu, menyebabkan banyak feedback2 dari pihak muslimat..


KENAPA JADI BEGITU??


Padahal masing2 punya kelebihan dan kekurangan masing2.. masing2 ada peranan masing2.. kenapa mesti nak me"ngutuk" antara satu sama lain.. hakikatnya kita memang saling memerlukan.. kalau tiada ayah, masakan terjadinya janin.. kalau tiada ibu, masakan lahirnya seorang bayi.. suka qoute seorang kakak yang sentiasa menjadi cooler dan sy sangat suka mendengar tasyji' beliau.. kata kak wani "itulah pentingnya berukhwah..x kisah la apa posisi pun..sayap kiri ke..sayap kanan ke..yg pnting cuba untuk kuatkan..".. very nice qoute..


Betul tu.. tak kisah la sayap kanan ke.. sayap kiri ke.. masing2 harus bahu membahu antara satu sama lain.. [mungkin statement ni menunjukkan saya lebih matang sikit berbanding dulu.. hehe] sebelum ni saya memang agak syadid sikit dalam berkerjasama dengan muslimin.. almaklumlah saya hanya berkerjasama dengan kaum berlawanan sejak masuk cfs.. sblm ini saya mmg paling mengelak utk berkerja dengan mereka.. kalau di sekolah pon saya lebih selesa berpersatuan yang semuanya perempuan berbanding bercampur.. kalau awal2 dulu saya hanya akan mereply sms dr muslimin dari jam 8 pagi hingga 5 ptg shj.. selain waktu tu, no way!! haha.. entah la.. rasa malas dan tak gemar bekerja dengan yang berlawanan gender.. lebih selesa dengan sejantina.. mungkin kerana nature saya di rumah yang hanya perempuan semuanya kecuali adik yang paling kecil sahaja lelaki sejak arwah bak dijemput Allah menyebabkan saya lebih selesa begitu..


Namun perancangan Allah mengatasi segalanya.. saya tahu Allah bagi saya yang terbaik.. yang menyebabkan saya lebih matang mungkin.. atas dasar tanggungjawab terhadap Islam dan taklifat yang dibebankan, ku gagahi jua.. kalau tidak, mungkin selamanya saya masih di takuk lama.. wallahu'alam.. Allah knows the best.. walaupun begitu, perasaan utk bekerja dengan rakan sejantina sahaja masih lagi tertanam dalam diri.. mungkin kali ini dari perspektif yang berbeza.. sekarang ini nature lebih kepada nak menjana transformasi muslimat.. zaman kebangkitan muslimat bermula.. hehe.. lebih suka untuk menumpukan kepada pergerakan muslimat sahaja.. muslimat harus bangkit..


memang saya akui ada sahaja suara2 tak puas hati, keluhan dari muslimat terhadap muslimin.. saya juga seringkali merasa sedemikian.. itu lumrah.. sebab kita berbeza.. namun, jangan disebabkan itu gerak kerja tergendala atau lebih teruk lagi menjadi umpatan yang merencatkan perjalanan dakwah dan tarbiyah itu sendiri.. tadabbur semula surah Al-Humazah..Isi kandugan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.. renung balik.. mungkin surah ini dah biasa kita baca dalam solat.. surah lazim.. budak tadika pon dah hafal.. tapi hayati betul2 surah ini.. kita ni pejuang agama.. bak kata TG Nik Aziz, org yang berjuang pon boleh masuk neraka.. salah satu sebabnya ialah suka mencela orang lain.. jangan sampai segala amal kebaikan, penat lelah perjuangan kita hanya menjadi debu berterbangan dengan sebab mengumpat sahaja.. AWAS!! na'uzubillahiminzalik..

'ala kulli haal, muslimin ke.. muslimat ke.. harus menjadi power untuk menegakkan Islam sehingga Islam ini betul2 bertapak secara total diatas muka bumi Allah ini.. Dalam perjuangan Islam, tak sepatutnya timbul soal siapa jaguh, muslimin atau muslimat sebab matlamatnya seharusnya hanya untuk mendapat mardhotillah. Kapasiti tugas dan corak penglibatan tentunya berbeza.. kepada muslimat sekalian, usah pedulikan tohmahan2 dan anasir luar yang mengganggu.. usah pedulikan kata2 dan provokasi muslimin.. kita berkerja untuk Islam.. untuk Allah.. bukan untuk muslimin.. jadi, usah pedulikan semua itu.. tapi, komen2 membina serta teguran tu ambillah.. kalau perlu ubah,ubah.. ambil segala yang datang dari sudut positif.. nescaya semuanya akan jadi positif..


Duhai muslimat.. ayuh.. bangkitlah.. muslimat srikandi ummah.. pedulikan mereka.. apa yang penting,, ikhlaskan hati.. lakukan segalanya lillahita'ala.. cetuskan 'bargaining power'.. jom jadi muslimat yang mempunyai hati yang subur, bisa melentur, namun sulit dipatahkan.. Bangkitlah dikau wahai Srikandi Islam. Bangunlah dikau dari angan-angan yang panjang. Angan-angan yang boleh membantutkan kebangkitan Islam itu sendiri. Ingat lah! Apabila kita hidup hanya utk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dr bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula drpd bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian( kerana perjuangan belum mencapai matlamat).


kepada semua srikandi gerakan, Kita boleh melangkah jauh, yang penting sedar kenapa kita perlu melangkah, ke mana hendak melangkah dan bagaimana hendak melangkah.. Mulakan dengan langkah yang pertama hari ini.. tangan yang menghayun buaian mampu MENGGONCANG DUNIA.. ambil kata-kata ini sebagai pembakar semangat..


" Wahai saudariku yang Muslimah yang berada di jalan jihad. Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam bidang jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga, iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad. Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita-wanita muslimat, mereka mengajar anak-anak mereka tentang peperangan-peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka satu surah dari Al-Quran.

Begitu juga seorang al-ukhtul. Muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya. Ia menggesa suaminya supaya berjihad, bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya. Ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad.

Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad. Ia telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunuskan senjata. Contohnya ialah seperti yang telah di lakukan oleh Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dlm peperangan Uhud."


( Mustafa Mashyur-Mursyidul Am ke-5 Ikhwan Muslimin)


Andalah apa yang anda fikirkan. Ukuran kuat atau lemah anda adalah dari apa yang fikiran dan hati anda katakan. Peganglah kekuatan hati itu supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri anda dengan kebergantungan pada Allah, kerana Kekuatan dalam, ruhiyah, dan jasadiyah datang daripada-Nya.



"KEARAH TRANSFORMASI MUSLIMAT YANG LEBIH LAJU DANMAJU.. MUSLIMAT POWER!!"