CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 3, 2010

"cemburu"lah kerana ALLAH

Tribute buat sahabiah yang disayangi fillah : Nurul Husna Kamaruddin, Muna 'Adila Che Rime, Afiqah Zulkifli, Asma' Afifah Tajari, Aisyah Al-Humayra Kamaruzzaman, Hazwani Khamaruddin, Siti Khadijah Abas, Nur Hidayah Md. Zain, Fauhatuz Zahroh Shaik Abdullah, Siti Zubaidah Mustaffa, Syarah Munirah Mohd Zailani.

Assalamu'alaikum wrh. wbt.

Alhamdulillah. akhirnya dapat jua menjejakkan kaki ke bumi terengganu menuntut ilmu yang mencurah-curah. genbira sekali berada disana. majlis ilmu sentiasa bertandang. beruntunglah kalian yang berada di sana. sebenarnya dalam kepala ni nak update tentang benda lain. tapi semasa sedang blokwalking tadi, terbaca satu post dari blog seorang kakak tentang sebuah kisah. Jadi, yang dalam kepala ni lain kali pulak ye. insyaALLAH.

sebelum tu.. jom jenguk jap!!

Cemburu pertama dalam sejarah manusia cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka. Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan dua orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.

Abu Faraj menjelaskan dalam An-Nira bahwa menurut Mu’awiyah terdapat tiga macam kemuliaan, yaitu sifat pemaaf, mampu menahan lapar dan tidak berlebihan dalam memiliki rasa cemburu (yang tidak pada tempatnya). karena berlebihan itu merupakan hal melampaui batas dan merupakan suatu kezhaliman terhadap pasangannya.

Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan. Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi? Imam Maulud, seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita. (yang ni memang kita kena jauhi. Na'uzubillahi min zalik..)Rasullulah bersabda: "Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat, ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah".(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

"cemburu ibarat perencah yang melazatkan makanan, begitu juga cemburu umpama perencah yang mengindahkan hubungan persahabatan.....rencah kehidupan"

tak salah nak cemburu dengan kejayaan seseorang. cuma jadikan sifat tersebut sebagai catalyst untuk kita lebih maju ke hadapan. kita tak tahu. Allah beri dia ujian kejayaan, Allah bagi kita kegagalan. mungkin itu yang terbaik untuk kita. Entah kalau dia mendapat kegagalan, mafsadahnya lebih besar dan kalau kita pula berjaya, tak mustahil kita lupa akan sang pencipta. Na'uzubillah. Allah Maha Mengetahui. Mungkin Allah rindu dengan rintihan kita. Atau mungkin kejayaan itu sekejap sahaja lagi kerana Allah ingin menguji kesabaran hambaNya. maka, sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepadanya.
memang banyak je cemburu kalau nak diikutkan. kita cemburu kepada dia kerana itu. cemburu kepada si fulan kerana ini. tak salah. kerana ianya fitrah manusia. bahaya kalau tiada perasaan cemburu ni. cuma jangan berlebihan. dan jadikannya pemangkin transformasi diri demi agamaNya.

Cemburu demi kebenaran dan ketaatan merupakan dasar perjuangan amar ma’ruf nahi munkar. Untuk itu, apabila tidak terdapat sifat cemburu dalam hati seorang yang beriman, maka sudah dapat dipastikan tidak ada dorongan untuk berjuang dan melakukan amar ma’ruf nahi munkar padanya yang dimulai dari diri dan keluarganya. (QS.AT-Tahrim:6) Oleh yang demikian, Allah menciptakan sebagian dari tanda kecintaan-Nya untuk berjuang sebagaimana firman-Nya: “Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siap yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-Maidah:54)

Cemburu yang pada tempatnya akan bernilai ibadah dan dicintai Allah yakni cemburu terhadap sesuatu pelanggaran nilai syariah secara pasti dan jelas. Namun kebalikannya, cemburu akan bernilai maksiat dan dibenci Allah yang sekaligus akan merenggangkan tali cinta kasih suami-isteri, mengganggu ketenteraman keluarga dan menyengsarakan hidup bersama jika hal itu cuma mengada-ada, su’udzon (negative thinking), syak wasangka, curiga terhadap sesuatu yang belum jelas dan pasti, serta cemburu buta secara bodoh kerana rasa was-was yang tidak pada tempatnya itu berasal dari syaitan (QS. An-Naas:3-6). Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya cemburu itu ada yang disukai oleh Allah dan ada yang dibenci oleh-Nya. Adapun cemburu yang disukai adalah cemburu pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci oleh-Nya adalah cemburu pada hal-hal yang tidak pasti.” (HR. Ahmad, Nasa’i dan Ibnu Hibban)
.

Maka, apa yang kita perlu buat sekarang? masih lagi rasa cemburu? sudah tentu. diri yang hina ini sentiasa tidak puas dengan ni'mat yang diberi tuhanNya lantas terbitlah sifat cemburu dalam diri. Oleh yang demikian, marilah kita sama2 membetulkan antara satu sama lain kerana cemburu yang tidak pada tempatnya bakal mengundang kemurkaan Allah. bersyukurlah kita dengan setiap ni'mat yang diberikan kerana masih ramai lagi diluar sana yang tidak berpeluang mengecap ni'mat seperti yang kita lalui hari ini.

Dan ingatlah surah al-Hujurat ayat 13:
"...sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah TAQWA..."

'Ala kulli haal, jazakillah kepada semua kerana sudi menjadi teman seperjuangan kepada diri yang serba hina ini. kalau nak dibandingkan saya dengan antunna, memang jauh bezanya lantaran antunna semua orang2 yang hebat dalam banyak perkara. mungkin ini hikmahnya kita semua disatukan. supaya kita saling melengkapi dan bahu-membahu antara satu sama lain. terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan sahabat seperjuangan seperti mereka. SAYANG ANTUNNA KERANA ALLAH!! (^_~)

"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia". [hadis riwayat Muslim]

2 comments:

aisyahHumaira said...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, perkongsian yg baik...Moga ALLAH tetapkan hati kita di jalan yg diredhaiNya..Insya'ALLAH

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.