CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 29, 2008

Siapa aku??



Setelah aku tewas dalam rimba duniawi ini,, baru aku mengenal diri yang telah lama dipermainkan oleh boneka dunia.. aku tidak pernah belajar mengenali diri aku sendiri.. tujuan aku hidup.. matlamat aku hidup.. dan yang paling menyedihkan sekali ialah kehidupan aku sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini.. what a waste!!


Selama aku hidup 16 tahun di dunia yang fana ini,, jarang rasanya aku bermuhasabah diri.. aku seringkali terleka.. selalu alpa hanyut dalam arus keduniaan.. Ya Allah..betapa hinanya hambamu ini.. aku bagai tidak mengenal apa itu dosa.. apa itu pahala.. apa itu syurga.. apa itu neraka.. perubahan yang sangat mendadak berlaku kepada aku dan keluarga sejurus selepas ayahku pergi meninggalkan dunia yang yang fana ini..

Yang paling aku kesalkan adalah betapa banyaknya ‘daging’ saudaraku yang aku telah ‘makan’.. Ya Allah betapa berdosanya aku selama ini.. seperti kata orang lain,, perempuan ni memang suka mengumpat.. memang dah jadi kebiasaan la.. aku sangat suka cakap belakang hal orang lain.. aku seperti sudah tidak mempunyai pedoman hidup menyebabkan aku tidak pernah takut untuk melakukan dosa.. aku seperti tidak sedar akan kewujudah Khaliq yang sepatutnya ditaati perintahNya.. Ya Allah,,siapalah aku pada pandanganMu?? Siapalah aku di sisiMu??

Apabila berkumpul sesame perempuan,, huh.. macam biasa la.. ahli mesyuarat tingkap bermula.. kami bagai tidak mengerti hukum yang telah ditetapkan syara’.. aku bagai mendapat kepuasan setelah mengeluarkan segala isi hati yang terpendam.. aku tak pernah sedar bahawa kepuasan yang aku kecapi selama beberapa saat itu mengundang kesengsaraan yang besar di akhirat kelak.. Astaghfirullahal’azim..

Kini, aku sedari.. siapalah aku untuk menilai sesame manusia..Siapa aku?? Siapa?? Apakah darjat aku yang sangat tinggi sehinggakan aku bagai mendapat ‘lesen’ untuk semua itu?? Sedangkan Nabi s.a.w. yang ma’sum itu sendiri tidak pernah mencela.. apa lagi diriku?? Siapa sebenarnya aku?? Apakah taraf aku di akhirat nanti?? Baru aku sedar.. diriku selama ini telah ditertawakan oleh iblis laknatullah kerana telah berjaya diperkotak-katikkan olehnya.. tapi,, kadang-kala,, aku merasakan diriku ini lemah untuk melawan segala godaan nafsu yang sentiasa membelenggu diri ini.. mulut terkadang salah bicara.. hati terkadang tersalah menduga.. namun,, aku terus berusaha.. Ya Allah,,bantulah aku dalam mencari redhaMu.. barulah ku tahu siapa diriku.. tapi,, itu tidak bermakna aku telah berjaya.. kerana ALLAH mengatahui diriku lebih daripada aku mengenali diriku sendiri.. wallahu’alam..



0 comments: