CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 13, 2008

Harapan dan tanggungjawab

Hari ini,, aku telah memenuhi satu undangan perkahwinan abg kawanku di sungai pinang.. pada mulanya aku agak keberatan untuk pergi memandangkan ummi tak dapat pergi atas sebab mencari nafkah keluarga.. aku hamper cancel rancanganku tetapi bila teringat akan memenuhi undangan orang lain adalah WAJIB,, aku pon memperkasakan diri untuk pergi jua walaupun kene naik bas..poyo je,,hehe.. dah la aku ni tak selalu naik bas..(siannye)naseb baik ade Fildza ngan Nusrah..

Sampai je kat rumah pengantin,, then lepas salam dgn kawan2,, tibe2 aku terdengar satu suara menyapaku.. aku menoleh……. Ya Allah,, cikgu Aini rupanya.. sebelahnya ustazah Junainon.. sebelahnya lagi ustazah Hashimah.. terkejot aku.. macam mane la aku boleh tak perasan?? Mase salam dgn cikgu Aini,, teringat pulak paper sejarah yang entah macam mane la aku jawab time SPM dulu.. sebelum masuk paper 1 sejarah,, cikgu dah tanya datang kat aku.. esokya pulak,, cam bese la.. pagi2 aku duduk kay port biasa aku.. cikgu datang.. tanya pasal paper semalam.. sblm masuk paper 2 pon,, die datang juga kat aku.. esoknya pulak,, die datang lagi.. tanya pasal paper 2 pulak.. Ya Allah,, kenapa mesti aku?? petanda apakah ini?? time salam ustazah Hashimah pulak,, die cakap “jangan Tanya saya ape-ape lagi.. yang saya tahu mesti dapat A1”.. “hhaaa!!”, itu je yang mampu aku lafazkan.. Ya Allah,, tingginya harapan ustazah pada aku..

Setelah itu,, aku pon pergi la makan.. time makan pula,, aku teringat ustazah Hashimah cabar aku dalam kelas untuk dapat straight A1.. Ya Allah,,mampu ke aku ni?? lepas tu,, aku pergi la sembang dgn fatin dan suraya.. lame dah tak jumpe suraya.. last met at her bro’s wedding last year I guess.. Tengah borak2, ustazah Hashimah datang.. haa.. ni la ustazah PSI aku.. “saya tengok soalan hari tu,, senaaaang sangat.. saya ingat je.. boleh tak anak murid aku jawab ni..” Sambungnya lagi.. “mesti dapat A1 ye.. yang lain tak nak.. nak A1 juga”.. berderau darah aku mase tu.. “insyaAllah,, ustazah doakanlah saya”, itu je yang mampu aku jawab.. Ya Allah,, tingginya harapan ustazah pada aku.. kenapa mesti aku?? Ya Allah.. mampukah aku menggalas tanggungjawab sebesar ini.. beratnya tanggungjawab yang engkau berikan kepadaku.. tapi aku tahu,, Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya jika hambaNya tidak mampu menggalasnya.. tapi,, aku tak mahu pisang berbuah dua kali.. aku tak sanggup.. aku tak nak tragedi yang sama berulang kembali.. aku tak mampu nak menghancurkan hati ustazah lagi.. Ya Allah,, tolonglah aku.. Gembiralah hati mu’allimah aku itu Ya Rahim..

Perbualan kami berterusan lame la gak aku sembang ngan ustazah.. macam2 la yang diborakkan instead of PSI.. yang aku peliknya,, semua sedara dia nak kenalkan kat aku.. entah kenapa la.. macam2 cerita yang diceritakan kepadaku.. tiba2 fatin panggil aku.. die mintak tolong bagikan bunga telur kepada tetamu sementara suraya pergi ambil yang baru.. tengah2 aku bagi bunga telur tu,, tiba2 ustazah panggil “illeya, tu la budaknya,” aku hanya sekadar memandang kepada budak itu.. LAILAHAILLALLAH.. ustazah still nak cerita kat aku pasal family die.. haha.. lawak betul.. haa.. lagi satu.. salah satu persoalan yang pernah bermain di fikiran aku nih terjawab juga sedikit sebanyak.. ustazah hashimah cakap "saya nak mohonkan Najwa untuk masuk STAM.. ambil MUET dekat sana.. senang sikit.. SOSIAL pun kurang.. kalau kat luar tu,, risau saya.. kat sekolah,, takde la risau sangat".. terBUKTI!! sekolah aku yang 'sosial' ni pon,, tak la sesosial dunia luar.. takut juga la aku dibuatnya..

Lepas tu aku terjumpa gak ngan ramai cikgu2 aku.. Ustazah Norseha, Ustaz Suhaimi, Ustaz Sianid dan Ustazah Salmah.. Ustaz Suhaimi tibe2 je buat lawak.. “illeya,, awak rewang ke?” “eh,, takde la ustaz”,aku menafikannya.. nampak ustazah Salamah pulak,,terinagt aku kat BAT.. Ye la.. dia pernah gak ajar aku BAT sebelum Ustaz Zul take over class tu.. dah la time BAT asek nama aku je kene sebut.. entah,,aku pon tak tahu ape sebabnya.. tak kurang gak asek aku je yang kene Tanya.. kecut perut aku dibuatnya.. teringat gak mase nak masuk dewan exam,, tapi aku tak sure exam ape mase tu,, aku salam ustazah Salamah,,kebetulan die ada kat situ.. orang lain salam biasa je.. tibe2 aku diciumnya pulak.. lepas tu die pesan “buat baik2 ye,” macam biasa… “insyaALLAH,,ustazah doakanlah saya ye,,” itu je la yang mampu aku jawab.. Ya Allah baru aku sedar betapa tingginya harapan yang guru2 aku beri pada aku.. betapa hebatnya dugaanMu kepadaku.. betapa beratnya tanggungjawab yang perlu aku galas.. kuatkanlah semangatku Ya Rahman..

saat2 macam ni la yang menyebabkan aku terimbau kembali detik2 SPM berlangsung.. sebelum masuk paper sejarah 2,, aku selak2 la buku teks tu untuk yang terakhir kalinya.. terdengar pula suara memanggilku.. "illeya,,macam mane paper tadi??" owh,,tcha Suraini rupanya.. "ok jugakla tcha soalannya," "soalannya senang kan.. mesti awak boleh jawab punya" terkedu aku mendengarnya.. tak kurang juga cikgu Madihah yang tak pernah2 ajar aku,, tiba2 bagi harapan dekat aku.. mase program restu ilmu,, aku salam cikgu.. cikgu pon pesan.. "buat elok2 ye.. dapat yang cemerlang macam kakak awak".. huh!! terkejut aku masa tu.. tak sangke pulak cikgu Madihah kenal aku sebenarnya.. Ya Allah,, tingginya harapan guru2ku..

masa hari jumaat,, exam tasawwur dan aku tak ambil exam tu.. aku terlibat dengan satu kes yang aku sendiri tak sangka sampai pengawas SPM tu pon kenal aku.. menitik gak air mata aku hari tu..tapi,, Cikgu Madihah, Cikgu Aini dan tcha Lin tenangkan aku.. tak lupa juga kepada sahabatku Nurul Athirah.. "you do ur best in the rest paper.. don't feel down in what had happen.. try to score ur best in coming paper.. don't bother about the past," something like this la ape yang cikgu Madihah cakap.. aku pon tak berape ingat.. tcha lin pulak cakap "dah la tu,, insyaALLAH takde pape.. awak concentrate kat paper yang akan datang".. beberapa minit lepas tu,,tcha lin tanya lagi,,"illeya ok??",.. Ya Allah.. concernnya cikgu2 aku.. banyaknya harapan yang perlu aku galas.. Ya Allah,, bantulah aku.. sesungguhnya Engkaulah yang Maha pemberi bantuan..

Lame juga aku fikir pasal PSI tu.. tak kurang juga subjek yang lain.. yang membuatkan aku takut lagi apabila aku teringat masa nak masuk dewan exam untuk paper terakhir,, ustazah azah pula yang pesan “buat elok2 ye.. nanti malam SMS kt saya soalan ape yang keluar.. lagi2 yang ayat hukum tu..” huh.. meremang bulu roma aku dibuatnya.. takut juga kalau hajat tak kesampaian nanti.. perasaan aku masa tu bercampur baur.. rasa takut ada.. rasa sedih pon ada.. dan macam2 lagi la.. macam mane aku nak menghadapinya?? Lantas aku teringat kepada sepotong ayat Al-Quran.. “La Takhof wa La Tahzan innALLAHa ma’ana”.. yang membawa maksud.. “ jangan takut dan janganlah bersedih.. sesungguhnya Allah bersama-sama kita”.. lega la juga rasanya walau masih ada lagi saki-baki kegusaran dalam hati ni..



p/s:disebabkan kt sini tidak di download arabic fonts.. so,, tak dapat nak tulis dalam arab.. kesulitan amat dikesali.. harap maklum..

Friday, December 12, 2008

Bangkit setelah tewas..



Banyak ranjau berduri yang telah ku tempuh sebagai seorang calon SPM 08..
Dan aku tahu,,dugaan inilah yang telah mengajar aku erti kehidupan.. erti kesabaran.. erti kepayahan.. erti perjuangan.. dan mengajarku untuk lebih berusaha mencapai apa yang aku impikan..

Masih segar di ingatanku sewaktu trial SPM pada bulan September yang lalu.. aku diduga dengan kekecewaan yang teramat sangat lantas memberi impact yang sangat besar kepada diriku.. semasa hari jumaat,, paper perdagangan kalau tak silap dan aku tidak memduduki apa2 paper pada hari itu.. kebetulan tcha azwira buat kelas chemistry introduction to salt.. almaklumlah sekolah aku tu terlampau banyak aktiviti sampai syllabus pon tak sempat nak habiskan.. pada waktu rehat yang diberi selama beberapa minit,, aku mengambil masa yang terluang tersebut untuk mentadabbur Al-Quran seorang diri lagipon pada waktu itu adalah bulan ramadhan.. tbe-tbe…..

“ya,, PSI ko dpt A2”, kata salah seorang dari classmate aku.. Ya ALLAH,, betapa hancurnya hatiku pada waktu itu.. Tuhan saje yang tahu betapa kecewanya aku waktu itu.. tanpa ku sedari,, pipiku terasa panas.. aku berasa sangat lemah pada waktu itu.. Ya Allah,,kuatkanlah hambaMu ini.. Tabahkanlah daku dalam menempuh dugaanMu ini Ya Rahman.. air mata mengalir.. lepas tu,, aku tak dapat concentrate langsung dlm class chem tu.. aku kecewa betul.. tapi apakan daya.. aku hanya seorang insan yang lemah.. aku tak mampu untuk mengubah takdir.. tapi aku dah expect result macam ni sebenarnya.. mase exam PSI,, aku tak dapat amik exam pada waktu pagi bersama kawan2ku yang lain kerana hal2 yang tak dapat dielakkan.. aku tak hadir ke sekolah pada waktu itu.. aku terpaksa amik exam pada waktu petang dalam keadaan hujan lebat pada waktu itu yang menyebabkan baju aku basah kuyup..

Apa yang menyebabkan aku sedih kerana PSI is one of my favorite subject.. tak tahulah kenapa.. memang dalam kelas aku yang paling banyak tanya.. setiap kali time PSI,, ade je yang aku nak Tanya.. kadang2 sampai dah habis masa pon aku tanya lagi sampai keluar kelas.. huhu.. inilah aku.. dan aku lagi sedih sebab ustazah sangat berharap pada aku.. ustazah memang yakin sangat pada aku.. tpi aku,, dah menghancurkan kepercayaan itu.. Ya Allah malunya aku..

Habis je kelas chem.,,aku masuk kelas dalam keadaan yang tak stabil.. aku pergi basuh muka dan ambil wudhu’ lantas membaca Al-Quran untuk mencari ketenangan.. tibe-tibe aku terbaca satu ayat yang membawa maksud

“apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?"
Ya Allah.. adakah ini satu ujian bagiku?? tak sanggup rasanya untuk menghadapi semua ini.. tapi aku tahu,, Allah menduga hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA.. and i noe,, ALLAH noe me more than i do..

aku cuba mententeramkan diriku.. aku tahu,, Allah menyayangi aku.. Allah mahu aku lebih berusaha.. Allah mahu aku menangis sekarang.. mungkin Allah mahu menguji aku sebelum memberi kejayaan kepada aku.. Astaghfirullahal'azim.. baru aku terfikir.. mana konsep tawakkal yang aku pernah belajar selama ini?? apakah aku tidak redha dengan ketentuanNYA?? apakah aku tidak mempercayai qada' dan qadar dariNYA?? selama ini sering telah bertawakkal kepadaNYA,, tapi kenapa aku bersedih dengan keputusan ini?? Lailahaillallah.. apa yang telah aku lakukan.. aku tak sepatutnya sedih macam ni.. Ampunilah aku Ya Rahim..

pada keesokan harinya,, aku mendengar cd ceramah bertajuk CINTA DUNIA yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.. dalam ceramah beliau,, beliau mengatakan,, "jika setiap sesuatu yang kita lakukan tidak membawa kebahagiaan di akhirat kelak,, maka itu adalah dunia.."
pernyataan ini membawa kepada aku berfikir,, Ya Allah.. aku hanya berfikir untuk mendapat markah yang tinggi dalam setiap exam,, tapi aku tak pernah fikir untuk mengaplikasikan semua ilmu yang aku dapat dalam hidupku.. aku tak pernah fikir untuk mendapat tempat yang paling baik di sisimu.. Ya Allah.. adakah aku ini tergolong dalam golongan mereka yang cintakan dunia?? bimbinglah aku menuju redhaMu Ya Rabb..




DQ oh DQ..


DARUL QURAN JAKIM.. satu tempat yang mempunyai bi'ah solehah yang sangat baik.. aku memang teringin benar menjadi salah seorang dari komunitinya.. Namun,, Allah tidak mengizinkannya.. setelah mendapati bahawa keputusan untuk ke temuduga DQ telah keluar,, aku adalah orang yang paling semangat untuk melihat keputusannya.. tapi apakan daya.. segalanya telah ditentukan.. mungkin rezekiku bukan di situ..

semasa masih di dalam pejabat,, aku berpura2 stabil.. buat2 cool depan ustaz Yazid.. sejurus aku melangkah keluar dari bilik ustaz,, air mata berjujuran di pipi.. bagai tidak terbendung lagi.. aku tak mampu untuk memberhentikannya..

lepas tu,, aku terus naik ke kelas.. alamak!! tcha azwira ade pulak.. dan sekali lagi,, aku tak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.. air mata membasahi pipi bagai ada punca yang aku sendiri tak tahu entah dari mana.. aku cuba menghentikannya tapi bagai tak mampu ku lakukan.. Ya Allah,, adakah ini satu lagi dugaan buatku?? aku tak pasti samaada tcha perasan atau tidak waktu itu.. aku cuba mengatakan sesuatu,, memujuk diriku.. Ya Rahman..bantulah hambaMu ini..setelah beberapa lama.. aku semakin stabil.. aku dapat menerimanya.. tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Rahim..

UJIAN HIDUP..

Hidup memang penuh dengan ujian.. setiap ujian yang diterima haruslah ditempuhi dangan tabah.. setiap ketabahan dan kesabaran dalam menempuh dugaan pasti akan diganjari.. Ya.. itulah janji Allah dan janjiNya itu suatu yang pasti.. Dugaan seperti inilah yang menentukan kuat atau lemahnya Iman seseorang hamba sebagai khalifah di muka bumi..

Ujian inilah yang menyebabkan aku lebih tabah dan sabar.. Ujian inilah yang telah mengajarku erti kehidupan yang sebenar.. Ujian jugalah yang menyababkan aku lebih mengenali siapa diriku yang sebenarnya.. aku kini bukan seperti dulu lagi.. aku akan bangkit walaupun telah jatuh selama beberapa kali.. aku akan mencuba dan terus mencuba serta berusaha dalam menggapai apa yang aku inginkan tanpa melupakan akhirat yang kekal abadi.. wallahu'alam..

Wednesday, December 10, 2008

Dilema kehidupan..



setelah habis SPM,, masing2 membawa haluan masing2.. ada yang mencari kerja.. ada yang pergi kursus.. tak kurang jugak yang menjadi penganggur terhormat kat rumah.. huhu.. macam2.. tapi,, inilah kehidupan yang kita tak boleh nak elak..

macam2 dilema yang dilalui terutamanya kepada lepasan2 SPM semasa menunggu result keluar.. dan aku?? hmm.. aku pon jadi penganggur terhormat jugak nih instead of amik driving license sebab mak aku memang tak kasi kerja.. ye la.. dunia luar nih memang sangat mencabar.. sosialnya lagi.. huh!! tak tahan..

tapi tbe2 ada satu malam,, akuterima satu sms.. owh,, ustazah azah rupanya.. cari orang untuk jaga koop sekolah.. hmm.. boleh dipertimbangkan kot.. tapi tak tahu lah nak ke tak nak.. satu lagi dilema ni..

nak ambil STAM ke tak nak??

biasanya,, untuk pelajar2 sekolah jais ni,, akan memenuhi masa cuti dengan sambung STAM.. pada mulanya,, memang itu la yang aku rancangkan untuk diriku.. tetapi,, rancangan ALLAH lebih baik.. kita hanya merancang tetapi ALLAH yang akan menentukan segalanya.. pada 2 dis lepas,, kami semua ke sekolah untuk sesi pemulangan buku.. aku ingat mase tu la nak hantar borang STAM.. tapi hajat dihentikan apabila dengar pengetua cakap yang once hantar borang STAM,, must sit for that exam at the end of the year.. alamak,, cne nih?? huh!! ni lagi satu dilema..

lame jugak aku bincang dengan athirah n fatimah pasal benda ni.. perbincangan yang lama ni membuat kata sepakat untuk tidak menghantar borang tersebut.. betul juga tu.. ye la.. kalau difikirkan balik,, bile kite dah hantar borang tu,, maksudnya kita dah berjanji untuk teruskan belajar kat situ.. ada hitam putihnya sekali.. tapi, bila kita dah dapat tawaran lain,, kite terus berhenti.. kan agak menyusahkan orang tu namanya.. lagipon,, kita dah berjanji,, tiba2 kita mungkiri.. xkan kita nak jadi orang munafik kot.. mungkin kat dunia kita boleh lepas.. tapi kat akhirat nanti?? ape yang kita nak jawab?? Astaghfirullahal'azim.. baru aku sedar.. banyak betul ciri2 munafik yang kita pandang ringan selama ini..

masa cuti ni pon,, ramai juga kawan2 yang msg aku suggest untuk amik STAM ke tak.. macam tu juga lah yang aku jawab kepada mereka.. Nabi S.A.W. pernah bersabda "ciri2 orang munafik itu ada tiga; 1)apabila bercakap dia dusta 2)apabila dia berjanji dia mungkiri 3)apabila diberi amanah dia khianati.. barangsiapa yang ada ketiga-tiga ciri tersebut dalam dirinya,, maka dia adalah munafik.. barangsiapa yang terdapat salah satu ciri tersebut dalam diri,, maka dia menghampiri kepada munafik"..



macam itu lah kawan2.. masa kita nak bersetuju untuk isi mana2 borang,, fikirlah masak2.. mse apply,, banyak2 pon tak pe.. tapi semasa bersetuju tu.. paling afdhal sekali,, buatlah solat istikharah.. biarlah kita sandarkan diri kita kepada ALLAH kerana Dia Maha Mengetahui.. wallahu'alam..

Harapan Pada-Mu Subur Kembali

Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

lagu ni di-introduce oleh tcha azwira masa chemistry extra class 3 hari sebelum SPM bermula.. mase dengar lagu nih,, x brape hayati sangat.. awal2 2h ye r.. agak2 feeling sikit.. nok menitik air mato ambo dongar lagung ni.. tapi kena cover r coz mase tu ramai pulak yang attend class chem 2h.. time tengah2 lagu ni,, da hilang feeling coz member sebelah tanye macam2.. tapi lagu nih sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk aku jawab exam.. Alhamdulillah.. thanx tcha.. tp td,, tbe2 dgr balik for d 2nd time kt IKIM.. terimbau pulak kenangan lalu.. da abeh pong SPM ambo nih.. mung dongar dok lagu nih?? (tbe2 teringat atuk kt terengganu.. pe la kabonye time banjir2 nih)..

Harapan Pada-Mu Subur Kembali - Saujana

Sunday, December 7, 2008

Layar Keinsafan

aku memang dah lame minat lagu nih.. mase aku duduk kat rumah anak yatim dulu,, abi yang introduce lagu nih.. touching oo dengar lagu nih..

tcha lin pon suka lagu nih.. cne aku tahu??hehe.. masa jamuan kelas,, aku ditugaskan untuk bawak lagu coz kt notebook tcha lin takde lagu.. aku ni mane la dengar lagu2 yang mcm member2 aku dengar 2h,, disebabkan loeh aku jugak yang control notebook tcha time jamuan,, aku bukak la selawat time makan.. berkat sikit mase makan 2,, ye dak?? lepas tu,, aku mintak tolong sorang budak ni bukak lagu ni.. kebetulan time tu aku tengah duduk sebelah tcha.. tbe2 tcha cakap "saya suka sangat lagu ni,, da lame cari2 tak jumpe" tcha sambung lagi "lagu ni bagi saya kekuatan" owh,, ye ke.. kekuatan ape?? hmmm...rsenye tak perlu kot untuk aku tulis kat sini.. moh deh samo2 hayati lagung nih.. untung2 dapak tarbiyah diri sikit dok??.. insyaALLAH.. amin~~~


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
untukku belayar


Layar Keinsafan - Mestica

Saturday, December 6, 2008

Kenapa kau SOMBONG sangat??

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam A-Quran dalam surah Ali Imran ayat 37 yang membawa maksud “Dan janganlah engkau berjalan diatas muka bumi ini dengan sikap sombong. Sesungguhnya engkau tidak dapat meratakan bumi dan juga mungkin tidak dapat menandingi tingginya gunung.” Adakah aku termasuk dalam golongan ini?? Adakah aku seorang yang SOMBONG??

“kenapa ko sombong sangat r??” “Ya, asal ko sombong sangat dengan aku?” “ko tahu tak aku dulu ingat ko sombong..” dan macam2 lagi la.. Selalu sangat aku dengar soalan2 macam nih sejak mula aku masuk sekolah ni.. Ape yang tak kenanya dengan aku ni?? penat aku berfikir pasal benda nih.. betul ke aku ni sombong.. adakah kerana aku tidak berkawan baik dengan sesiapa yang berlainan jantina dengan aku?? Adakah kerana ketika mereka menyapa aku,, aku hanya mengangguk tanpa memandang mereka?? Atau adakah kerana aku tidak tahu tentang gossip2 terbaru tentang dunia hiburan?? Atau kerana aku tidak mempunyai minat yang sama seperti mereka?? Adakah kerana aku tidak meminati hiburan seperti mereka?? Pernah ketika dalam kelas addmath,,tibe2 tcha hani bertanya.. “illeya,,you tengok tak cerita ……… malam tadi..(cerita ape entah,,aku lupe..mase tu aku tak pernah tahu pon kewujudan cerita tu)” “cerita ape tu tcha?” “eh, lupe pulak,,you kan tak tengok tv..”lalu aku pon menyambung buat latihan.. ini ke sebabnya?? Atau yang paling ketara sekali aku tidak COUPLE seperti mereka??

Adakah kerana soalan2 ni juga,, aku berubah?? Entahla.. aku sedar.. aku sudah banyak berubah sejak masuk ke alam tingkatan lima.. aku dah semakin biasa bercakap dengan pelajar yang berlainan jantina dengan aku.. kalau dulu,, memang jarang betulla aku berborak dengan mereka.. tapi,,tahun ini,,Ya Allah,,berdosanya aku.. adakah kerana aku duduk di belakang mereka?? Tapi aku tahu,, kalau aku bercakap dengan budak kelas aku,,lebih kepada isu politik serta isu2 ummah serta isu2 agama.. tapi terkadang lidah ini terlanjur berkata yang tidak sepatutnya.. lidah memang lebih tajam daripada pedang sehingga apabila tidak dijaga akan mengheret ke dalam kesusahan.. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan keatas orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang tidak kami terdaya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap orang kafir"

kadang2 aku juga berusaha untuk mengelak daripada mereka.. aku teringat tentang pesanan ummi semasa aku tinggal di asrama anak yatim dulu “kalau kita bercakap dengan lelaki yang bukan muhrim,, syaitan akan nampak segala yang ada dalam badan kita” huh!! Takot aku dibuatnya.. aku mengambil langkah ketika bercakap dengan pelajar lelaki,, aku akan menutup muka seperti memakai purdah.. bukan niatku untuk mempersendakan agama,, tetapi sebagai langkah berjaga2.. adakalanya aku ditertawakan oleh mereka.. ada juga yang merpersendakan aku.. adakah ini sebabnya aku dikatakan SOMBONG??

Aku juga sedang berusaha untuk menjaga pandanganku melalui pendekatan yang sama.. aku juga tidak memandang ke muka jika aku bercakap dengan mereka2 yang berlainan jantina standing dengan firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30 hingga 31 yang membawa maksud “katakanlah kepada lelaki yang beriman, perlu mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, perlu mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
Ini kerana Iman dalam hati boleh terhakis dengan pandangan liar oleh kerana pandangan kepada lawan yang tidak halal memberi kesan kepada penyebab hilangnya iman.. Mata juga adalah salah satu daripada beribu anak panah syaitan.. aku cuba menjaga pandanganku.. memang susah dan aku tahu sangat susah ke arah mardhotillah.. tapi aku terus dan terus mencuba.. adakah usaha aku ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak?? Atau memang sebenarnya cara yang aku lakukan adalah salah?? Wahai Tuhan Kami,, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami..
bimbinglah aku Ya Allah..

Pernah juga seorang pelajar lelaki menegur aku.. “Ya,, kenapa kau ni sombong sangat r??” aku hanya mampu tersenyum dan berlalu dari situ tanpa memberikan sebarang jawapan.. tiba2 aku teringat kepada sepotong ayat Al-Quran dari surah Luqman ayat 18 “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri”
Ya Allah,, jika benar aku seorang yang sombong,, kau berilah petunjuk dan hidayahmu kepadaku supaya aku berubah Ya Allah.. Kau bimbinglah aku.. tapi,, jika apa yang aku lakukan ini adalah wasilah kearah redhamu,, Kau kuatkanlah diriku.. Kau tetapkanlah hatiku.. sesungguhnya aku ini hanya seorang hamba yang lemah yang sentiasa memerlukan bimbingan darimu Ya Rahman Ya Rahim..

Friday, December 5, 2008

Sekolah aku sosial….ye ke??

Semasa exam SPM berjalan,,aku disarankan oleh ummi untuk tinggal di asrama bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk SPM.. macam biase la.. bile dah tinggal di asrama,,mesti la makin rapat dengan kawan2.. tapi di sini,, aku tertarik sebenarya dengan satu kisah yang aku dengar.. sekolah aku sosial?? Ye ke..

Komen ni datangnya dari seorang pelajar yang baru masuk tahun ni gak.. aku pon x tahu kenapa die pindah kat sekolah aku nih.. banyak juga la cerita yang aku dengar pasal budak baru nih.. tapi disebabkan aku tidak kenal langsung budak ni,, dan aku tak pernah nampak pon budak nih,, cerita yang aku dengar hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. lagipun die opposite gender dengan aku.. so,, I’m not interested at all.. mungkin disebabkan ini la org kate aku SOMBONG..huh!!entahla..

Back 2 d point,, macam2 feedback yang aku dengar dari budak sekolah tentang komen budak baru nih.. sedikit yang menyokong.. mejoriti yang menentang.. tak kurang juga yang mempertikai.. ade juga suara2 yang menyebut.. “poyonye die”.. “batak giler die tu”.. dan macam2 lagi la.. Sedangkan aku,,hanya diam dan memerhati sahaja..

Semasa sedang duduk dan study ramai2 dalam dorm,, kebetulan hari tersebut weekend,, entah macam mane boleh timbul pasal sosial nih.. setelah lama bermusyawarah bersama ahli “FAN CLUB”,, kami telah membuat satu hypothesis tentang komen ni.. aku pula?? Hmmm…aku telah mencipta lagi 2 hypothesis..hehe..

1st hypothesis

~ mungkin sebab dia tengok budak2 kelas die macam tu kot..
Ye la.. die ditempatkan di kelas yang paling ………… sekali dalam form 5 (faham2 sendiri la ye..) aku sendiri memang takut dengan kelas die nih..dah la mejoriti pelajar lelaki.. pelajar perempuannye pon menakutkan aku juga.. pernah sekali aku disuruh oleh ustazah menyampaikan pesan kepada kelas 2h,, menggeletar aku dibuatnya.. aku x tahu la ade ke yang perasan suara aku menggeletar mase tu.. naseb baek aku cakap dengan seorang pelajar je.. kalau satu kelas..wallahu’alam..

Ni pulak hyphotesis yang memandai je aku tambah..hehe..

2nd hypothesis ~ mungkin sebab keadaan sekolah lame die jauh berbeza dengan keadaan sekolah aku.. aku dengar die dari sekolah yang amat terjaga bi’ahnya.. apa bezanya sekolah dia dengan sekolah aku?? Adakah sebab aku pelajar SEKOLAH AGAMA MENENGAH manakala dia dari SEKOLAH MENENGAH ISLAM?? Atau mungkin aku SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN sedangkan dia dari SEKOLAH PERSENDIRIAN?? Tapi,, apa yang aku tahu,, sekolah budak ni memng baik la.. saudara aku pernah cerita,, tarbiyah di sekolah ni memang bagus sebab saudara aku ni pernah buat lawatan ke sekolah tersebut kerana dia dilantik menjadi pengetua untuk Ma’ahad Tahfiz yang bakal dibuka tahun hadapan..

3rd hypothesis ~ mungkin dia tidak pernah di dedahkan dengan dunia luar.. aku banyak menyertai aktiviti2 yang memaksa aku bergaul denagn dunia luar dan… masyaALLAH!!
Aku sendiri naik takot dengan apa yang pernah aku lalui.. aku masih bersyukur walaupun aku ditempatkan di sekolah yang “sosial” ni,, disebabkan dunia luar lebih teruk dari apa yang aku jangkakan.. cuba bayangkan,, ketika aku mengikuti program selama beberapa hari,, dalam 1 dorm yang majoritinya pelajar ISLAM,, tak sampai LIMA orang pun yang mendirikan solat.. bukan bertujuan untuk riak,, tapi kalau macam ini la pegangan akidah remaja masa kini,, apa akan jadi dengan dunia akan datang??

Lama juga aku berfikir tentang benda ni.. setelah meneliti dari segala aspek.. YA..aku bersetuju.. semasa aku masuk ke sekolah itu pada tahun 2004, memang banyak perubahan telah berlaku.. hampir 98% perbezaan semasa aku masuk 5 tahun lalu dan semasa aku keluar baru2 ini.. memang sangat berbeza.. totally.. aku pon sedih mengenangkan apakah yang akan berlaku selepas ini.. ikhtilat yang tiada kesudahan..

Ke’sosial’an yang aku paling tak tahan adalah semasa ENGLISH CAMP di Bukit Cerakah.. Astaghfirullaahal’azim.. masing2 bagai bukan pelajar sekolah agama.. dari segi adabnya.. sakhsiahnya.. pergaulannya.. pakaian,,jangan cakapla.. aku membenci semua itu berlaku.. namun aku,, hanya mampu mengalihkan pandangan.. aku seperti tidak mempunyai kekuatan untuk menegah maksiat yang berlaku.. Ya Allah malunya aku.. ini memperingatkan aku kepada sepotong hadis riwayat Abu daud yang bermaksud “pada suatu hari semasa nabi melihat percampuran antara lelaki dan perempuan ketika dalam perjalanan, maka ia berkata kepada wanita itu, ‘pergilah kalian, kalian tidak layak melalui jalan ini dan elakkan dari melalui jalan ini’ tapi,, aku tak mampu untuk melakukannya.. adakah aku menyalahi sunnah?? Ya Rahman ampunilah aku.. teringat aku pada kata2 Ustaz Zahazan Mohammad dalam tazkirahnya dalam IKIM “barangsiapa yang melakukan AMAL MA’RUF NAHI MUNKAR,, dia adalah ummah” Ya Allah,,aku tak mampu melakukan semua itu.. adakah aku bukan dalam kalangan ummah yang diredhaiMu?? pada malam terakhir camp,, ikhtilat memang terok sangat2 malam tu.. bak kate syuhada “da macam pusat pelacuran da aku tengok”.. tapi aku tidak dapat melihat ‘aksi2’ tersebut disebabkan oleh aku masuk rumah awal malam tu..

Jauh di lubuk hatiku.. aku teringin benar untuk duduk di dalam bi’ah solehah.. ya..itu yang paling aku inginkan sebenarnya.. tapi apakan daya.. Allah sudah tentukan segalanya buat aku.. aku hanya seorang hamba.. kadang kala airmata mengalir di pipi tanda aku ini insan yang lemah.. betapa banyaknya dosaku padaMU Ya Allah.. aku tahu..Allah telah menentukan segalanya buatku.. Allah tahu apa yang terbaik buatku.. Allah lebih mengerti apa yang terbaik untukku lebih dari aku mengenali diriku sendiri.. mungkin ini yang menjadikan aku lebih kuat.. kuat untuk berjalan di atas muka bumi Allah yang penuh ranjau berduri ini.. Ya Allah..bantulah aku..tetapkanlah hatiku..

Aku????.......


Aku ni macam mane pulak??aku ni sosial ke tak?? Ya Allah..sekiranya aku ni terlibat dengan ikhtilat masa kini,, ampunilah aku Ya Allah.. Kau bimbinglah aku ke jalan yang diredhaiMU.. Kau kuatkanlah semangatku dalam memperjuangkan agama Islam di muka bumiMU ini Ya Allah..

Harapan aku supaya dapat dikembalikan semula suasana Islamic yang terdapat dalam sekolah aku suatu ketika dulu.. aku juga berharap supaya kawan2ku akan tetap istiqamah dengan dirinya kerana dunia luar lebih sosial dari sekolah ‘sosial’ ni.. ramai juga kenalanku dari sekolah islam yang mendapat tarbiyah,, culture shock dan berubah dengan begitu mendadak setelah berdepan dengan dunia luar.. aku sendiri takut untuk berhadapan dengan dunia luar kerana aku masih tidak kuat untuk melalui semua itu.. Ya Rahim,, bantulah hambamu yang lemah ini..

gambar sekadar hiasan...