CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label taubat. Show all posts
Showing posts with label taubat. Show all posts

Sunday, December 7, 2008

Layar Keinsafan

aku memang dah lame minat lagu nih.. mase aku duduk kat rumah anak yatim dulu,, abi yang introduce lagu nih.. touching oo dengar lagu nih..

tcha lin pon suka lagu nih.. cne aku tahu??hehe.. masa jamuan kelas,, aku ditugaskan untuk bawak lagu coz kt notebook tcha lin takde lagu.. aku ni mane la dengar lagu2 yang mcm member2 aku dengar 2h,, disebabkan loeh aku jugak yang control notebook tcha time jamuan,, aku bukak la selawat time makan.. berkat sikit mase makan 2,, ye dak?? lepas tu,, aku mintak tolong sorang budak ni bukak lagu ni.. kebetulan time tu aku tengah duduk sebelah tcha.. tbe2 tcha cakap "saya suka sangat lagu ni,, da lame cari2 tak jumpe" tcha sambung lagi "lagu ni bagi saya kekuatan" owh,, ye ke.. kekuatan ape?? hmmm...rsenye tak perlu kot untuk aku tulis kat sini.. moh deh samo2 hayati lagung nih.. untung2 dapak tarbiyah diri sikit dok??.. insyaALLAH.. amin~~~


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
untukku belayar


Layar Keinsafan - Mestica

Friday, August 29, 2008

Siapa aku??



Setelah aku tewas dalam rimba duniawi ini,, baru aku mengenal diri yang telah lama dipermainkan oleh boneka dunia.. aku tidak pernah belajar mengenali diri aku sendiri.. tujuan aku hidup.. matlamat aku hidup.. dan yang paling menyedihkan sekali ialah kehidupan aku sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini.. what a waste!!


Selama aku hidup 16 tahun di dunia yang fana ini,, jarang rasanya aku bermuhasabah diri.. aku seringkali terleka.. selalu alpa hanyut dalam arus keduniaan.. Ya Allah..betapa hinanya hambamu ini.. aku bagai tidak mengenal apa itu dosa.. apa itu pahala.. apa itu syurga.. apa itu neraka.. perubahan yang sangat mendadak berlaku kepada aku dan keluarga sejurus selepas ayahku pergi meninggalkan dunia yang yang fana ini..

Yang paling aku kesalkan adalah betapa banyaknya ‘daging’ saudaraku yang aku telah ‘makan’.. Ya Allah betapa berdosanya aku selama ini.. seperti kata orang lain,, perempuan ni memang suka mengumpat.. memang dah jadi kebiasaan la.. aku sangat suka cakap belakang hal orang lain.. aku seperti sudah tidak mempunyai pedoman hidup menyebabkan aku tidak pernah takut untuk melakukan dosa.. aku seperti tidak sedar akan kewujudah Khaliq yang sepatutnya ditaati perintahNya.. Ya Allah,,siapalah aku pada pandanganMu?? Siapalah aku di sisiMu??

Apabila berkumpul sesame perempuan,, huh.. macam biasa la.. ahli mesyuarat tingkap bermula.. kami bagai tidak mengerti hukum yang telah ditetapkan syara’.. aku bagai mendapat kepuasan setelah mengeluarkan segala isi hati yang terpendam.. aku tak pernah sedar bahawa kepuasan yang aku kecapi selama beberapa saat itu mengundang kesengsaraan yang besar di akhirat kelak.. Astaghfirullahal’azim..

Kini, aku sedari.. siapalah aku untuk menilai sesame manusia..Siapa aku?? Siapa?? Apakah darjat aku yang sangat tinggi sehinggakan aku bagai mendapat ‘lesen’ untuk semua itu?? Sedangkan Nabi s.a.w. yang ma’sum itu sendiri tidak pernah mencela.. apa lagi diriku?? Siapa sebenarnya aku?? Apakah taraf aku di akhirat nanti?? Baru aku sedar.. diriku selama ini telah ditertawakan oleh iblis laknatullah kerana telah berjaya diperkotak-katikkan olehnya.. tapi,, kadang-kala,, aku merasakan diriku ini lemah untuk melawan segala godaan nafsu yang sentiasa membelenggu diri ini.. mulut terkadang salah bicara.. hati terkadang tersalah menduga.. namun,, aku terus berusaha.. Ya Allah,,bantulah aku dalam mencari redhaMu.. barulah ku tahu siapa diriku.. tapi,, itu tidak bermakna aku telah berjaya.. kerana ALLAH mengatahui diriku lebih daripada aku mengenali diriku sendiri.. wallahu’alam..



Thursday, August 28, 2008

Kembali..

Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Lagu & Lirik: Ahmad Fathi
NSR PUBLISHING SDN BHD

Kembali - Far East




Lirik yang sungguh menyentuh hati.. terkadang aku terleka di buai pujuk rayu duniawi.. aku seperti tidak sedar akan hakikat di alam fana ini.. Ya Allah,,aku pernah tersasar jauh dari landasan maghfirahmu,, maka Kau bimbinglah aku menuju redhaMU Ya Rabb..