Allah s.w.t. telah berfirman di dalam A-Quran dalam surah Ali Imran ayat 37 yang membawa maksud “Dan janganlah engkau berjalan diatas muka bumi ini dengan sikap sombong. Sesungguhnya engkau tidak dapat meratakan bumi dan juga mungkin tidak dapat menandingi tingginya gunung.” Adakah aku termasuk dalam golongan ini?? Adakah aku seorang yang SOMBONG??
“kenapa ko sombong sangat r??” “Ya, asal ko sombong sangat dengan aku?” “ko tahu tak aku dulu ingat ko sombong..” dan macam2 lagi la.. Selalu sangat aku dengar soalan2 macam nih sejak mula aku masuk sekolah ni.. Ape yang tak kenanya dengan aku ni?? penat aku berfikir pasal benda nih.. betul ke aku ni sombong.. adakah kerana aku tidak berkawan baik dengan sesiapa yang berlainan jantina dengan aku?? Adakah kerana ketika mereka menyapa aku,, aku hanya mengangguk tanpa memandang mereka?? Atau adakah kerana aku tidak tahu tentang gossip2 terbaru tentang dunia hiburan?? Atau kerana aku tidak mempunyai minat yang sama seperti mereka?? Adakah kerana aku tidak meminati hiburan seperti mereka?? Pernah ketika dalam kelas addmath,,tibe2 tcha hani bertanya.. “illeya,,you tengok tak cerita ……… malam tadi..(cerita ape entah,,aku lupe..mase tu aku tak pernah tahu pon kewujudan cerita tu)” “cerita ape tu tcha?” “eh, lupe pulak,,you kan tak tengok tv..”lalu aku pon menyambung buat latihan.. ini ke sebabnya?? Atau yang paling ketara sekali aku tidak COUPLE seperti mereka??
Adakah kerana soalan2 ni juga,, aku berubah?? Entahla.. aku sedar.. aku sudah banyak berubah sejak masuk ke alam tingkatan lima.. aku dah semakin biasa bercakap dengan pelajar yang berlainan jantina dengan aku.. kalau dulu,, memang jarang betulla aku berborak dengan mereka.. tapi,,tahun ini,,Ya Allah,,berdosanya aku.. adakah kerana aku duduk di belakang mereka?? Tapi aku tahu,, kalau aku bercakap dengan budak kelas aku,,lebih kepada isu politik serta isu2 ummah serta isu2 agama.. tapi terkadang lidah ini terlanjur berkata yang tidak sepatutnya.. lidah memang lebih tajam daripada pedang sehingga apabila tidak dijaga akan mengheret ke dalam kesusahan.. "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan keatas orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang tidak kami terdaya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap orang kafir" kadang2 aku juga berusaha untuk mengelak daripada mereka.. aku teringat tentang pesanan ummi semasa aku tinggal di asrama anak yatim dulu “kalau kita bercakap dengan lelaki yang bukan muhrim,, syaitan akan nampak segala yang ada dalam badan kita” huh!! Takot aku dibuatnya.. aku mengambil langkah ketika bercakap dengan pelajar lelaki,, aku akan menutup muka seperti memakai purdah.. bukan niatku untuk mempersendakan agama,, tetapi sebagai langkah berjaga2.. adakalanya aku ditertawakan oleh mereka.. ada juga yang merpersendakan aku.. adakah ini sebabnya aku dikatakan SOMBONG??
Aku juga sedang berusaha untuk menjaga pandanganku melalui pendekatan yang sama.. aku juga tidak memandang ke muka jika aku bercakap dengan mereka2 yang berlainan jantina standing dengan firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30 hingga 31 yang membawa maksud “katakanlah kepada lelaki yang beriman, perlu mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, perlu mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” Ini kerana Iman dalam hati boleh terhakis dengan pandangan liar oleh kerana pandangan kepada lawan yang tidak halal memberi kesan kepada penyebab hilangnya iman.. Mata juga adalah salah satu daripada beribu anak panah syaitan.. aku cuba menjaga pandanganku.. memang susah dan aku tahu sangat susah ke arah mardhotillah.. tapi aku terus dan terus mencuba.. adakah usaha aku ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak?? Atau memang sebenarnya cara yang aku lakukan adalah salah?? Wahai Tuhan Kami,, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami.. bimbinglah aku Ya Allah..
Pernah juga seorang pelajar lelaki menegur aku.. “Ya,, kenapa kau ni sombong sangat r??” aku hanya mampu tersenyum dan berlalu dari situ tanpa memberikan sebarang jawapan.. tiba2 aku teringat kepada sepotong ayat Al-Quran dari surah Luqman ayat 18 “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri” Ya Allah,, jika benar aku seorang yang sombong,, kau berilah petunjuk dan hidayahmu kepadaku supaya aku berubah Ya Allah.. Kau bimbinglah aku.. tapi,, jika apa yang aku lakukan ini adalah wasilah kearah redhamu,, Kau kuatkanlah diriku.. Kau tetapkanlah hatiku.. sesungguhnya aku ini hanya seorang hamba yang lemah yang sentiasa memerlukan bimbingan darimu Ya Rahman Ya Rahim..
Saturday, December 6, 2008
Kenapa kau SOMBONG sangat??
Posted by Srikandi Al-Quds at 7:05 AM 3 comments
Labels: pengalaman hidup, sekolah
Friday, December 5, 2008
Sekolah aku sosial….ye ke??
Semasa exam SPM berjalan,,aku disarankan oleh ummi untuk tinggal di asrama bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk SPM.. macam biase la.. bile dah tinggal di asrama,,mesti la makin rapat dengan kawan2.. tapi di sini,, aku tertarik sebenarya dengan satu kisah yang aku dengar.. sekolah aku sosial?? Ye ke..
Komen ni datangnya dari seorang pelajar yang baru masuk tahun ni gak.. aku pon x tahu kenapa die pindah kat sekolah aku nih.. banyak juga la cerita yang aku dengar pasal budak baru nih.. tapi disebabkan aku tidak kenal langsung budak ni,, dan aku tak pernah nampak pon budak nih,, cerita yang aku dengar hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. lagipun die opposite gender dengan aku.. so,, I’m not interested at all.. mungkin disebabkan ini la org kate aku SOMBONG..huh!!entahla..
Back 2 d point,, macam2 feedback yang aku dengar dari budak sekolah tentang komen budak baru nih.. sedikit yang menyokong.. mejoriti yang menentang.. tak kurang juga yang mempertikai.. ade juga suara2 yang menyebut.. “poyonye die”.. “batak giler die tu”.. dan macam2 lagi la.. Sedangkan aku,,hanya diam dan memerhati sahaja..
Semasa sedang duduk dan study ramai2 dalam dorm,, kebetulan hari tersebut weekend,, entah macam mane boleh timbul pasal sosial nih.. setelah lama bermusyawarah bersama ahli “FAN CLUB”,, kami telah membuat satu hypothesis tentang komen ni.. aku pula?? Hmmm…aku telah mencipta lagi 2 hypothesis..hehe..
1st hypothesis ~ mungkin sebab dia tengok budak2 kelas die macam tu kot..
Ye la.. die ditempatkan di kelas yang paling ………… sekali dalam form 5 (faham2 sendiri la ye..) aku sendiri memang takut dengan kelas die nih..dah la mejoriti pelajar lelaki.. pelajar perempuannye pon menakutkan aku juga.. pernah sekali aku disuruh oleh ustazah menyampaikan pesan kepada kelas 2h,, menggeletar aku dibuatnya.. aku x tahu la ade ke yang perasan suara aku menggeletar mase tu.. naseb baek aku cakap dengan seorang pelajar je.. kalau satu kelas..wallahu’alam..
Ni pulak hyphotesis yang memandai je aku tambah..hehe..
2nd hypothesis ~ mungkin sebab keadaan sekolah lame die jauh berbeza dengan keadaan sekolah aku.. aku dengar die dari sekolah yang amat terjaga bi’ahnya.. apa bezanya sekolah dia dengan sekolah aku?? Adakah sebab aku pelajar SEKOLAH AGAMA MENENGAH manakala dia dari SEKOLAH MENENGAH ISLAM?? Atau mungkin aku SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN sedangkan dia dari SEKOLAH PERSENDIRIAN?? Tapi,, apa yang aku tahu,, sekolah budak ni memng baik la.. saudara aku pernah cerita,, tarbiyah di sekolah ni memang bagus sebab saudara aku ni pernah buat lawatan ke sekolah tersebut kerana dia dilantik menjadi pengetua untuk Ma’ahad Tahfiz yang bakal dibuka tahun hadapan..
3rd hypothesis ~ mungkin dia tidak pernah di dedahkan dengan dunia luar.. aku banyak menyertai aktiviti2 yang memaksa aku bergaul denagn dunia luar dan… masyaALLAH!!
Aku sendiri naik takot dengan apa yang pernah aku lalui.. aku masih bersyukur walaupun aku ditempatkan di sekolah yang “sosial” ni,, disebabkan dunia luar lebih teruk dari apa yang aku jangkakan.. cuba bayangkan,, ketika aku mengikuti program selama beberapa hari,, dalam 1 dorm yang majoritinya pelajar ISLAM,, tak sampai LIMA orang pun yang mendirikan solat.. bukan bertujuan untuk riak,, tapi kalau macam ini la pegangan akidah remaja masa kini,, apa akan jadi dengan dunia akan datang??
Lama juga aku berfikir tentang benda ni.. setelah meneliti dari segala aspek.. YA..aku bersetuju.. semasa aku masuk ke sekolah itu pada tahun 2004, memang banyak perubahan telah berlaku.. hampir 98% perbezaan semasa aku masuk 5 tahun lalu dan semasa aku keluar baru2 ini.. memang sangat berbeza.. totally.. aku pon sedih mengenangkan apakah yang akan berlaku selepas ini.. ikhtilat yang tiada kesudahan..
Ke’sosial’an yang aku paling tak tahan adalah semasa ENGLISH CAMP di Bukit Cerakah.. Astaghfirullaahal’azim.. masing2 bagai bukan pelajar sekolah agama.. dari segi adabnya.. sakhsiahnya.. pergaulannya.. pakaian,,jangan cakapla.. aku membenci semua itu berlaku.. namun aku,, hanya mampu mengalihkan pandangan.. aku seperti tidak mempunyai kekuatan untuk menegah maksiat yang berlaku.. Ya Allah malunya aku.. ini memperingatkan aku kepada sepotong hadis riwayat Abu daud yang bermaksud “pada suatu hari semasa nabi melihat percampuran antara lelaki dan perempuan ketika dalam perjalanan, maka ia berkata kepada wanita itu, ‘pergilah kalian, kalian tidak layak melalui jalan ini dan elakkan dari melalui jalan ini’ tapi,, aku tak mampu untuk melakukannya.. adakah aku menyalahi sunnah?? Ya Rahman ampunilah aku.. teringat aku pada kata2 Ustaz Zahazan Mohammad dalam tazkirahnya dalam IKIM “barangsiapa yang melakukan AMAL MA’RUF NAHI MUNKAR,, dia adalah ummah” Ya Allah,,aku tak mampu melakukan semua itu.. adakah aku bukan dalam kalangan ummah yang diredhaiMu?? pada malam terakhir camp,, ikhtilat memang terok sangat2 malam tu.. bak kate syuhada “da macam pusat pelacuran da aku tengok”.. tapi aku tidak dapat melihat ‘aksi2’ tersebut disebabkan oleh aku masuk rumah awal malam tu..
Jauh di lubuk hatiku.. aku teringin benar untuk duduk di dalam bi’ah solehah.. ya..itu yang paling aku inginkan sebenarnya.. tapi apakan daya.. Allah sudah tentukan segalanya buat aku.. aku hanya seorang hamba.. kadang kala airmata mengalir di pipi tanda aku ini insan yang lemah.. betapa banyaknya dosaku padaMU Ya Allah.. aku tahu..Allah telah menentukan segalanya buatku.. Allah tahu apa yang terbaik buatku.. Allah lebih mengerti apa yang terbaik untukku lebih dari aku mengenali diriku sendiri.. mungkin ini yang menjadikan aku lebih kuat.. kuat untuk berjalan di atas muka bumi Allah yang penuh ranjau berduri ini.. Ya Allah..bantulah aku..tetapkanlah hatiku..
Aku????.......
Aku ni macam mane pulak??aku ni sosial ke tak?? Ya Allah..sekiranya aku ni terlibat dengan ikhtilat masa kini,, ampunilah aku Ya Allah.. Kau bimbinglah aku ke jalan yang diredhaiMU.. Kau kuatkanlah semangatku dalam memperjuangkan agama Islam di muka bumiMU ini Ya Allah..
Harapan aku supaya dapat dikembalikan semula suasana Islamic yang terdapat dalam sekolah aku suatu ketika dulu.. aku juga berharap supaya kawan2ku akan tetap istiqamah dengan dirinya kerana dunia luar lebih sosial dari sekolah ‘sosial’ ni.. ramai juga kenalanku dari sekolah islam yang mendapat tarbiyah,, culture shock dan berubah dengan begitu mendadak setelah berdepan dengan dunia luar.. aku sendiri takut untuk berhadapan dengan dunia luar kerana aku masih tidak kuat untuk melalui semua itu.. Ya Rahim,, bantulah hambamu yang lemah ini..
gambar sekadar hiasan...



Posted by Srikandi Al-Quds at 6:54 AM 2 comments
Labels: ikhtilat, pengalaman hidup, sekolah
Saturday, August 30, 2008
Menanti Di Barzakh

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
first time aku dengar lagu ni mase dengar carta nasyid IKIM.. lagu ni betul2 menginsafkan aku.. lagu ini terngiang-ngiang di telingaku sewaktu majlis pengebumian arwah pakcikku tahun lalu.. Ya Allah,,betapa hinanya aku sebagai hamba di muka bumi ALLAH ini.. adakah aku berjaya mengharunginya apabila aku meninggalkan dunia yang fana ini?? Ya Allah,, jika sudah tiba saat untukku,, Kau ambillah aku dalam rahmatmu Ya Allah.. Kau ambillah aku ketika aku bersih dari sebarang dosa.. Ambillah aku setelah aku menunaikan hak2 manusia terutama sekali ibuku Ya Allah.. Kau tentukanlah husnul khotimah untukku Ya Allah.. Kau lancarkanlah lidahku untuk menyebut kalimahmu di saat akhir kehidupanku Ya Allah.. amin ya robbal 'alamin..
Posted by Srikandi Al-Quds at 8:04 AM 0 comments
Labels: lirik lagu, tazkirah
Friday, August 29, 2008
Siapa aku??

Setelah aku tewas dalam rimba duniawi ini,, baru aku mengenal diri yang telah lama dipermainkan oleh boneka dunia.. aku tidak pernah belajar mengenali diri aku sendiri.. tujuan aku hidup.. matlamat aku hidup.. dan yang paling menyedihkan sekali ialah kehidupan aku sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini.. what a waste!!
Selama aku hidup 16 tahun di dunia yang fana ini,, jarang rasanya aku bermuhasabah diri.. aku seringkali terleka.. selalu alpa hanyut dalam arus keduniaan.. Ya Allah..betapa hinanya hambamu ini.. aku bagai tidak mengenal apa itu dosa.. apa itu pahala.. apa itu syurga.. apa itu neraka.. perubahan yang sangat mendadak berlaku kepada aku dan keluarga sejurus selepas ayahku pergi meninggalkan dunia yang yang fana ini..
Yang paling aku kesalkan adalah betapa banyaknya ‘daging’ saudaraku yang aku telah ‘makan’.. Ya Allah betapa berdosanya aku selama ini.. seperti kata orang lain,, perempuan ni memang suka mengumpat.. memang dah jadi kebiasaan la.. aku sangat suka cakap belakang hal orang lain.. aku seperti sudah tidak mempunyai pedoman hidup menyebabkan aku tidak pernah takut untuk melakukan dosa.. aku seperti tidak sedar akan kewujudah Khaliq yang sepatutnya ditaati perintahNya.. Ya Allah,,siapalah aku pada pandanganMu?? Siapalah aku di sisiMu??
Apabila berkumpul sesame perempuan,, huh.. macam biasa la.. ahli mesyuarat tingkap bermula.. kami bagai tidak mengerti hukum yang telah ditetapkan syara’.. aku bagai mendapat kepuasan setelah mengeluarkan segala isi hati yang terpendam.. aku tak pernah sedar bahawa kepuasan yang aku kecapi selama beberapa saat itu mengundang kesengsaraan yang besar di akhirat kelak.. Astaghfirullahal’azim..
Kini, aku sedari.. siapalah aku untuk menilai sesame manusia..Siapa aku?? Siapa?? Apakah darjat aku yang sangat tinggi sehinggakan aku bagai mendapat ‘lesen’ untuk semua itu?? Sedangkan Nabi s.a.w. yang ma’sum itu sendiri tidak pernah mencela.. apa lagi diriku?? Siapa sebenarnya aku?? Apakah taraf aku di akhirat nanti?? Baru aku sedar.. diriku selama ini telah ditertawakan oleh iblis laknatullah kerana telah berjaya diperkotak-katikkan olehnya.. tapi,, kadang-kala,, aku merasakan diriku ini lemah untuk melawan segala godaan nafsu yang sentiasa membelenggu diri ini.. mulut terkadang salah bicara.. hati terkadang tersalah menduga.. namun,, aku terus berusaha.. Ya Allah,,bantulah aku dalam mencari redhaMu.. barulah ku tahu siapa diriku.. tapi,, itu tidak bermakna aku telah berjaya.. kerana ALLAH mengatahui diriku lebih daripada aku mengenali diriku sendiri.. wallahu’alam..

Posted by Srikandi Al-Quds at 4:44 AM 0 comments
Labels: pengalaman hidup, taubat
Thursday, August 28, 2008
Kembali..
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan
Lagu & Lirik: Ahmad Fathi
NSR PUBLISHING SDN BHD
Lirik yang sungguh menyentuh hati.. terkadang aku terleka di buai pujuk rayu duniawi.. aku seperti tidak sedar akan hakikat di alam fana ini.. Ya Allah,,aku pernah tersasar jauh dari landasan maghfirahmu,, maka Kau bimbinglah aku menuju redhaMU Ya Rabb..
Posted by Srikandi Al-Quds at 7:51 AM 0 comments
Labels: lirik lagu, taubat, tazkirah
Friday, August 8, 2008
DAKWAH...satu keperluan atau kewajipan??

Selama ini aku sendiri mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim.. aku sama sekali tidak pernah terfikir untuk menjalankan kerja2 dakwah yang sepatutnya menjadi aktiviti sepanjang hidupku.. aku selalu mengatakan "aku ni tak sempurna lagi r..klu dakwah orang cakap pe pulak nanti.." inilah yang sentiasa terlintas dalam hati aku.. aku x pernah terfikir akan tanggungjawab aku sebagai khalifah,,sebagai hamba ALLAH di muka bumi ALLAH ini.. betapa hinanya aku ini Ya ALLAH..
Seperti hari2 biasa,,aku menjalani hidupku sebagai seorang pelajar tingkatan lima yang tak pernah sedar akan tanggungjawab aku.. alhamdulillah.. satu hari,,ALLAH memberikan hidayahNya kepadaku.. seperti hari2 biase,,aku mmg rajin borak dgn tcha lin n tcha azwira di chem lab..tbe2 aku ternampak byk2 bku tulisan cina tntg Islam..ak bergurau dgn tca azwira..”wow!!terror r tcha baca bku cina..hehe’’..’’xde lah illeya,,buku tu tcha bagi dekat org2 cina..macam dakwah la..’’disebabkan aku nih memang budak yang sgt bising,,aku tny lagi..’’diorg bce ke tche??’’..’’diorg bce ke x,,itu terpulang la..yang penting kite da jalankan tanggungjawab kite..’’lepas tu,,tcha azwira pon beredar masuk kelass..lame gak aku termenung sendirir masa tu..aku nih??tanggungjawab aku dah selesai ke??huh..
tcha azwira lovely in red..
pada malam itu,, aku print out byk artikel uk disebarkan kpd kwn2 kelas aku..inilah pendekatan dakwah yang pertama yang aku ambil sebagai tapak mula..walaupun aku tahu,,x ramai yang dapat terima ape yang aku buat nih,,tapi aku teruska juga..lagipun,,aku mmg byk print out psl couple yg mmg aku x suke sjk dari dulu lagi..aku pon x faham kenapa ramai kawan2 aku terjebak dengan budaya barat yang sedia maklum mmg x dibenarkan dalam agama..
byk juga rintangan yang perlu aku hadapi sebenarnya..aku perlu tabah..ya,,aku perlu kuat dalam bab2 mcm nih..jalan dakwah bukan satu jalan yang mudah..teringat aku akan kata2 As-syahid imam Hassan Al-Banna..
’’andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan using yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari jiwa2 muda..aku x ingin mengutip denagn ramainya bilangan mereka,,tapi aku ingikan hati2 yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan using itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..’’kata2 ini membakar semula semangatku yang hampir luntur..
Seringkali aku terfikir,,betapa mulia dan bersihnya NABI kita,,tetap SENYUM bila DIBENCI, tetap TENANG bila DIMUSUHI, tetap MEMBANTU walau DISAKITI, tetap BERDAKWAH walau DIHALAU .. sedangkan aku,,kenapa mudah MEMBENCI bila DIKASARI, mudah PUTUS ASA bila GAGAL, mudah KECEWA bila yang lain x MEMAHAMI, mudah TERGURIS bila DINASIHATI..Ya ALLAH,,betapa hinanya diriku ini..Bantulah aku YA ALLAH..agar segala yang indah menghiasi peribadi,kerana qudwahku adalah NABI,kerana itulah sifat hambaMU yang hakiki..aku malu Ya ALLAH..
Alhamdulillah sehingga hari ini aku masih lagi meneruskan kerja2 dakwah walaupun aku tidak sempurna lagi..no one in this world perfect,, isn't it?? tapi,, yang paling menyedihkan aku adalah betapa susahnya untuk aku berdakwah kepada keluargaku sendiri.. semasa permulaan kerja2 dakwahku,, aku agak khuatir tentang penerimaan org lain terhadap apa yang aku akan lakukan..
tiba2 hatiku berbisik.. "usah peduli akan kata2 org lain.. mana lebih penting,, pandangan ALLAH atau pandangan manusia??”.. ucapan itu menguatkan lagi semangatku..
Aku semakin mengetahui bab2 agama apabila masuk ke dalam bidang dakwah ini.. aku juga menyertai sebuah pertubuhan dakwah di Malaysia untuk memantapkan lagi akidahku.. ya..aku kini menjadi semakin berani untuk amal makruf nahi munkar.. aku juga pernah ditegur oleh seorang kenalan di friendster supaya banyakkan membaca untuk lebih memahami sesuatu hukum.. dan Alhamdulillah.. aku kini lebih merasai halawatul iman yang aku tercari-cari selama ini..
Alangkah nikmatnya berdakwah.. aku dapat mencegah diri aku dari melakukan sesuatu perkara terkutuk.. Apabila bisikan syaitan mengganggu hatiku,, aku terus teringat bahawa aku telah berdakwah kepada orang,, takkan nak buat benda yang ALLAH larang kot.. sangatlah besar impact dakwah terhadap diriku.. Subhanallah..
Suatu hari,, aku terbaca artikel dalam sebuah laman web Islamic.. apa yang menarik hatiku ialah ayat yang berbunyi,, siapalah manusia yang menilai sesame manusia.. sedangkan ALLAH sahajalah sebaik2 penilai dan penilai yang maha agong.. ungkapan ini membakar semangatku untuk meneruskan perjuanganku bagi menegakkan syiar Islam yang selama ini tidak diendahkan olehku.. aku akan meneruskan perjuangan dakwah demi Islam tercinta.. Wallahua’lam..
Posted by Srikandi Al-Quds at 8:39 PM 0 comments
Labels: keluarga, pengalaman hidup, sekolah, tazkirah
Sunday, August 3, 2008
FRiENdShiP TraiL
it has been 1 year since i followed girl guide's frinedship trail..i still rememba,,when juz arrive at d sambest,,uwaa..i didn't noe anyone..no wonder la..it's a national camp!!i repeat..national!!d chosen guides from d whole malaysia are there..i'm d only one from my school..and d only from islamic school..leave all that..d 1st place we went thru at malawati hill..at nyte..all d girls enjoy learning dance..haha..this is girl guides..GIRLS ONLY ok!!!
The next day,,we're goin' 2 terengganu..drop by at pahang..taking our lunch at Shahzan Inn Hotel and perform our solat..d most wonderful things is i run around while holding d selangor flag!!
On d way heading off 2 d RAMD,,we drop by again at masjid terapung to perform our solat..then,,I've finally got my footprints at 18th RAMD,Seberang Takir,Terengganu!! The 3days 2 nites stay at the army camp wuz definitely a once-in a lifetime experience! arrive there at nyte..got into our room n ZZzz..rest from d tiredness on d long-road journey..Tho we had to sleep on "matrez-less" canvas beds and somehow survived the 7-hour journey from Pahang,I had a GREAT time throughout the trip,I must say.=).Except for the 1nite stay at one of the schools in Subang. Gawd....the loos were like....eeeewww!!! =p..but,,it's not a big deal to me..and that's it..i've gone thru d obstacles there..
at morning,,i gone tru d activity called rentas tasek using ONLY a rope..haha..i was d last person doin' it..bcoz of that,,d coach keep "bullying" me..uwaaaa....instead of that,,afta reach d last point,,i was interviewed by astro..awesome!!wink;p..we taking our lunch by make it ourselves in d JUNGLE..ohh..it's a jungle survive!!nyte,,take our dinner at sutera beach resort wif d VIP from terengganu n d prince girl guides there..
laz day of camp,,very sad 2 leave that place..we got ona malaysia flag it..and you noe,,i'm still kept d flag tau!!it was a very wonderful moment there..i got 2 noe d guides from other states..got 2 noe d awesome coach..got 2 noe d army's life..their obstacles in jungles..their hardness 2 keep malaysia in peace..and now i realize how easy my life as a student..nice to noe you guyz..miss u all lotzz..Yeah...overall,Terengganu wuz AWESOME!!
at galeri kraftangan..Kuala Terengganu..
at 18th RAMD, Kem Sri Pantai, Seberang Takir, KT
Posted by Srikandi Al-Quds at 7:51 PM 0 comments
Labels: pengalaman hidup, sekolah
