Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!”
Pidato yang sungguh bersemangat dari seorang tentera Islam, seorang panglima perang yang sangat hebat. Pidato ini disampaikan oleh Tariq Bin Ziyad di sebuah gunung yang bernama Gibraltar (Jabal Tariq) untuk meniupkan kembali semangat jihad tentera islam serta memecahkan kebuntuan mereka lantaran tindakan Tariq menyuruh membakar kesemua dua belas kapal mereka.
Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 ribu tentera Islam ke Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau keadaan tempat dankekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Tetapi Tariq bin Ziyad berfikiran sebaliknya. Dia menganggap mereka Andalusia demi mati syahid ataupun mengalahkan musuh. Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang ke tanah air.
Perjuangan Kita??
Lihat sahabat sahabiah sekalian.. bagaimana tentera Islam zaman dahulu benar-benar suci untuk menegakkan islam itu sendiri.. meluaskan empayar Islam dan melebarkan sayap dakwah.. Putus asa.. Patah semangat.. rendah diri.. langsung tiada dalam kamus hidup mereka.. apa yang mereka inginkan hanya syahid di jalannya..
Cuba kita koreksi semula jihad kita.. adakah setaraf dengan mereka?? atau separuh dari mereka?? bahkan sebenarnya tak layak dipanggil jihad lantaran diri yang senantiasa bergelumang dengan dosa?? na'uzubillahimin zalik..
kenapa Tariq membakar kapal?? ini membuktikan bahawa tiada istilah toleh belakang semasa berjihad.. LANGSUNG TIADA!! penyambung mata rantai perjuangan hanya akan pandang ke hadapan.. fikirkan apa yang bakal berlaku.. bagaimana untuk mengubah dunia dalam erti kata menegakkan syiar.. kita lihat pula dalam kisah hijrah Nabi Musa A.S. bersama umatnya pada malam hari.. baginda berpesan kepada umatnya agar pandang ke hadapan dan usah toleh ke belakang.. dapat kita lihat disini bahawa tiada istilah undur atau "reverse" dalam kamus hidup mujahid setia..
Tidak habis disitu..
Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair. Dan sekali lagi tentera Islam mencapai kemenangan. Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimipin pasukan utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat ditakluki dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.
Sudah terang lagi bersuluh.. jihad itu tidak menganal erti kalah.. tidak berhenti selagi mana darah masih mengalir panas di badan.. kita lihat bagaimana Tariq dengan mudahnya menawan kota-kota di sepanyol.. kerana kebergantungan pada Allah yang sangat tinggi, semangat jihad yang tak pernah malap.. Allah turunkan bantuanNya.. kemenangan itu milik Allah..
Seorang ahli sejarah Philip K.Hitti berkata,
“Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam.”Let's stand up! there's NO turn back in JIHAD!! move forward in orther to elevate kalimah!! Jihad dalam ertikata sebenar perlu kita contohi dalam diri Tariq sendiri.. seorang anak buahnya pernah berkata.. "Pada siang hari kami lihat panglima bagaikan seekor singa apabila berdepan dengan musuh, tetapi pada malam hari panglima bagaikan abid"..
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :
والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia.
"Berperanglah kerana Allah bukan kerana marah, takutlah kepada Allah jangan takut kepada musuh. Apabila masuk waktu solat, kerjakanlah ia, jangan meninggalkannya. Akhir sekali kita perlu yakin ajal maut kita hanya Tuhan yang menentukan."
Kesimpulannya..
bangkitlah duhai sahabat sahabiah sekalian.. hidup ini adalah medan jihad kita.. tiada istilah masa lampau dalam diari seorang pejuang.. Hayya Biljihad!! 'aisy 'azizan au mut shahidan!!
0 comments:
Post a Comment