CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 23, 2010

JIHAD!! There's NO turn back!!


Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!”


Pidato yang sungguh bersemangat dari seorang tentera Islam, seorang panglima perang yang sangat hebat. Pidato ini disampaikan oleh Tariq Bin Ziyad di sebuah gunung yang bernama Gibraltar (Jabal Tariq) untuk meniupkan kembali semangat jihad tentera islam serta memecahkan kebuntuan mereka lantaran tindakan Tariq menyuruh membakar kesemua dua belas kapal mereka.

Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 ribu tentera Islam ke Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau keadaan tempat dankekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Tetapi Tariq bin Ziyad berfikiran sebaliknya. Dia menganggap mereka Andalusia demi mati syahid ataupun mengalahkan musuh. Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang ke tanah air.

Perjuangan Kita??

Lihat sahabat sahabiah sekalian.. bagaimana tentera Islam zaman dahulu benar-benar suci untuk menegakkan islam itu sendiri.. meluaskan empayar Islam dan melebarkan sayap dakwah.. Putus asa.. Patah semangat.. rendah diri.. langsung tiada dalam kamus hidup mereka.. apa yang mereka inginkan hanya syahid di jalannya..

Cuba kita koreksi semula jihad kita.. adakah setaraf dengan mereka?? atau separuh dari mereka?? bahkan sebenarnya tak layak dipanggil jihad lantaran diri yang senantiasa bergelumang dengan dosa?? na'uzubillahimin zalik..

kenapa Tariq membakar kapal?? ini membuktikan bahawa tiada istilah toleh belakang semasa berjihad.. LANGSUNG TIADA!! penyambung mata rantai perjuangan hanya akan pandang ke hadapan.. fikirkan apa yang bakal berlaku.. bagaimana untuk mengubah dunia dalam erti kata menegakkan syiar.. kita lihat pula dalam kisah hijrah Nabi Musa A.S. bersama umatnya pada malam hari.. baginda berpesan kepada umatnya agar pandang ke hadapan dan usah toleh ke belakang.. dapat kita lihat disini bahawa tiada istilah undur atau "reverse" dalam kamus hidup mujahid setia..

Tidak habis disitu..

Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair. Dan sekali lagi tentera Islam mencapai kemenangan. Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimipin pasukan utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat ditakluki dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.

Sudah terang lagi bersuluh.. jihad itu tidak menganal erti kalah.. tidak berhenti selagi mana darah masih mengalir panas di badan.. kita lihat bagaimana Tariq dengan mudahnya menawan kota-kota di sepanyol.. kerana kebergantungan pada Allah yang sangat tinggi, semangat jihad yang tak pernah malap.. Allah turunkan bantuanNya.. kemenangan itu milik Allah..

Seorang ahli sejarah Philip K.Hitti berkata,
“Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam.”
Let's stand up! there's NO turn back in JIHAD!! move forward in orther to elevate kalimah!! Jihad dalam ertikata sebenar perlu kita contohi dalam diri Tariq sendiri.. seorang anak buahnya pernah berkata.. "Pada siang hari kami lihat panglima bagaikan seekor singa apabila berdepan dengan musuh, tetapi pada malam hari panglima bagaikan abid"..

Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia.

Kata-kata Tariq bin Ziyad kepada tenteranya..

"Berperanglah kerana Allah bukan kerana marah, takutlah kepada Allah jangan takut kepada musuh. Apabila masuk waktu solat, kerjakanlah ia, jangan meninggalkannya. Akhir sekali kita perlu yakin ajal maut kita hanya Tuhan yang menentukan."
"Sesiapa yang mati dalam perjuangan ini dimasukkan ke dalam syurga. Kami yakin dengan janji Tuhan kami."
"Saya berpesan kepada diri saya dan saudara semua supaya sentiasa ingatkan Allah semasa senang atau susah, juga semasa duduk dan berdiri. Hanya Dia tempat kita bergantung harapan."

Kesimpulannya..

bangkitlah duhai sahabat sahabiah sekalian.. hidup ini adalah medan jihad kita.. tiada istilah masa lampau dalam diari seorang pejuang.. Hayya Biljihad!! 'aisy 'azizan au mut shahidan!!


"Hidup Ini Adalah Keyakinan & Perjuangan, dan Perjuangan Mukmin Yang
Sejati Tidak Akan Berhenti Kecuali Kedua Tapak Kakinya Telah Menginjak
Pintu Syurga..." -Imam Ahmad Bin Hanbal-

ISLAM KAMI BERSAMAMU!!



Saturday, August 21, 2010

Bersiasah di bulan Ramadhan..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. Kita antara insan yang dipilih ALLAH untuk berada di madrasah tarbiyah ini.. Telah kita sempurnakan penggal pertama di bulan Ramadhan.. tinggal lagi dua fasa yang harus kita manfaatkan semaksima mungkin dan mengambil segala peluang yang ada.. segala 'offer' dan 'mega sale' perlu kita rebut sepertimana kita merebut 'mega sala' di shopping complex..

Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan tarbiyah.. tidak hanya tertumpu kepada tazkiyyah.. tetapi lebih dari itu.. bulan Ramadhan sebenarnya adalah bulan jihad iaitu bulan perjuangan serta bulan kemenangan.. kita singkap semula bagaimana Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai episod kemenangan dan kejayaan yang telah diraih oleh umat Islam dibawah kepimpinan Baginda dan ketumbukan jihad baginda.

Contoh yang paling mudah adalah dalam perang badar. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

Kita dapat lihat disini bahawa ruang lingkup Ramadhan terdiri dari pelbagai aspek dalam membina daya kepemimpinan, keupayaan membuat polisi-polisi jihad, merencana dan mengurus negara, kebijksanaan berpolitik,menstruktur dan merancang strategi serta bersiasah melawan musuh-musuh Islam. Termasuk juga aspek pembinaan kekuatan organisasi,pengukuhan tarbiyah dalaman dan strategi dakwah. Ini dilihat dari tindakan baginda SAW dan para khalifah-khalifah Islam di dalam siri dan misi jihad mereka.

Tidak cukup sekadar itu, kita dapat lihat bagaimana dakwah berjaya menembusi sempadan umat dan perluasan negara, membuka wilayah baru Islam(al-fath islami),melaksanakan misi taui’yah kepada tahanan-tahanan perang, sikap adil kepada rakyat, menjaga kebajikan mereka, amar makruf dan nahi mungkar, membasmi kefakiran, menentang penindasan dan kezaliman dan mewarnai nilai-nilai akhlak di dalam kehidupan bermasyarakat.

Siasatud Dakwah

Pendekatan Siasatud Dakwah iaitu siasah dalam dakwah dan dakwah dalam siasah. Kedua-dua elemen ini bergerak seiring dalam setiap langkah dan tindakan yang diambil dalam menghadapi dan menyampaikan dakwah itu sendiri. contohnya mudah. seorang da'ie ingin menarik mad'unya untuk bertarawih di bulan ramadhan. pertama sekali perlu menggunakan pendekatan dakwah iaitu memberi kefahaman kepada mad'u tersebut tentang solat tarawih itu sendiri serta penjelasan tentang fadhilat2nya. setelah itu menggunakan pendekatan siasah iaitu merangka strategi yang lebih praktikal untuk menawan hati mad'u tersebut.

Ramadhan dalam konteks siasatud dakwah tidak dapt tidak perlu diambil cakna oleh para da'ie.
Siasah Tarbawiyah (politik tarbiyah) yang bertanggungjawab dalam membentuk metod pengajaran para da’ie dan pentarbiyahan bakal da'ie. Menentukan metod pertarbiyahan akhlak dan pembinaan muwasofat iman kepada parajurit dakwah. Ini bertujuan melahirkan para da’ie dan murabbi qawi.

Kalau kita lihat di zaman Rasulullah, Baginda bersiasah dari segi luaran dan dalaman iaitu dengan merancang strategi2 untuk mencapai kemenangan dalam perang serta bersiasah dalam penentuan polisi dan dasar setelah berjaya menawan sesebuah kota.

Contoh yang paling nampak adalah dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah yang
berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Dengan kebijaksanaan ilmu siasah Baginda, akhirnya umat Islam masuk ke Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah lantaran ketinggian strategi yang dibuat serta pertolongan dari ALLAH swt. Setelah itu siasah dakhiliyah diaplikasikan dalam penentuan polisi serta dasar kota Mekah itu sendiri.

Kembali kepada realiti di Malaysia yang mana ilmu siasah itu dapat diaplikasikan dalam segenap sudut. Usah sentuh tentang siasah kharijiyah atau siasah dakhiliyah, kita kecilkan skop tentang siasah tarbawi. Di bulan Ramadhan ini, para da'ie perlu bersiasah dalam mentarbiyah diri sendiri serta orang disekeliling bagi menjana ketumbukan dalam dakwah itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa tarbiyah dan siasah juga bergerak seiring. lompanglah tarbiyah tanpa siasah serta tempanglah siasah tanpa tarbiyah. 3 orientasi yang WAJIB dititik beratkan adalah tarbuyah, dakwah dan siasah. Tiga perkara ini memang tidak bolah dipisahkan sama sekali.

Tarbiyah adalah proses pembinaan dan pembentukan dimana seorang da'ie itu perlu dibina dahulu dirinya serta membentuk diri dalam usaha menjana ketumbukan dalam berdakwah iaitu penerangan yang jelas dan terang dengan mengaplikasikan siasah iaitu politik atau strategi dalam merangka agenda dakwah itu sendiri. Nah! ternyata disini seorang da'ie perlu mahir pada ketiga-tiga aspek untuk memenangi hati mad'u.

Justeru Ramadhan haruslah menjadi ’bechmarking’ buat para Da’ie ilalah dalam memahami fiqh dakwah, fiqh harakah, fiqh jihad dan fiqh tarbiyah. Gali dan kajilah secara terperinci dari setiap peristiwa besar yang berlaku. wallahu'alam..