CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 5, 2009

PERANG EMOSI


bak dan ummi


Bukanlah kerana saya peminat kepada buku2 perang menyebabkan saya terpanggil untuk menulis kali ini.. tetapi inilah apa yang telah berlaku pada keesokan hari selepas talk Qiyamah.. saya sendiri tidak pasti samaada talk tersebut ada kene mengene dangan apa yang berlaku pada diri saya hari itu..

Selepas talk Qiyamah, semasa sedang tidur, saya bermimpi sesuatu yang sangat terkesan di jiwa saya.. menyebabkan saya sangat2 rindu pada arwah bak(ayah saya).. satu hari saya mengalirkan airmata.. Alhamdulillah pada hari 2 class agak pack, jadi tidaklah saya terfikirkan mimpi saya itu sepanjang hari tetapi kadangkala ianya mengganggu fokus saya di dalam kelas..

Memang perang eosi ini berlaku pada saya seorang dan saya juga cuba untuk menyorokkan perasaan sedih itu daripada pengetahuan orang lain.. tetapi disebabkan mata yang agak bengkak menyebabkan kwn2 rapat mengesan perubahan diri saya pada hari itu.. perasaan seperti ini saya pernah lalui masa form 1 dulu dan ianya datang semula sekarang..

Tiba-tiba macam2 soalan bermain difikiran yang timbul di benak hati..
"dah lama sangat tak jumpa bak.. bila agaknya dapat jumpa dengan bak lagi??"
"orang lain ada ayah tapi kenapa saya takde??"
Astaghfirullahal'azim.. saya sedar.. saya redha dengan ketentuanNYA.. YA ALLAH,,beratnya dugaan yang KAU berikan kepada hambamu yang lemah ini.. KAU kuatkanlah aku YA ALLAH..

Saya terfikir sejenak,, "betapa beratnya apa yang saya rasa, berat lagi apa yang ummi tanggung"..
"bantulah ummi Ya ALLAH..Kuatkanlah semangat ummi Ya ALLAH..berilah yang terbaik untuk ummi Ya ALLAH..Lindungilah ummi Ya ALLAH..Jadikanlah aku anak yang solehah Ya ALLAH"

Pada malam itu, selepas solat maghrib, saya sedeqahkan bacaan Yaasin, Al-Waqi'ah dan Al-Mulk kepada arwah bak.. linangan airmata memang tidak dapat dibendung lagi pada ketika itu.. saya betul2 rasa rindu yang teramat sangat pada bak..

"Ya ALLAH,, aku redha dengan ketentuanMu ini.. Maka,KAU kuatkanlah Aku Ya ALLAH.. Janganlah KAU hukum bak atas dosa yang aku dan ahli keluargaku lakukan.. sesungguhnya dia ayah yang baik Ya ALLAH..Ampunilah dosanya dan berikanlah bak kedudukan yang terbaik di sisiMU"


Selepas itu saya rasa tenang sedikit.. barulah saya telefon ummi dan ibu.. hanya mereka lah yang saya ada sekarang menggantikan bak yang telah kembali bertemu Rabbnya.. hanya mereka yang pernah lalui apa yang saya lalui faham perasaan saya ini..


hari raya terakhir kami bersama arwah bak
"Bak, leya sayang bak n leya rindu sangat2 pada bak"


Al-Fatihah untuk arwah bak yang tercinta..

0 comments: