CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 23, 2010

JIHAD!! There's NO turn back!!


Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!”


Pidato yang sungguh bersemangat dari seorang tentera Islam, seorang panglima perang yang sangat hebat. Pidato ini disampaikan oleh Tariq Bin Ziyad di sebuah gunung yang bernama Gibraltar (Jabal Tariq) untuk meniupkan kembali semangat jihad tentera islam serta memecahkan kebuntuan mereka lantaran tindakan Tariq menyuruh membakar kesemua dua belas kapal mereka.

Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 ribu tentera Islam ke Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau keadaan tempat dankekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Tetapi Tariq bin Ziyad berfikiran sebaliknya. Dia menganggap mereka Andalusia demi mati syahid ataupun mengalahkan musuh. Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang ke tanah air.

Perjuangan Kita??

Lihat sahabat sahabiah sekalian.. bagaimana tentera Islam zaman dahulu benar-benar suci untuk menegakkan islam itu sendiri.. meluaskan empayar Islam dan melebarkan sayap dakwah.. Putus asa.. Patah semangat.. rendah diri.. langsung tiada dalam kamus hidup mereka.. apa yang mereka inginkan hanya syahid di jalannya..

Cuba kita koreksi semula jihad kita.. adakah setaraf dengan mereka?? atau separuh dari mereka?? bahkan sebenarnya tak layak dipanggil jihad lantaran diri yang senantiasa bergelumang dengan dosa?? na'uzubillahimin zalik..

kenapa Tariq membakar kapal?? ini membuktikan bahawa tiada istilah toleh belakang semasa berjihad.. LANGSUNG TIADA!! penyambung mata rantai perjuangan hanya akan pandang ke hadapan.. fikirkan apa yang bakal berlaku.. bagaimana untuk mengubah dunia dalam erti kata menegakkan syiar.. kita lihat pula dalam kisah hijrah Nabi Musa A.S. bersama umatnya pada malam hari.. baginda berpesan kepada umatnya agar pandang ke hadapan dan usah toleh ke belakang.. dapat kita lihat disini bahawa tiada istilah undur atau "reverse" dalam kamus hidup mujahid setia..

Tidak habis disitu..

Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang dipimpin oleh Musa bin Nusair. Dan sekali lagi tentera Islam mencapai kemenangan. Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimipin pasukan utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat ditakluki dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.

Sudah terang lagi bersuluh.. jihad itu tidak menganal erti kalah.. tidak berhenti selagi mana darah masih mengalir panas di badan.. kita lihat bagaimana Tariq dengan mudahnya menawan kota-kota di sepanyol.. kerana kebergantungan pada Allah yang sangat tinggi, semangat jihad yang tak pernah malap.. Allah turunkan bantuanNya.. kemenangan itu milik Allah..

Seorang ahli sejarah Philip K.Hitti berkata,
“Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam.”
Let's stand up! there's NO turn back in JIHAD!! move forward in orther to elevate kalimah!! Jihad dalam ertikata sebenar perlu kita contohi dalam diri Tariq sendiri.. seorang anak buahnya pernah berkata.. "Pada siang hari kami lihat panglima bagaikan seekor singa apabila berdepan dengan musuh, tetapi pada malam hari panglima bagaikan abid"..

Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia.

Kata-kata Tariq bin Ziyad kepada tenteranya..

"Berperanglah kerana Allah bukan kerana marah, takutlah kepada Allah jangan takut kepada musuh. Apabila masuk waktu solat, kerjakanlah ia, jangan meninggalkannya. Akhir sekali kita perlu yakin ajal maut kita hanya Tuhan yang menentukan."
"Sesiapa yang mati dalam perjuangan ini dimasukkan ke dalam syurga. Kami yakin dengan janji Tuhan kami."
"Saya berpesan kepada diri saya dan saudara semua supaya sentiasa ingatkan Allah semasa senang atau susah, juga semasa duduk dan berdiri. Hanya Dia tempat kita bergantung harapan."

Kesimpulannya..

bangkitlah duhai sahabat sahabiah sekalian.. hidup ini adalah medan jihad kita.. tiada istilah masa lampau dalam diari seorang pejuang.. Hayya Biljihad!! 'aisy 'azizan au mut shahidan!!


"Hidup Ini Adalah Keyakinan & Perjuangan, dan Perjuangan Mukmin Yang
Sejati Tidak Akan Berhenti Kecuali Kedua Tapak Kakinya Telah Menginjak
Pintu Syurga..." -Imam Ahmad Bin Hanbal-

ISLAM KAMI BERSAMAMU!!



Saturday, August 21, 2010

Bersiasah di bulan Ramadhan..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. Kita antara insan yang dipilih ALLAH untuk berada di madrasah tarbiyah ini.. Telah kita sempurnakan penggal pertama di bulan Ramadhan.. tinggal lagi dua fasa yang harus kita manfaatkan semaksima mungkin dan mengambil segala peluang yang ada.. segala 'offer' dan 'mega sale' perlu kita rebut sepertimana kita merebut 'mega sala' di shopping complex..

Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan tarbiyah.. tidak hanya tertumpu kepada tazkiyyah.. tetapi lebih dari itu.. bulan Ramadhan sebenarnya adalah bulan jihad iaitu bulan perjuangan serta bulan kemenangan.. kita singkap semula bagaimana Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai episod kemenangan dan kejayaan yang telah diraih oleh umat Islam dibawah kepimpinan Baginda dan ketumbukan jihad baginda.

Contoh yang paling mudah adalah dalam perang badar. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

Kita dapat lihat disini bahawa ruang lingkup Ramadhan terdiri dari pelbagai aspek dalam membina daya kepemimpinan, keupayaan membuat polisi-polisi jihad, merencana dan mengurus negara, kebijksanaan berpolitik,menstruktur dan merancang strategi serta bersiasah melawan musuh-musuh Islam. Termasuk juga aspek pembinaan kekuatan organisasi,pengukuhan tarbiyah dalaman dan strategi dakwah. Ini dilihat dari tindakan baginda SAW dan para khalifah-khalifah Islam di dalam siri dan misi jihad mereka.

Tidak cukup sekadar itu, kita dapat lihat bagaimana dakwah berjaya menembusi sempadan umat dan perluasan negara, membuka wilayah baru Islam(al-fath islami),melaksanakan misi taui’yah kepada tahanan-tahanan perang, sikap adil kepada rakyat, menjaga kebajikan mereka, amar makruf dan nahi mungkar, membasmi kefakiran, menentang penindasan dan kezaliman dan mewarnai nilai-nilai akhlak di dalam kehidupan bermasyarakat.

Siasatud Dakwah

Pendekatan Siasatud Dakwah iaitu siasah dalam dakwah dan dakwah dalam siasah. Kedua-dua elemen ini bergerak seiring dalam setiap langkah dan tindakan yang diambil dalam menghadapi dan menyampaikan dakwah itu sendiri. contohnya mudah. seorang da'ie ingin menarik mad'unya untuk bertarawih di bulan ramadhan. pertama sekali perlu menggunakan pendekatan dakwah iaitu memberi kefahaman kepada mad'u tersebut tentang solat tarawih itu sendiri serta penjelasan tentang fadhilat2nya. setelah itu menggunakan pendekatan siasah iaitu merangka strategi yang lebih praktikal untuk menawan hati mad'u tersebut.

Ramadhan dalam konteks siasatud dakwah tidak dapt tidak perlu diambil cakna oleh para da'ie.
Siasah Tarbawiyah (politik tarbiyah) yang bertanggungjawab dalam membentuk metod pengajaran para da’ie dan pentarbiyahan bakal da'ie. Menentukan metod pertarbiyahan akhlak dan pembinaan muwasofat iman kepada parajurit dakwah. Ini bertujuan melahirkan para da’ie dan murabbi qawi.

Kalau kita lihat di zaman Rasulullah, Baginda bersiasah dari segi luaran dan dalaman iaitu dengan merancang strategi2 untuk mencapai kemenangan dalam perang serta bersiasah dalam penentuan polisi dan dasar setelah berjaya menawan sesebuah kota.

Contoh yang paling nampak adalah dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah yang
berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Dengan kebijaksanaan ilmu siasah Baginda, akhirnya umat Islam masuk ke Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah lantaran ketinggian strategi yang dibuat serta pertolongan dari ALLAH swt. Setelah itu siasah dakhiliyah diaplikasikan dalam penentuan polisi serta dasar kota Mekah itu sendiri.

Kembali kepada realiti di Malaysia yang mana ilmu siasah itu dapat diaplikasikan dalam segenap sudut. Usah sentuh tentang siasah kharijiyah atau siasah dakhiliyah, kita kecilkan skop tentang siasah tarbawi. Di bulan Ramadhan ini, para da'ie perlu bersiasah dalam mentarbiyah diri sendiri serta orang disekeliling bagi menjana ketumbukan dalam dakwah itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa tarbiyah dan siasah juga bergerak seiring. lompanglah tarbiyah tanpa siasah serta tempanglah siasah tanpa tarbiyah. 3 orientasi yang WAJIB dititik beratkan adalah tarbuyah, dakwah dan siasah. Tiga perkara ini memang tidak bolah dipisahkan sama sekali.

Tarbiyah adalah proses pembinaan dan pembentukan dimana seorang da'ie itu perlu dibina dahulu dirinya serta membentuk diri dalam usaha menjana ketumbukan dalam berdakwah iaitu penerangan yang jelas dan terang dengan mengaplikasikan siasah iaitu politik atau strategi dalam merangka agenda dakwah itu sendiri. Nah! ternyata disini seorang da'ie perlu mahir pada ketiga-tiga aspek untuk memenangi hati mad'u.

Justeru Ramadhan haruslah menjadi ’bechmarking’ buat para Da’ie ilalah dalam memahami fiqh dakwah, fiqh harakah, fiqh jihad dan fiqh tarbiyah. Gali dan kajilah secara terperinci dari setiap peristiwa besar yang berlaku. wallahu'alam..

Monday, July 5, 2010

Sakit itu NIKMAT!!

Assalamu'alaikum wbt.

Kali ini terasa untuk mencoret sesuatu tentang sakit. Alhamdulillah. diri ini semakin pulih setelah beberapa hari diuji olehNya dengan demam panas yang sudah terlalu lama tidak menjengah ke tubuh ini. Hampir 3 hari saya tidak keluar daripada bilik dan hanya terlantar diatas katil akibat tidak mempunyai kekuatan untuk bangun dan melakukan rutin harian biasa. SubhanAllah, sungguh mudah Allah menarik nikmat daripada hambaNya. Semoga ini sebagai kifarah kepada dosa2 yang telah saya lakukan. teringat satu kisah di zaman Rasulullah yang mana seorang sahabat berasa sedih dan risau sekiranya dirinya tidak ditimpa sakit dalam masa sebulan kerana risau dosanya tidak diampun oleh Rabb-Nya.


Tiba2 suhu badan naik mendadak sehinggakan termometer biasa tidak mampu untuk menunjukkan exact value dek kerana suhu yang terlampau tinggi. Selesai sahaja satu sesi perkongsian bersama seorang lecturer dan sahabat2, kak fara menasihatkan saya untuk terus pulang ke bilik untuk berehat dan tidak perlu untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. kata kak fara,"daripada kita lawan sakit dan menyebabkan tak pergi kelas seminggu, baik rehat sehari dan dapat meneruskan rutin harian pada hari berikutnya".. Lisa pula menambah,"sakit ni sebenarnya nikmat. Allah bagi kita sakit sebab Allah nak suruh kita rehat".. ada benarnya apa yang dikatakan dua sahabat ini. Namun diriku masih berdegil untuk teruskan juga langkah ke kuliah talaqqi ustaz Muhadhir kerana terlalu yakin yang demam ini seperti demam biasa yang bisa dilawan dan akan pulih selepas bangun daripada tidur esok pagi.

Namun keadaan menjadi semakin teruk menyebabkan saya tidak mampu bertahan dan sejurus selesai kuliah talaqqi, saya yang sepatutnya perlu berjumpa dengan seorang sahabat untuk berbincang tentang sesuatu perkara tidak dapat meneruskan niat tersebut dan terus pulang ke bilik. Tanpa menghiraukan sahabat2 serta rumate yang sedang berbual di dalam bilik,saya terus merebahkan diri di atas katil. Sejak dari malam tersebut sehingga ahad pagi, saya tidak barganjak dari katil kecuali untuk menunaikan kewajipan seorang muslim. sehinggakan banyak yang tergendala dan tidak terlaksana.


Pada pagi sabtu saya sepatutnya beriadhah bersama rakan2 seperti yang telah dirancang pada malam jumaat, namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. saya tidak dapat menyertai mereka dek kerana badan yang tidak kebah lagi. Maaf kepada kak farah, najwa, lisa, kak hani, che pa, kak aisyah, ety, kak muna, fika, kak tiqa, farah adlina, nani dan norini kerana tidak dapat menyertai kalian. Paling menyedihkan adalah saya tidak dapat menyertai perhimpunan membantah judi pada petang sabtu tersebut. Pada mulanya memang berniat untuk pergi juga dan memang sangat2 bersemangat serta meyakinkan diri yang kononnya sudah sehat untuk menyertai rakan2 ke sana. Namun terpaksa juga terima hakikat tidak dapat pergi kesana dek kerana beberapa kali hampir pengsan di dalam bilik mandi.


Memang benar. sakit itu sebenarnya nikmat. nikmat yang Allah berikan supaya hambaNya berehat dari melakukan aktivti harian. memang dah tersangat lama saya tidak menerima sakit seteruk ini sehingga tidak lalu makan serta reply message orang pon tak larat. Ini juga salah satu hidayah daripada Allah untuk membuktikan kekuasaanNya yang bisa menarik nikmat daripada hambaNya pada bila-bila masa sahaja yang dikehendakinya. Ini juga tarbiyah yang Allah berikan kepada saya supaya saya muhasabah lebih lagi tentang diri sendiri.

Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabiah yang banyak membantu sewaktu saya diberi nikmat ini. Jazakillah kepada kak tiqa, kak pika, kak et, najwa, ima, nani, izati, sakinah, zunairah, adibah, kak farah, norini, fika dan semuanya yang tak tersebut namanya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Syukran kathir. Maaf yang tak terhingga kepada sesiapa yang berkenaan sepanjang saya sakit. kepada call yang tidak berangkat, kepada msg yang tidak ter'reply', kepada taklifat yang tidak tertunai, kepada laporan yang tidak terberitahu, dan segalanya. Aasif jiddan...

"DALAM PERJALANAN MENDAKI GUNUNG KHILAFAH TENTU SEKALI DIUJI DENGAN PELBAGAI DUGAAN. NAMUN, JIKA DUGAAN ITU DIRASAKAN NIKMAT, ASAM GARAM PERJUANGAN, TENTU SEKALI TIDAK MENJADI BATU PENGHALANG KEPADA JUNDULLAH UNTUK TERUS MENGHAYUN LANGKAH SEHINGGA KE PUNCAK"

Friday, June 18, 2010

Selamat Beristirehat

Innalillahiwainnailaihi raji'un..

satu persatu kenangan yang bermain di kotak fikiran..
senyuman.. ketawa.. marah..
semua ada.. terasa baru semalam berlaku..
tak sangka.. sungguh tak sangka..

kali pertama perkenalan..
di sebuah program..
ku kenali beliau sebagai seorang yang tegas.. garang..
takut diriku dibuatnya..
tapi ternyata..
beliau sangat ceria.. periang.. suka bergurau..

teringat hari terakhir beliau di cfs.. masa shortsem..
pergi ke cafe zc.. terserempak dengan beliau makan makanan kegeramarannya..
bersama rumate beliau sekali..
makan makanan kegemaran buat kali terakhir sebelum balik..
"nak,,akak nak suap ni.. nak suap ni.."
masih terngiang-ngiang di telinga ungkapan itu.. suara itu..
sungguh.. itulah kali terakhir..
terakhir beliau di cfs..
terakhir makan makanan kegemaran..
terakhir berjumpa denganku..
terakhir melihat senyumannya..
terakhir mendengar tutur bicaranya..
segalanya terakhir..

3.15 pm.. 16-jun-2010..
sedang diri ini duduk leka di hadapan laptop..
tiba2 rumate bersuara..
"innalillahiwainnailaihirajiun.."
ALLAH..
tak mampu rasanya diri ini menanggung dugaanMu..
kak atim telah tinggalkan kami..
ALLAH lebih menyayanginya..

berbahagialah di sana wahai kakakku sayang..
dirimu telah berjuang sebaiknya di dunia fana ini..
kini dirimu berehat sepenuhnya disamping Rabbmu..
segala kenangan kita bersama tidak akan ku lupakan..
semoga bertemu di negeri abadi..
akan ku teruskan perjuangan ini walau dirimu tiada lagi di sisi..
semoga ALLAH merahmatimu..

Wednesday, June 9, 2010

BARU KINI KU SYUKURI NI'MAT PENGLIHATAN ILAHI

Assalamu'alaikum..



Alhamdulillah, setelah blog yang terbiar ini tidak tertunai haknya, terpanggil untuk mencoretkan sesuatu hari ini. walaupun sudah beberapa kali berniat utk melakukan sedemikian, namun semangat tidak cukup kuat seperti sahabat2 lain yang sentiasa istiqamah meng'update' blog masing2.


Allahuakbar. memang sangat senang Allah ingin beri kesedaran kepada hambaNya. Alhamdulillah. hanya sekadar tak sampai 3 jam, ALLAH sedarkan hambaNya yang sentiasa lalai ini. hambaNya yang hina selalu lupakan tuhanNya. Ampuni diri ini YA RABB..

Hanya sebentar. tidak sampai 3 jam. ALLAH menarik sedikit ni'mat penglihatan itu. tapi sekejap itu dirasakan payah utk dilalui. saya ke kelas pagi tadi tanpa memakai spec oleh kerana spec tertinggal di bilik depan dan semua penghuni di bilik depan telah pergi ke kelas. oleh sebab itu saya terpaksa berjalan ke kelas seperti orang buta yang berjalan sendirian. bila ditegur terpaksa bertanya siapakah gerangannya si penegur itu. bila disapa terpaksa membalas senyuman walaupun tidak kenal siapakah yang menyapa itu. dek kerana cahaya yang sangat terang di lab, di kelas mahupun sepanjang perjalanan menyebabkan rasa macam nak pengsan serta memang confirm xdapat nak fokus sebab tak nampak ape pon yang madam tulis kat depan..

Ya ALLAH. baru ku sedar betapa besarnya ni'mat penglihatan yang Kau berikan kepada hambaMu sentiasa lalai dan alpa ini. ni baru sekajap. baru sikit. Alhamdulillah. ALLAH sedarkan saya waktu ni. ALLAH tarik ni'mat ni sekejap je. tapi ALLAH pulangkan balik selepas tu. terima kasih Ya ALLAH..

kepadat sahabat sahabiah yang disayangi fillah, hargailah ni'mat yang ALLAH berikan. jagalah sebaiknya. syukurilah ni'mat tersebut. sekejap sahaja ALLAH boleh tarik semua tu. wallahu'alam.

Sunday, March 7, 2010

saya telah jatuh CINTA!!

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. cuti sem kali ini penuh dengan program2 yang bermanfaat.. takde la rasa panas je dok diam tak buat apa2 waktu cuti.. teringat kata2 dari senior di cfs katanya "cuti 3 hari kat rumah yang dimanfaatkan dengan membantu emak ayah lebih bermanfaat dari cuti seminggu di rumah tak buat ape buat perabih beras, tak payah.." hehe.. lebih kurang begitu lah ayatnye sebab yang paling saya ingat yang perabih beras tu je.. hihi..

bermula habis exam paper last hari jumaat, hari sabtu dan ahad saya terlibat dengan program Nisa' selangor.. seterusnya berprogram lagi selama seminggu.. dan semalam dan hari ini pergi ke sekolah lama juga berprogram untuk nuqaba' dan BADAR..

ye.. saya dah JATUH CINTA dengan hidup begini.. hidup penuh dengan program.. selama dua hari di sekolah lama iaitu sekolah agama menengah tinggi hisamuddin (sekarang sekolah agama menengah tinggi sultan hisamuddin) mengajar saya banyak perkara.. juga menjadi kayu ukur kepada diri saya sendiri yang berusaha menjadi seorang da'ie dalam berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada (walaupun sikit je sebenarnya).. seronok rasanya lagi2 apabila adik2 eager nakkan sesuatu dari kami..

dengan kontinjen seramai 6 orang, 2 banin dan 4 banat.. Akh Ku Atif, Akh Hanif Zaini, kak Isyqi, Kak Nad, Azyan dan saya sendiri.. walaupun perancangan nak buat lain, tapi yang jadi nye lain.. hehe.. Allah adalah sebaik2 perancang.. rasanya banyak yang nak dikongsikan dengan adik2 tetapi oleh kerana kekangan masa, kami buat apa yang terdaya sahaja..

walaupun tak banyak masa saya dapat luangkan di rumah, insyaALLAH masa yang sedikit itu saya akan manfaatkan masa yang ada sebaiknya.. Alhamdulillah.. dapat solat jemaah dengan ummi, borak2 panjang dan sewaktu dengannye.. terima kasih juga atas nasihat akh muntaqim yang saya telah mention kat atas tadi tentang perabih beras tu.. hehehe..

saya telah jatuh CINTA dengan kehidupan saya sekarang.. hidup mati untuk ISLAM!! ke arah MARDHOTILLAH.. insyaALLAH..

Friday, March 5, 2010

Nilai Dunia

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. dah beberapa hari dapat cuti, duduk kat rumah ni.. rasa macam terpanggil untuk menukilkan sesuatu.. hehe.. seperti biasa tugas saya waktu cuti, selain kemas rumah yang memang ummi dah inform awal2 sebelum cuti lagi (kemas rumah ala-ala nak raya gitu).. macam biasa ambil dan hantar adik2 dan anak2 sedara g skola or tusyen.. tu memang kerja saya time cuti.. part time job tanpa gaji.. hehe.. sementara tunggu budak2 tu abes skola, dalam kereta bukak la radio IKIM.. keluar pasal nilai dunia..

nilai dunia diibaratkan seperti mencelupkan satu jari ke dalam air laut, lalu diangkat dan sisa di jari yang menitis itulah nilai dunia.. agak2nya,, bernilai sangat ke?? jadi, apela yang nak dibanggakan sangat dengan harta dan pangkat di dunia ni..

kalau ikut ulama' terdahulu,, mereka hanya menjinjing(tak tau la betul ke x ejaan nih..lme da x blaja bm) dunia dengan tangan kiri dan memegang akhirat dengan tangan kanan.. jika sekiranya akhirat di atas kepala itu hampir terjatuh,, nescaya mereka akan melepaskan dunia dan menampung akhirat..

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud dunia ini adalah persinggahan sementara sepertimana seorang pengembara yang berehat sebentar di sebuah pokok dan akan menyambung semula pengembaraannya.. gambaran dunia adalah berehat sebentar itu tadi..

lihatlah.. berapa sangatlah nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat.. carilah rezeki sepertimana kamu akan hidup selama-lamanya.. dan beribadatlah sepertimana kamu akan mati hari esok.. renung-renungkan.. wallahu'alam..