Assalamu'alaikum wbt.
Kali ini terasa untuk mencoret sesuatu tentang sakit. Alhamdulillah. diri ini semakin pulih setelah beberapa hari diuji olehNya dengan demam panas yang sudah terlalu lama tidak menjengah ke tubuh ini. Hampir 3 hari saya tidak keluar daripada bilik dan hanya terlantar diatas katil akibat tidak mempunyai kekuatan untuk bangun dan melakukan rutin harian biasa. SubhanAllah, sungguh mudah Allah menarik nikmat daripada hambaNya. Semoga ini sebagai kifarah kepada dosa2 yang telah saya lakukan. teringat satu kisah di zaman Rasulullah yang mana seorang sahabat berasa sedih dan risau sekiranya dirinya tidak ditimpa sakit dalam masa sebulan kerana risau dosanya tidak diampun oleh Rabb-Nya.
Tiba2 suhu badan naik mendadak sehinggakan termometer biasa tidak mampu untuk menunjukkan exact value dek kerana suhu yang terlampau tinggi. Selesai sahaja satu sesi perkongsian bersama seorang lecturer dan sahabat2, kak fara menasihatkan saya untuk terus pulang ke bilik untuk berehat dan tidak perlu untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. kata kak fara,"daripada kita lawan sakit dan menyebabkan tak pergi kelas seminggu, baik rehat sehari dan dapat meneruskan rutin harian pada hari berikutnya".. Lisa pula menambah,"sakit ni sebenarnya nikmat. Allah bagi kita sakit sebab Allah nak suruh kita rehat".. ada benarnya apa yang dikatakan dua sahabat ini. Namun diriku masih berdegil untuk teruskan juga langkah ke kuliah talaqqi ustaz Muhadhir kerana terlalu yakin yang demam ini seperti demam biasa yang bisa dilawan dan akan pulih selepas bangun daripada tidur esok pagi.
Namun keadaan menjadi semakin teruk menyebabkan saya tidak mampu bertahan dan sejurus selesai kuliah talaqqi, saya yang sepatutnya perlu berjumpa dengan seorang sahabat untuk berbincang tentang sesuatu perkara tidak dapat meneruskan niat tersebut dan terus pulang ke bilik. Tanpa menghiraukan sahabat2 serta rumate yang sedang berbual di dalam bilik,saya terus merebahkan diri di atas katil. Sejak dari malam tersebut sehingga ahad pagi, saya tidak barganjak dari katil kecuali untuk menunaikan kewajipan seorang muslim. sehinggakan banyak yang tergendala dan tidak terlaksana.
Pada pagi sabtu saya sepatutnya beriadhah bersama rakan2 seperti yang telah dirancang pada malam jumaat, namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. saya tidak dapat menyertai mereka dek kerana badan yang tidak kebah lagi. Maaf kepada kak farah, najwa, lisa, kak hani, che pa, kak aisyah, ety, kak muna, fika, kak tiqa, farah adlina, nani dan norini kerana tidak dapat menyertai kalian. Paling menyedihkan adalah saya tidak dapat menyertai perhimpunan membantah judi pada petang sabtu tersebut. Pada mulanya memang berniat untuk pergi juga dan memang sangat2 bersemangat serta meyakinkan diri yang kononnya sudah sehat untuk menyertai rakan2 ke sana. Namun terpaksa juga terima hakikat tidak dapat pergi kesana dek kerana beberapa kali hampir pengsan di dalam bilik mandi.
Memang benar. sakit itu sebenarnya nikmat. nikmat yang Allah berikan supaya hambaNya berehat dari melakukan aktivti harian. memang dah tersangat lama saya tidak menerima sakit seteruk ini sehingga tidak lalu makan serta reply message orang pon tak larat. Ini juga salah satu hidayah daripada Allah untuk membuktikan kekuasaanNya yang bisa menarik nikmat daripada hambaNya pada bila-bila masa sahaja yang dikehendakinya. Ini juga tarbiyah yang Allah berikan kepada saya supaya saya muhasabah lebih lagi tentang diri sendiri.
Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabiah yang banyak membantu sewaktu saya diberi nikmat ini. Jazakillah kepada kak tiqa, kak pika, kak et, najwa, ima, nani, izati, sakinah, zunairah, adibah, kak farah, norini, fika dan semuanya yang tak tersebut namanya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Syukran kathir. Maaf yang tak terhingga kepada sesiapa yang berkenaan sepanjang saya sakit. kepada call yang tidak berangkat, kepada msg yang tidak ter'reply', kepada taklifat yang tidak tertunai, kepada laporan yang tidak terberitahu, dan segalanya. Aasif jiddan...
"DALAM PERJALANAN MENDAKI GUNUNG KHILAFAH TENTU SEKALI DIUJI DENGAN PELBAGAI DUGAAN. NAMUN, JIKA DUGAAN ITU DIRASAKAN NIKMAT, ASAM GARAM PERJUANGAN, TENTU SEKALI TIDAK MENJADI BATU PENGHALANG KEPADA JUNDULLAH UNTUK TERUS MENGHAYUN LANGKAH SEHINGGA KE PUNCAK"
Monday, July 5, 2010
Sakit itu NIKMAT!!
Posted by Srikandi Al-Quds at 3:15 PM 0 comments
Friday, June 18, 2010
Selamat Beristirehat
satu persatu kenangan yang bermain di kotak fikiran..
senyuman.. ketawa.. marah..
semua ada.. terasa baru semalam berlaku..
tak sangka.. sungguh tak sangka..
kali pertama perkenalan..
di sebuah program..
ku kenali beliau sebagai seorang yang tegas.. garang..
takut diriku dibuatnya..
tapi ternyata..
beliau sangat ceria.. periang.. suka bergurau..
teringat hari terakhir beliau di cfs.. masa shortsem..
pergi ke cafe zc.. terserempak dengan beliau makan makanan kegeramarannya..
bersama rumate beliau sekali..
makan makanan kegemaran buat kali terakhir sebelum balik..
"nak,,akak nak suap ni.. nak suap ni.."
masih terngiang-ngiang di telinga ungkapan itu.. suara itu..
sungguh.. itulah kali terakhir..
terakhir beliau di cfs..
terakhir makan makanan kegemaran..
terakhir berjumpa denganku..
terakhir melihat senyumannya..
terakhir mendengar tutur bicaranya..
segalanya terakhir..
3.15 pm.. 16-jun-2010..
sedang diri ini duduk leka di hadapan laptop..
tiba2 rumate bersuara..
"innalillahiwainnailaihirajiun.."
ALLAH..
tak mampu rasanya diri ini menanggung dugaanMu..
kak atim telah tinggalkan kami..
ALLAH lebih menyayanginya..
berbahagialah di sana wahai kakakku sayang..
dirimu telah berjuang sebaiknya di dunia fana ini..
kini dirimu berehat sepenuhnya disamping Rabbmu..
segala kenangan kita bersama tidak akan ku lupakan..
semoga bertemu di negeri abadi..
akan ku teruskan perjuangan ini walau dirimu tiada lagi di sisi..
semoga ALLAH merahmatimu..
Posted by Srikandi Al-Quds at 1:45 PM 0 comments
Wednesday, June 9, 2010
BARU KINI KU SYUKURI NI'MAT PENGLIHATAN ILAHI
Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah, setelah blog yang terbiar ini tidak tertunai haknya, terpanggil untuk mencoretkan sesuatu hari ini. walaupun sudah beberapa kali berniat utk melakukan sedemikian, namun semangat tidak cukup kuat seperti sahabat2 lain yang sentiasa istiqamah meng'update' blog masing2.
Allahuakbar. memang sangat senang Allah ingin beri kesedaran kepada hambaNya. Alhamdulillah. hanya sekadar tak sampai 3 jam, ALLAH sedarkan hambaNya yang sentiasa lalai ini. hambaNya yang hina selalu lupakan tuhanNya. Ampuni diri ini YA RABB..
Hanya sebentar. tidak sampai 3 jam. ALLAH menarik sedikit ni'mat penglihatan itu. tapi sekejap itu dirasakan payah utk dilalui. saya ke kelas pagi tadi tanpa memakai spec oleh kerana spec tertinggal di bilik depan dan semua penghuni di bilik depan telah pergi ke kelas. oleh sebab itu saya terpaksa berjalan ke kelas seperti orang buta yang berjalan sendirian. bila ditegur terpaksa bertanya siapakah gerangannya si penegur itu. bila disapa terpaksa membalas senyuman walaupun tidak kenal siapakah yang menyapa itu. dek kerana cahaya yang sangat terang di lab, di kelas mahupun sepanjang perjalanan menyebabkan rasa macam nak pengsan serta memang confirm xdapat nak fokus sebab tak nampak ape pon yang madam tulis kat depan..
Ya ALLAH. baru ku sedar betapa besarnya ni'mat penglihatan yang Kau berikan kepada hambaMu sentiasa lalai dan alpa ini. ni baru sekajap. baru sikit. Alhamdulillah. ALLAH sedarkan saya waktu ni. ALLAH tarik ni'mat ni sekejap je. tapi ALLAH pulangkan balik selepas tu. terima kasih Ya ALLAH..
kepadat sahabat sahabiah yang disayangi fillah, hargailah ni'mat yang ALLAH berikan. jagalah sebaiknya. syukurilah ni'mat tersebut. sekejap sahaja ALLAH boleh tarik semua tu. wallahu'alam.
Posted by Srikandi Al-Quds at 9:46 PM 0 comments
Sunday, March 7, 2010
saya telah jatuh CINTA!!
Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah.. cuti sem kali ini penuh dengan program2 yang bermanfaat.. takde la rasa panas je dok diam tak buat apa2 waktu cuti.. teringat kata2 dari senior di cfs katanya "cuti 3 hari kat rumah yang dimanfaatkan dengan membantu emak ayah lebih bermanfaat dari cuti seminggu di rumah tak buat ape buat perabih beras, tak payah.." hehe.. lebih kurang begitu lah ayatnye sebab yang paling saya ingat yang perabih beras tu je.. hihi..
bermula habis exam paper last hari jumaat, hari sabtu dan ahad saya terlibat dengan program Nisa' selangor.. seterusnya berprogram lagi selama seminggu.. dan semalam dan hari ini pergi ke sekolah lama juga berprogram untuk nuqaba' dan BADAR..
ye.. saya dah JATUH CINTA dengan hidup begini.. hidup penuh dengan program.. selama dua hari di sekolah lama iaitu sekolah agama menengah tinggi hisamuddin (sekarang sekolah agama menengah tinggi sultan hisamuddin) mengajar saya banyak perkara.. juga menjadi kayu ukur kepada diri saya sendiri yang berusaha menjadi seorang da'ie dalam berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada (walaupun sikit je sebenarnya).. seronok rasanya lagi2 apabila adik2 eager nakkan sesuatu dari kami..
dengan kontinjen seramai 6 orang, 2 banin dan 4 banat.. Akh Ku Atif, Akh Hanif Zaini, kak Isyqi, Kak Nad, Azyan dan saya sendiri.. walaupun perancangan nak buat lain, tapi yang jadi nye lain.. hehe.. Allah adalah sebaik2 perancang.. rasanya banyak yang nak dikongsikan dengan adik2 tetapi oleh kerana kekangan masa, kami buat apa yang terdaya sahaja..
walaupun tak banyak masa saya dapat luangkan di rumah, insyaALLAH masa yang sedikit itu saya akan manfaatkan masa yang ada sebaiknya.. Alhamdulillah.. dapat solat jemaah dengan ummi, borak2 panjang dan sewaktu dengannye.. terima kasih juga atas nasihat akh muntaqim yang saya telah mention kat atas tadi tentang perabih beras tu.. hehehe..
saya telah jatuh CINTA dengan kehidupan saya sekarang.. hidup mati untuk ISLAM!! ke arah MARDHOTILLAH.. insyaALLAH..
Posted by Srikandi Al-Quds at 5:13 AM 0 comments
Friday, March 5, 2010
Nilai Dunia
Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah.. dah beberapa hari dapat cuti, duduk kat rumah ni.. rasa macam terpanggil untuk menukilkan sesuatu.. hehe.. seperti biasa tugas saya waktu cuti, selain kemas rumah yang memang ummi dah inform awal2 sebelum cuti lagi (kemas rumah ala-ala nak raya gitu).. macam biasa ambil dan hantar adik2 dan anak2 sedara g skola or tusyen.. tu memang kerja saya time cuti.. part time job tanpa gaji.. hehe.. sementara tunggu budak2 tu abes skola, dalam kereta bukak la radio IKIM.. keluar pasal nilai dunia..
nilai dunia diibaratkan seperti mencelupkan satu jari ke dalam air laut, lalu diangkat dan sisa di jari yang menitis itulah nilai dunia.. agak2nya,, bernilai sangat ke?? jadi, apela yang nak dibanggakan sangat dengan harta dan pangkat di dunia ni..
kalau ikut ulama' terdahulu,, mereka hanya menjinjing(tak tau la betul ke x ejaan nih..lme da x blaja bm) dunia dengan tangan kiri dan memegang akhirat dengan tangan kanan.. jika sekiranya akhirat di atas kepala itu hampir terjatuh,, nescaya mereka akan melepaskan dunia dan menampung akhirat..
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud dunia ini adalah persinggahan sementara sepertimana seorang pengembara yang berehat sebentar di sebuah pokok dan akan menyambung semula pengembaraannya.. gambaran dunia adalah berehat sebentar itu tadi..
lihatlah.. berapa sangatlah nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat.. carilah rezeki sepertimana kamu akan hidup selama-lamanya.. dan beribadatlah sepertimana kamu akan mati hari esok.. renung-renungkan.. wallahu'alam..
Posted by Srikandi Al-Quds at 3:08 AM 3 comments
Friday, February 19, 2010
Kematian..
selasa lepas,, semasa saya drive nak hantar adik2 pulang ke asrama.. biasalah,, dengar radio entah lagu ape,, baik pasang cd.. cd kompilasi carta nasyid IKIM rsenye.. tibe2 keluar lagu pergi tak kembali.. then ummi pulak tibe2 cakap, "ummi ingat lagi, dulu time bak dekat nak meninggal, bile keluar lagu ni je cepat2 die suruh tutup.. takut".. sedih pon ada mase tu.. agak2nya bak tahu ke yang ajal die nak sampai waktu tu.. ummi sambung lagi "kalau nampak gagak je, mesti umi teringat bak".. kebetulan pada waktu saya sedang drive tu, ade gagak terbang sebelah kereta.. "sebab masa tu ummi bawak kereta terlanggar gagak.. ummi dah cuba elak dah,, tapi terlanggar jugak sampai bak cakap "ape la aya ni gagak pon boleh langgar".. rupanya bak yang nak tinggalkan kita"..
bagai nak menitik air mata waktu tu.. tapi kalau saya tak kuat, nanti ummi lagi sedih.. walaupun bak dah tinggalkan kami hampir enam tahun,, namun rasanya baru semalam peristiwa tu berlaku.. "kalau mak ayah meninggal kan anak soleh yang akan doakn, tapi kalau anak soleh tu pon meninggal gak, dah takde la doa dari anak soleh?", ummi menyoal.. saya menjawab sekadar apa yang saya tahu.. tetapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.. adakah saya ini anak soleh yang sentiasa doakan bak kat sana?? yang sentiasa doakan ummi dan senangkan hati ummi??
pada tengah malam rabu kalau tak silap,, pukul 12 lebih,, tengah dok selak2 buku comp.. tiba2 dapat satu msg.. ayah ust majdi baru sahaja pulang ke rahmatullah.. Innalillahiwainnailaihiraji'un.. sedih sangat rasanya waktu tu.. sebab sayapernah merasai apa yang dirasai oleh ust majdi walaupun pada masa tu saya tak kenal yang mana satu ust majdi.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. bersabar ye akh!!
malam jumaat,, setelah selesai bacaan yaasin dan tahlil utk arwah ayah ust,, saya pulang ke bilik dan macam biasa saya akan call ummi.. hehe.. ni memang rutin saya setiap hari.. saya cerita pada ummi tentang kematian ayah ust majdi semasa kami di dalam fatrah exam nih.. ummi cakap"untung ayah dia dapat anak soleh.. hafal quran.. boleh doakan die".. sebak rasanya.. saya pon nak gak jadi anak solehah.. tapi layak ke saya ni?? dengan dosa dan maksiat yang bertimbun.. Ya ALLAH,, ampunilah dosa hambaMu ini.. janganlah disebabkan aku,, ayahku yang menerima balasan atas dosa-dosa ku Ya ALLAH..
kepada ust Majdi.. semoga ust sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang ALLAH beri.. ALLAH takkan beri melainkan apa yang nta mampu sahaja.. semoga roh ayah ust ditempatkan dalam kalangan para anbiya',mursalin, dan solihin..
daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita dikembalikan.. wallahu'alam..
Posted by Srikandi Al-Quds at 1:54 AM 0 comments
Sunday, February 14, 2010
Ikhtilat=mu'amalat
kehidupan di alam kampus memang sangat mencabar..
tidak akan terlepas daripada bermu'amalat antara banin dan banat..
memang..
pasti akan berlaku pergaulan antara berlainan jenis..
TETAPI..
adakah kita mengikut garis panduan syara'??
atau ikut sukahati kita je??
teringat masa ta'aruf week dulu.. Akh Anas Mazli tampil ke depan.. tegur adik2 tentang mu'amalat.. 10 mu'amalat yang dibenarkan dalam Islam.. Syabas akh!!
mungkin ada yang faham..
ada yang tak..
semasa mengendalikan festiven.. yang mana memang sangat2 la menguji kesabaran.. ada seorang banin minta tolong siapkan skrip utk opening ceremony.. oklah.. saya boleh tolong.. dengan bantuan kawan sorg lagi.. pada siang hari, hari selasa.. first day festiven.. memang sibuk sangat waktu tu settlekn hal2 kuiz yang x approve2 lagi.. tibe2 dpt msg.. si banin nak skrip tu ptg tu gak.. tak boleh la.. sbb sy ade kelas dari pukul 2 sampai 6.. mestila nak kejar solat, mandi n etc.. sy kata INSYAALLAH mlm ni boleh lepas pukul 10.. sampai waktu malam.. memang saya betul2 bz waktu tu settlekn kuiz yang memang akan start esoknya, hari rabu.. dan opening hari khamis.. mestilah ikut mana yang lebih aula.. dan disebabkan kawan2 saya juga sibuk, menyebabkan saya tak boleh nak jumpe banin tu.. xkanla sy nk pergi sorg2 pulak.. saya pon minta maaf la pada si banin dan kalau nak gk, saya boleh send via email.. tibe2 die reply "boleh ke gune email.. ana nak video skali.. video boleh ke hanta ikut email.. ke sebenarnya kamu tak siapkan lagi?" panas hati betul dengan ayat yang terakhir tu.. dah la mintak tolong orang.. pahtu ckp gitu pulak.. malas nak layan.. saya minta tolong sahabat yang sorg lagi utk terangkan kat si banin ni keadaan saya mengikut mana yang lenih aula dan mu'amalat yang perlu dijaga.. ingatkan habis sampai situ la.. tibe2 saya terima msg.. 5 page tu.. kene hentam bagai nak apa la malam tu.. dah la otak tengah pening pasal kuiz yang tak settle2.. die pulak tambah masalah.. yang tak tahan nye.. ni la die.. "macam ni ke muslimah sejati.. kamu sebagai seorang yang lebih berilmu patutnya tunjuk teladan yang baik pada saya yang kurang ilmu ni.. saya bukan nak bermusuhan dengan kamu.. kamu fikirla baik2.." lebih kurang gini la ayat die yang akhir2.. menyebabkan saya yang tengah kusut fikiran masa tu, mengalirkan air mata dengan tak semena-menanya.. kalau ye pon takyah la cakap gitu.. tolongla faham.. takkan lah saya nak jumpa die berdua je.. waktu malam pulak tu.. akhirnya adilla yang tolong bagi pada dia.. kesian adilla.. terpaksa tangguh kerja sebab saya.. sorry n thanx fren!!
lepas tu, teros gi bilik kak aida, akak usrah saya.. sorry ye kacau kak aida tgh study.. kak aida kata"kalau akak, akak cakap balik kat die, awak tak tau ke mana lebih aula.. baca buku fiqh aulawiyyat.. dan ape kene mengena muslimah sejati pulak ni.. kenapa pulak nak cakap pasal muslimah sejati..", kak aida melepaskan rasa tak puas hatinya.. saya sekadar senyum..hehe.. hari khamis masa saya kat dewan, decorate tangga dengan ain, tibe2 die dtg buat baik dengan saya.. ala.. kalau setakat nak borak2 kosong.. takpayah la.. ikhtilat tu namanya.. tak selesa saya dibuatnya masa tu.. ramai gak yang perasan.. mata2 dalam dewan memerhati.. malu2!! sampai ada yang tegur "eh, illeya.. baiknya ngan die tu".. ahhh!!!tidak!! malu tak terkata waktu tu.. sebab yang tegur tu ada dengan saya masa saya dapat msg 5 page tu...
tulah die.. kalau kita berhubung dengan orang yang faham.. mesti senang kan.. tenang je hati.. tapi, takde la pengalaman.. betol tak?? insyaALLAH.. ni jalan Allah tunjuk saya.. ajar saya.. bagaimana nak handle emosi.. nak handle si berlawanan jantina yang mungkin tak faham or buat2 tak faham dengan mu'amalat berlainan jantina..
kalau setakat nak tunjuk pakai kopiah, serban, jubah, tudung labuh.. tapi tak jaga mu'amalat.. tak guna jugak.. ada jugak kadang2 yang jaga dengan anta/anti.. ustz/ustzh.. tapi yang dibualkan merepek2.. cakap2 kosong.. lagho.. pon tak guna jugak.. sama2 muhasabah diri.. tepuk dada, tanya iman.. peringatan ni untuk diri sendiri gak..
mu'amalat memang sangat2 penting untuk dijaga.. takut menjadi hijab antara kita dengan Allah.. dengan redha Allah.. dengan keampunan Allah.. takut apa yang kita nak sampaikan pada orang lain terhijab disebabkan mu'amalat yang kita tak jaga.. Wallahu'alam...
Posted by Srikandi Al-Quds at 8:19 PM 2 comments
