CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 21, 2010

Bersiasah di bulan Ramadhan..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. Kita antara insan yang dipilih ALLAH untuk berada di madrasah tarbiyah ini.. Telah kita sempurnakan penggal pertama di bulan Ramadhan.. tinggal lagi dua fasa yang harus kita manfaatkan semaksima mungkin dan mengambil segala peluang yang ada.. segala 'offer' dan 'mega sale' perlu kita rebut sepertimana kita merebut 'mega sala' di shopping complex..

Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan tarbiyah.. tidak hanya tertumpu kepada tazkiyyah.. tetapi lebih dari itu.. bulan Ramadhan sebenarnya adalah bulan jihad iaitu bulan perjuangan serta bulan kemenangan.. kita singkap semula bagaimana Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai episod kemenangan dan kejayaan yang telah diraih oleh umat Islam dibawah kepimpinan Baginda dan ketumbukan jihad baginda.

Contoh yang paling mudah adalah dalam perang badar. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

Kita dapat lihat disini bahawa ruang lingkup Ramadhan terdiri dari pelbagai aspek dalam membina daya kepemimpinan, keupayaan membuat polisi-polisi jihad, merencana dan mengurus negara, kebijksanaan berpolitik,menstruktur dan merancang strategi serta bersiasah melawan musuh-musuh Islam. Termasuk juga aspek pembinaan kekuatan organisasi,pengukuhan tarbiyah dalaman dan strategi dakwah. Ini dilihat dari tindakan baginda SAW dan para khalifah-khalifah Islam di dalam siri dan misi jihad mereka.

Tidak cukup sekadar itu, kita dapat lihat bagaimana dakwah berjaya menembusi sempadan umat dan perluasan negara, membuka wilayah baru Islam(al-fath islami),melaksanakan misi taui’yah kepada tahanan-tahanan perang, sikap adil kepada rakyat, menjaga kebajikan mereka, amar makruf dan nahi mungkar, membasmi kefakiran, menentang penindasan dan kezaliman dan mewarnai nilai-nilai akhlak di dalam kehidupan bermasyarakat.

Siasatud Dakwah

Pendekatan Siasatud Dakwah iaitu siasah dalam dakwah dan dakwah dalam siasah. Kedua-dua elemen ini bergerak seiring dalam setiap langkah dan tindakan yang diambil dalam menghadapi dan menyampaikan dakwah itu sendiri. contohnya mudah. seorang da'ie ingin menarik mad'unya untuk bertarawih di bulan ramadhan. pertama sekali perlu menggunakan pendekatan dakwah iaitu memberi kefahaman kepada mad'u tersebut tentang solat tarawih itu sendiri serta penjelasan tentang fadhilat2nya. setelah itu menggunakan pendekatan siasah iaitu merangka strategi yang lebih praktikal untuk menawan hati mad'u tersebut.

Ramadhan dalam konteks siasatud dakwah tidak dapt tidak perlu diambil cakna oleh para da'ie.
Siasah Tarbawiyah (politik tarbiyah) yang bertanggungjawab dalam membentuk metod pengajaran para da’ie dan pentarbiyahan bakal da'ie. Menentukan metod pertarbiyahan akhlak dan pembinaan muwasofat iman kepada parajurit dakwah. Ini bertujuan melahirkan para da’ie dan murabbi qawi.

Kalau kita lihat di zaman Rasulullah, Baginda bersiasah dari segi luaran dan dalaman iaitu dengan merancang strategi2 untuk mencapai kemenangan dalam perang serta bersiasah dalam penentuan polisi dan dasar setelah berjaya menawan sesebuah kota.

Contoh yang paling nampak adalah dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah yang
berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Dengan kebijaksanaan ilmu siasah Baginda, akhirnya umat Islam masuk ke Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah lantaran ketinggian strategi yang dibuat serta pertolongan dari ALLAH swt. Setelah itu siasah dakhiliyah diaplikasikan dalam penentuan polisi serta dasar kota Mekah itu sendiri.

Kembali kepada realiti di Malaysia yang mana ilmu siasah itu dapat diaplikasikan dalam segenap sudut. Usah sentuh tentang siasah kharijiyah atau siasah dakhiliyah, kita kecilkan skop tentang siasah tarbawi. Di bulan Ramadhan ini, para da'ie perlu bersiasah dalam mentarbiyah diri sendiri serta orang disekeliling bagi menjana ketumbukan dalam dakwah itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa tarbiyah dan siasah juga bergerak seiring. lompanglah tarbiyah tanpa siasah serta tempanglah siasah tanpa tarbiyah. 3 orientasi yang WAJIB dititik beratkan adalah tarbuyah, dakwah dan siasah. Tiga perkara ini memang tidak bolah dipisahkan sama sekali.

Tarbiyah adalah proses pembinaan dan pembentukan dimana seorang da'ie itu perlu dibina dahulu dirinya serta membentuk diri dalam usaha menjana ketumbukan dalam berdakwah iaitu penerangan yang jelas dan terang dengan mengaplikasikan siasah iaitu politik atau strategi dalam merangka agenda dakwah itu sendiri. Nah! ternyata disini seorang da'ie perlu mahir pada ketiga-tiga aspek untuk memenangi hati mad'u.

Justeru Ramadhan haruslah menjadi ’bechmarking’ buat para Da’ie ilalah dalam memahami fiqh dakwah, fiqh harakah, fiqh jihad dan fiqh tarbiyah. Gali dan kajilah secara terperinci dari setiap peristiwa besar yang berlaku. wallahu'alam..

0 comments: